Jumaat, 17 Julai 2015

Maghrib Bab 5: Menentang As Sufyani

Ibn Mas'ud berkata:

 "Jika seorang lelaki dari Fahr mengumpulkan kaum Barbar dan memulakan perjalanan, seorang lelaki dari keturunan Abu Sufyan muncul. Setelah tentera Fahri mendengar tentang Sufyani, mereka akan berpecah kepada 3 kumpulan. Satu kumpulan berundur, satu kumpulan tetap bersamanya (Fahri) dan menuju arah Syam dan satu kumpulan pergi ke Hijaz. Dua pasukan bertemu di Wadi Al-Onsul di Syam.  Kaum Barbar akan dikalahkan. Kemudian Sufyani menentang penduduk Syam"

Ulasan

Dikatakan pemimpin pasukan dari barat ini berasal dari sebuah tempat yang dipanggil Fahr hingga beliau digelar sebagai Fahri sempena nama tempat asalnya. Kaumnya digelar kaum Barbar.

Dalam perjalanan menuju Syam, pasukan barat mendengar khabar bahawa muncul As Sufyani di Syam dan khabar kejahatan As Sufyani tersebar dengan cepat dikalangan mereka. Ketika ini hati mereka menjadi berbelah bahagi memyebabkan mereka berpecah kepada tiga kelompok.

Kelompok pertama akan kembali ke tempat asal mereka yakni negeri Maghrib. Mereka adalah golongan pengecut dan juga golongan munafik yang takut dengan kematian.

Kelompok kedua akan setia bersama pemimpin mereka dan sanggup berjuang walaupun nyawa mereka dipertaruhkan. Mereka jika mati termasuk dikalangan Syuhada'.

Kelompok ketiga pula menjadi pasukan simpanan dan diarahkan menuju ke Tanah Hijaz untuk menyambut kedatangan Imam Mahdi as.

Kelompok kedua dan ketiga akan bertemu kembali di Wadi Al-Onsul untuk meneruskan penentangan terhadap As Sufyani namun mereka dikalahkan. 

Sesudah kemenangan terhadap pasukan dari barat itu As Sufyani meneruskan usahanya memerangi warga Syam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan