Jumaat, 28 Mac 2014

Biografi Haddad Alwi

Haddad Alwi atau nama lengkapnya Haddad Alwi Assegaf, lahir di Solo, Jawa Tengah pada 13 Mac 1966. Tidak seorangpun dari keluarganya termasuk ayah dan ibunya mampu menduga bahawa Haddad Alwi kelak akan dikenal dan dicintai oleh ratusan juta orang, menembus batas geografi, suku dan bangsa melalu karya-karyanya. Tidak ada yang istimewa dari sisi kehidupannya, dia orang yang biasa-biasa saja. Beliau tidak menamatkan pengajiannya, dan pernah beberapa kali mencuba bidang perniagaan. Bila beliau memulainya dengan modal, maka berakhir dengan habisnya modal. Bila beliau mencuba tanpa modal, maka berakhir dengan hutang. Dari jalan yang salah itulah, kemudian beliau memenuhi panggilan hatinya yang memang lama terpendam, dengan melantunkan cinta dan kerinduan kepada Nabi saw. Haddad Alwi mengaku, baginya muzik adalah sebagai sebuah alat, bukan tujuan yang ingin dicapai dalam kehidupannya. Menurutnya, muzik boleh menjadi alat yang memberi impak positif ataupun negatif, tergantung pada niat pelakunya. Seboleh mungkin, dirinya menggunakan muzik untuk tujuan yang baik dan diredhai Allah SWT. Salah satunya dengan menyelipkan nilai-nilai akhlak Rasulullah dalam setiap karyanya.

Cita-cita jadi pengusaha

Diawali dari rakaman cuba-cuba, tidak ada yang menyangka, bahawa Haddad Alwi bisa menjadi seorang penyanyi kerohanian yang terkenal seperti sekarang. Ketika kecil, cita-citanya adalah menjadi seorang pengusaha. Namun takdir Allah menghendaki yang lain, kegemarannya bershelawatlah yang menyebabkan Haddad Alwi menjadi seorang penyanyi. Pada tahun 1997, ketika beliau merakam suaranya ke dalam kaset. Kaset itu hanya beredar di kalangan orang terdekatnya saja, seperti saudara dan beberapa kenalannya. Namun, lambat laun kaset rakaman itu tersebar hingga jatuh ke tangan salah seorang produser rakaman. Produser tersebut tertarik dengan konsep karya yang ditawarkan oleh Haddad Alwi. Hingga akhirnya, mereka pun saling bekerjasama. Buah kerjasama itu adalah, album perdana bertajuk “Nur Muhammad”. Mestipun belum boleh dikatakan bagus, album selawat itu cukup mendapat sambutan, sehingga Haddad Alwi menyusulkan lagi karya keduanya, dengan album selawat berikutnya bertajuk “Ziarah Rasul”. Selawat dan Haddad Alwi, adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan. Di negeri Indonesia saja boleh dihitung dengan jari, pemuzik mana saja yang mampu menciptakan karya-karya seperti Haddad Alwi. Rasa cintanya terhadap Rasulullah itulah, yang telah mengantarkannya ke puncak populariti. Namun, populariti tak membuatnya lupa diri, melainkan memacunya untuk terus berkarya.

