Sabtu, 24 Mei 2014

Siti Hajun ra Isteri Khalilullah as

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selawat salam buat junjungan mulia paduka baginda Nabi Muhammad saw dan ahli keluarga baginda dan para sahabat serta saudara-saudara yang dirindui baginda.

Petama-tamanya Al Fatihah buat Almarhum Mawlana Syaikh Muhammad Nazim Adil Haqqani yang telah meninggalkan dunia pada 7 Mei lepas.

Saya memohon maaf kerana lama meninggalkan blog ini kerana saya agak sibuk akhir-akhir ni.

Pernahkah anda dengar nama Siti Hajun.

Nama ini jarang diperkenalkan oleh ustaz-ustaz malah mungkin dianggap tidak wujud.

Namanya tidak popular seperti Siti Sarah atau Siti Hajar kerana tidak disebut dalam Al Quran.

Malah namanya tidak disebut pun dalam Bible orang kristian tidak seperti Siti Qanturah yang disebut sebagai Keturah.

Siapakah Siti Hajun ini?

Beliau adalah isteri keempat Nabi Ibrahim as.

Menurut Imam Ibnu Katsir rh dan Imam Ibnu Athir rh, Siti Hajun adalah salah seorang dari empat gadis yang dinikahi Nabi Ibrahim as. Nabi Ibrahim menikahi beliau sesudah menikahi Siti Qanturah.

Setakat ini belum ditemui riwayat hidupnya.Dari mana beliau berasal dan bilakah beliau dinikahi Nabi Ibrahim as maklumat yang ada tentang beliau ialah nama bapanya yakni Amin menurut Imam Ibnu Katsir atau Uhair menurut Imam Ibnu Athir.

Menurut Imam Ibnu Katsir rh. Siti Hajun melahirkan lima orang putera yakni Kisan, Suraj, Ameem, Lutan and Nafis.

Siti Hajar melahirkan bangsa Arab hari ini, Siti Sarah melahirkan bangsa Israel dan bangsa Rom manakala Siti Qanturah melahirkan bangsa yang menurut Imam Ibnu Athir disebut sebagai Bani Jawi.

Belum diketahui pula bangsa manakah keturunan Siti Hajun. Tapi yang pasti Siti Hajun yang terahsia pasti melahirkan suatu bangsa yang terahsia juga.

Saya berpendapat nama beliau asalnya terdapat dalam kitab Taurat dan Injil. Tetapi orang Yahudi dan Kristian sengaja memadam nama Siti Hajun ini atas alasan yang mereka sahaja tahu.

Sama seperti Nabi Muhammad saw yang disebut secara terperinci dalam Taurat dan Injil asli tetapi kita tidak menemui pun dalam Bible moden. Jika jumpa pun satu dua ayat yang itu pun dalam bentuk kiasan.

Yang pasti Siti Hajun ini wujud dan merupakan salah seorang isteri kepada Nabi Ibrahim Khalilullah as.