Jumaat, 18 Julai 2014

Antara Serangan Gaza dan Tragedi MH17

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selawat salam buat junjungan mulia paduka baginda Nabi Muhammad saw dan ahli keluarga baginda dan para sahabat serta saudara-saudara yang dirindui baginda.

Pertama-tamanya takziah buat seluruh keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi MH17

Ramadhan bermula dengan peristiwa berdarah serangan ke atas gaza yang mengorbankan bukan sedikit nyawa.

Sudah maklum bahawa kaum Yahudi Zionis tidak akan berpuas hati selagi matlamat mereka tidak tercapai. Penduduk Palestin teerutamanya yang masih bertahan di Gaza dan Tebing Barat menjadi halangan bagi mereka meluaskan wilayah Israel.

Israel Raya yang diimpikan mereka meliputi kawasan Mesir, Palestin, Jordan dan sebahagian Syria, Lubnan dan termasuk dalam rancangan itu sebahagian Arab Saudi termasuk Madinah.

Apa yang dilakukan ke atas rakyat Palestin bukan baru tapi adalah lanjutan perang yang melelahkan selama lebih 60 tahun.

Malangnya umat Islam tidak pernah mengambil peduli akan hal mereka kecuali setelah isu ini digembar gemburkan oleh media.

Kehangatan isu ini lenyap bila timbul isu lain. Maka berlakulah tragedi yang sangat menyayat hati.

Pesawat komersial Malaysia penerbangan MAS yakni MH17 telah ditembak jatuh di Ukraine berhampiran sempadan Rusia semasa perjalanan pulang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Tragedi ini mengorbankan sebanyak 283 penumpang termasuk 3 bayi dan 15 anak kapal. Peristiwa ini bukan sahaja mengejutkan syarikat MAS dan pemimpin serta rakyat Malaysia bahkan turut mendapat perhatian dunia.

Maka lenyaplah isu kezaliman di Gaza. Itu adalah hakikat akhir zaman. Manusia ibarat lalang yang ditiup angin.

Saat ini tumpuan diberi kepada isu MH17. Siapakan penjenayah yang menembak jatuh pesawat itu? Siapa yang bertanggungjawab atas tragedi yang menyayat hati ini. Kenapa manusia tak berdosa menjadi mangsa?

Isu ini sedang dimainkan di pentas akhir zaman. Telah termaktub dalam lembaran yang terpelihara. Dikhabarkan kejadian kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Satu takdir yang tak boleh diubah sesiapa pun

Wallahua'lam

Sekian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Misteri Hakiki

Ramai atau seorang
Terbaik dari umat
Khalifah dan Imamah
Pilihan Tuhan

Yang dianugerahi
Petunjuk Ilahi
Membaiki zaman
Penuh kerosakan

Tiga kejahatan
Muncul ditentang
Tiga kebaikan
Pasti berlaku

Satu dari timur
Satu dari barat
Satu ditabal
Di bumi terlarang

Yang menakluk
Kota yaman
Diganti dengan
Sang pembantu

Sang pembantu
Wafat pula
Penakluk konstantinopel
Ditabal pula

Yang wafat
Nama nabi
Ditabal pula
dua belas lagi

Yang soleh
Dikepung pendusta
Menjadi imam
Nabi suci

Yang pasti
Yang ditunggu
Seluruh umat
Hanyalah satu

Ahad, 13 Julai 2014

Pasukan Bantuan Al Mahdi as

Hadis1

Daripada Abu Hurairah, berkata : Rasulullah SAW bersabda : “Apabila berlaku peperangan-peperangan besar itu (Al Malhamah Kubra), Allah akan mengutus pasukan dari kalangan “mawali” (orang Ajam yang sudah bercampur Arab). Mereka itu adalah lebih baik daripada bangsa Arab di sudut kepahlawanan dan di sudut kelengkapan senjata dan dengan sebab mereka itu Allah membela agama.

Hadis 2

Dari Abu Hurairah RA katanya, Nabi SAW bersabda:  "Apabila berlaku pembantaian (Al-Malhamatul Kubra) di padang pertempuran, maka Allah akan mengirimkan satu rombongan (tentera tambahan) dari puak Mawali. Mereka adalah bangsa (bukan) Arab yang sangat dimuliakan, mahir menunggang kuda dan cekap bermain senjata. Agama Islam akan ditolong oleh Allah melalui pertolongan mereka"

Hadis 3

Al Qurthubi Rh dalam kitab At Tadzkirah meriwayatkan

Telah diriwayatkan sebuah hadis dari Ibnu Masud dan para sahabat lainnya bahawa Al Mahdi akan muncul di akhir zaman dari 'hujung barat' . Tentera bantuan berarak dengan jarak 40 batu di hadapan. Panji-panjinya bewarna putih dan kuning. Terdapat nombor-nombor dan tertera nama Allah padanya

Hadis 4

As Sya'rani meriwayatkan

Di akhir zaman seseorang yang dikenali sebagai Al Mahdi akan muncul dari negeri 'hujung barat. Bantuan berada 40 batu di hadapannya. Panji-panjinya bewarna putih dan kuning dan tertera nama Allah yang agung. Tiada siapa pun dibawah panji ini yang akan dikalahkan

Ulasan

Ketika perang terbesar (Malhamah Kubra) Imam Mahdi as dibantu oleh satu kaum yang dipanggil "Mawali". Mereka adalah keturunan bangsa ajam yang hebat dalam menunggang kuda dan bermain senjata. Bahkan kemahiran mereka melebihi bangsa arab sendiri. Juga sifat kepahlawanan dan kelengkapan senjata mereka lebih baik dari bangsa arab.

Dikatakan pasukan bantuan ini berasal dari "maghrib al aqsa" atau pendek kata hujung barat (barat terhujung). Jumlah mereka sangat ramai hingga dikatakan ketika mereka berbaris dihadapan Imam Mahdi, barisan mereka adalah sejauh 40 batu.

Mereka membawa panji-panji bewarna putih-kuning. Pada panji tersebut terdapat nombor-nombor rahsia illahi dan nama Allah teragung (Ismul Azam) yang sangat terahsia. Ismul Azam adalah nama Allah paling agung yakni nama yang ke 100. Tiada siapa mengetahui kecuali orang pilihan Allah.

Pasukan mereka tak terkalahkan dan melalui mereka agama terbela. Allah sangat memuliakan mereka. Dengan kehadiran mereka pasukan Imam Mahdi as menjadi pasukan ampuh yang tak terkalahkan lagi