Dari Sulis hingga Anti

Nama Haddad Alwi sebagai penyanyi selawat semakin berkibar, ketika dirinya mengajak penyanyi cilik, Sulis, sebagai teman duet. Dibawah naungan Sholla Studio, Haddad Alwi menghasilkan 6 album yang berjudul  ‘Cinta Rasul’ dan popular di mana-mana. Selama kareernya di dunia rekaman, Haddad Alwi telah menghasilkan banyak album dengan jmlah penjualan mencapai puluhan juta salinan. Dan disetiap albumnya, Haddad Alwi mencuba seboleh mungkin menyelipkan nilai kebaikan, dalam setiap karya yang diciptakannya.Haddad Alwi tidak hanya berduet dengat Sulis. Tetapi di album berikutnya, Haddad Alwi berkolaborasi dengan pemuzik-pemuzik muda, seperti Gita Gutawa, Tasya, Duta-Sheila on Seven, Fadly-PADI dan juga group nasyid DEBU. Setelah tidak berduet lagi dengan Sulis. Akhirnya di tahun 2010, Haddad Alwi telah menemukan pengganti Sulis. Di albumnya yang terbaru Muhammad Nabiku, Haddad Alwi berkolaborasi dengan penyanyi kanak-kanak bernama Anti dan Vita. Dengan single unggul “ Marhaban Ya Ramadhan “. Pertemuaannya dengan Anti boleh disebut sebagai suatu berkah. Karena, sudah bertahun-tahun dia berusaha mencari penyanyi cilik, yang sesuai dengan karakter lagu yang dia bawakan. Karena sejak kemunculannya dengan penyanyi Sulis dalam ‘Cinta Rasul’ beberapa tahun lalu, beliau belum menemukan lagi penyanyi yang dicari. Kriteria yang dicari adalah vokal bagus, dan background keluarga yang Islami. Dan akhirnya, dia menemukan Anti ( 10 tahun ) dan adiknya Vita ( 5 tahun ) yang memiliki vokal yang sesuai dengan karakter lagu yang dibawakannya. Anti tinggal di daerah Parung, Bogor. Dan ternyata, sejak kecil mereka sudah mengenal lagu-lagu Haddad Alwi. 

Rabu, 26 Mac 2014

Betapa beratnya kedukaan para sahabat

Bismillahirrahmanirrahim

Selawat dan salam atas paduka baginda Rasulullah saw yang termulia juga keatas ahli keluarga baginda, para sahabat, para aulia dan solehin dan saudara-saudara yang dirindui rasul sekaliannya.

Ini adalah kisah benar yang berlaku ke atas seorang hamba Allah

Kisahnya begini,

Beliau adalah pekerja kontrak di sebuah kilang.

Hari tersebut adalah hari jumaat dimana beliau bekerja shift malam. Sekitar pukul tiga petang beliau tidur sebentar supaya tidak mengantuk semasa bekerja di malam hari.

Sambil tidur beliau memainkan lagu 'Ya Robbibil Mustofa' nyanyian Haddad Alwi dan Sulis yang dimuat turun melalui internet.

Setelah beliau terlelap bermula siri pengembaraan roh yang amat ajaib.

Beliau bermimpi Rasulullah saw berada di satu tempat. Para sahabat sudah berkumpul untuk mendengar pesanan terakhir baginda saw. Masing-masing berasa hiba kerana mereka tahu bahawa tak lama lagi baginda rasul saw akan meninggalkan dunia menuju alam baqa'

Masing-masing berasa amat sedih, bahkan berasa rindu dengan nabi yang selama ini menjadi guru mereka, berjuang bersama mereka dan mengasihi mereka seperti bapa kandung mereka sendiri.

Masing-masing tak mampu menahan kesedihan kerana tahu bahawa mereka akan berpisah dengan kekasih mereka di alam dunia ini. Yang paling hebat rasa sedihnya adalah sahabat yang empat yang terutama. Sayyidina Abu Bakar ra, Sayyidina Umar ra, Sayyidina Usman ra dan Sayyidina Ali kwj.

Yang paling ajaibnya orang yang bermimpi ini diberikan rasa setitis dari apa yang dirasakan para sahabat. Beliau menangis dalam mimpinya. Beliau berasa sangat bersalah kerana para sahabat itu sangat rindukan Nabi saw sedangkan kita yang tidak bertemu dengan baginda di dunia ini patut lebih rindukan baginda lagi.

Begitulah sebuah kisah maha ajaib yang Allah kurniakan utk hamba pilihanNya di akhir zaman yang membawa seribu pengajaran yang tak boleh diberikan oleh mana sistem pendidikan yang wujud. Bagaimana perasaan kita terhadap nabi kita?

Ya Allah ampunilah dan angkatkan darjat buat Paduka Baginda Rasulullah saw. Juga ke atas ahli keluarga baginda, para sahabat, para aulia dan solehin, saudara-saudara yang dirindui baginda juga para muslimin muslimat sekalian.

