Isnin, 29 Jun 2015

Maghrib: Pasukan Dari Barat

 Pengenalan


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam buat Paduka Baginda Rasul Sayyidina Muhammad saw dan ahli keluarga baginda dan para sahabat dan para kekasih Allah serta saudara-saudara yang dirindui rasul sekalian.
 
Hadis peristiwa akhir zaman ibarat 'puzzle' yang berpecah pecah dan bertaburan di merata tempat. Kita perlu mencari dan menyambungkan semula kepingan-kepingan tersebut untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Sebelum ini kita sudah disajikan dengan hadis-hadis tentang Imam Mahdi, Pemuda Bani Tamim, Al Hasyimi, As Sufyani dan Panji panji hitam dari timur.

Dalam tulisan yang lepas saya sudah berikan sedikit gambaran bahawa selain dari pasukan dari timur, terdapat satu lagi pasukan dari arah barat yang membantu Imam Mahdi semasa kemunculannya. Saya hanya mendedahkan hanya satu atau dua hadis yang membuktikan wujud pasukan ini. Namun saya tidak membicarakan secara terperinci akan hal ini kerana dengan penjelasan yang tidak jelas, kita akan keliru akan peristiwa yang dikhabarkan Nabi saw.

Dalam siri ini saya akan dedahkan kepingan kepingan hadis yang melengkapkan lagi kronologi peristiwa akhir zaman. Dalam siri ini saya akan jelaskan sedikit sebanyak tentang pasukan dari barat dan apa yang mereka lakukan sebelum kedatangan Imam Mahdi dan apa yang berlaku semasa As Sufyani muncul. Berpandukan hadis saya akan menguraikan kronologi akhir zaman mengikut apa yang termampu.

Siri ini akan menjadi pelengkap kepada diri Al Hasyimi Identiti Terahsia Kebangkitan Islam yang memberi gambaran jelas akan kemunculan pasukan dari timur. Siri kali ini akan menumpukan tentang khabar kemunculan pasukan dari barat yang merupakan pendokong kepada Imam Mahdi as di zaman kebangkitan Islam yang dinanti-nanti

sekian

Wallahu a'lam

 

1 ulasan: