Sabtu, 24 September 2016

Bukalah mata wahai muslimin

Bismillahirrahmanirrahim

Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi ajmain

Hari ini usia kerajaan Saudi mencecah 84 Tahun dan kerajaan Israel sudah mencecah 68 Tahun. Sudah 92 Tahun sejak lenyapnya khilafah yang terakhir.

Semasa kecil dimana mana saya hanya melihat gambar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Bila baca sirah, kisah nabi-nabi disebut Baitul Maqdis atau Masjidil Aqsa tiada satu foto pon yang menunjukkan masjid tersebut.

selama 12 tahun tertanya-tanya bagaimana rupa Masjidil Aqsa yang disebut-sebut dalam sirah. Hingga pada tahun 2001 baru saya mengenali tentang Masjidil Aqsa dan Baitul Maqdis dan segala isinya melalui buku Rahsia Baitul Maqdis. Ketika itu saya mengetahui masjid ini dalam kawalan Yahudi.


namun masyarakat islam masih jahil akan masjid ini. Bila berlaku gerakkan intifada baru orang sibuk cerita pasal Palestin dan Baitul Maqdis namun dengan ilmu yang sedikit tentang apa yang berlaku di Palestin

Ketika itu setiap orang tak peduli sangat tentang Masjid ini dengan alasan kita masih boleh menziarahi Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dengan aman. Masih boleh melakukan haji dan umrah.

ketika itu saya berfikir kenapa Allah swt  tidak melindungi masjid yang menjadi saksi Nabi saw menjadi imam kepada para Nabi dan Mikraj baginda ke langit untuk menerima solaat 5 waktu?

Pada tahu 2009 seorang sahabat saya terjebak dengan ajaran Wahabi. berbeza dengan anak-anak muda lain yang menerima ajaran agama tanpa bertapis, Dengan kehendakNya saya mula menapis ajaran yang tidak sepatutnya seperti Wahabi yang sangat berleluasa saat itu. Saya mula mengenal ilmu tassawuf dan kemuliaan para wali. Dengan izinNya juga saya terjebak dengan Syiah yang mirip ajaran ASWJ.

memahami asal usul wahabi membuat mata saya terbuka bahawa disebalik keamanan Mekah dan Madinah adalah kemusnahan terhadap tinggalan Rasulullah saw, ahli keuarga baginda dan para sahabat atas alasan menghapuskan kesyirikan. Dibangun pula akhir akhir ini hotel hotel mewah dan premis premis milik Yahudi.


Maka sedarlah saya bahawa Mekah dan Madinah sebenarnya dalam genggaman Yahudi secara halus. bahkan taktik Yahudi untuk pemusnahan Mekah dan Madinah berjalan lancar tanpa bantahan berbeza dengan apa yang berlaku di Baitul Maqdis dimana Yahudi masih belum berjaya menghapuskan identiti kota purba tersebut.

Tapi ramai Muslim yang membutakan mata dengan alasan Syiah benci dengan Saudi dan mahu meenguasai dua tanah suci tersebut. Alangkah sedih melihat sikap umat Islam sendiri yang membenarkan peninggalan baginda saw dihapuskan begitu sahaja dimana ianya tak boleh diganti dengan air mata darah sekalipun.

Baru baru ini bila mengikuti perkembangan semasa saya terbaca bahawa Arab Saudi menggunakan khidmat syarikat Zionis yang berpengkalan di Britain untuk mengelolakan keselamatan haji sejak beberapa tahun lepas. Syarikat ini ialah G4S yang memainkan peranan utama menyiksa rakyat Palestin di Israel.

Wahai Muslimin, buka mata anda dan lihat bahawa Yahudi sedang menguasai ketiga-tiga tanah suci kita dan menghalang kita dari mendekati peninggalaan Rasulullah saw dan para sabahat yang menaikkan roh islami.

Bukalah mata bahawa Yahudi sudah berkuasa di dunia selama 92 tahun sejak keruntunan Khilafah Uthmaniah. Kepada mereka yang cuba menghalang saudara Muslim ke Masjidil Aqsa atas alasan memberi sumbangan keatas Zionis Israel dengarlah bahawa kita sudah menyumbang kepada Zionis tanpa pergi ke Baitul Maqdis. Bahkan Haji dan Umrah kita mungkin menguntungkan mereka.

Pergilah, ziarahlah tanah suci kita di Baitul Maqdis. Lebih baik pergi umrah atau haji dengan ziarah ke baitul maqdis. Akan datang kita tak akan melihat seluruh tanah suci kita lagi hingga tiba imam mahdi dan nabi Isa as turun. Jangan dengar seruan sumbang mereka yang jahil. Pergilah sebelum terlambat

sekian

Allahu a'lam