Amin ya rabbal alamin

Sekian

Isnin, 10 Mac 2014

Insiden MH370 : Bila kerajaan ghaib bertindak

Bismillahirrahmanirrahim

Selawat dan kesejahteraan buat paduka baginda yang teramat mulia Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda, para sahabat serta saudara-saudara yang dirindui baginda sekalianya.

Assalamualaikum buat para pembaca sekaliannya.

Seputar insiden kehilangan pesawat MAS MH370 yang hingga kini proses mencari dan menyelamat sedang diteruskan.

Pelbagai teknologi tercanggih sudah digunakan untuk mencari pesawat dan para penumpangnya namun usaha pencarian masih buntu.

Akhirnya setelah berusaha keras barulah manusia sedar bahawa walau hebat mana teknologi manusia, walau canggih mana peralatan tapi manusia tak mampu menandingi satu kekuatan yang Maha Hebat. Satu kuasa ghaib yang menjadikan bukan sahaja peristiwa kehilangan pesawat MH370 bahkan segala yang berlaku di alam ini.

Manusia mula sedar bahawa kuasa ghaib ini yang lebih hebat sedang teknologi manusia yang tercanggih pun tidak membantu disaat manusia memerlukan. Akhirnya manusia mula tunduk mengakui bahawa mereka memerlukan kuasa ghaib yang selama ini telah mereka lupakan.

Sebelum kejadian ini manusia begitu angkuh dengan teknologi yang mereka ada. Mereka rasakan dengan teknologi mereka boleh buat apa sahaja. Dengan teknologi manusia boleh memerintah dunia. Dengan teknologi mereka adalah kuasa yang tak terkalahkan.

Manusia melupakan yang Maha Ghaib yakni Tuhan.  Tuhan dikesampingkan. Tuhan bukan matlamat hidup mereka.  Segala perintah Tuhan diabaikan dan segala laranganNya  dilakukan dengan bangga.

Manusia anggap Tuhan menyusahkan mereka untuk mencapai tujuan hidup mereka. Bagi manusia, Tuhan tidak diperlukan dalam urusan mereka.

Apabila manusia sudah terlalu lalai dari mengingatiNya maka Dia yang memiliki kerajaan ghaib pun mula bertindak.

Maka berlakulah peristiwa pesawat MH370 tidak dapat dikesan oleh radar secara tiba-tiba.

Manusia dengan logik akalnya menjangka kapal terhempas atau meletup. Namun dengan bantuan segala peralatan tercanggih mereka memulakan pencarian. Namun hingga kini usaha mereka buntu. Tiada tanda menunjukkan berlakunya kapal terhempas atau meletup.

Hendak dikatakan pesawat dirampas sehingga kini mereka tidak mampu mengesan kemana pesawat dan penumpang dibawa pergi.

Dalam kecemasan dan kebuntuan itu barulah manusia sedar bahawa Tuhan itu Maha Hebat. Tuhan itu Maha Agung. Tuhan itu Maha Besar.

Manusia baru sedar bahawa Tuhan sangat diperlukan. Hanya Tuhan yang boleh menolong. Tuhan itu amat berkuasa ke atas mereka.

Manusia mula duduk bersimpuh tunduk terhadap Tuhan. Manusia meletakkan segala harapan kepada Tuhan. Akhirnya Tuhan dibesarkan kembali. Tuhan diagungkan kembali. Tuhan kembali menjadi tempat merujuk.

Begitulah caranya Tuhan yang memiliki segala kerajaan lakukan untuk menunjukkan bahawa Dia Maha Hebat, Maha Agung, Maha Besar dan Maha Berkuasa.

Bila Tuhan sudah bertindak maka tiada siapa lagi mampu untuk menentangNya. Tuhan boleh membuatkan manusa jatuh menundukkan diri kepadaNya dalam sekelip mata.

Bila hilang Tuhan dalam hati manusia maka Tuhan hilangkan pesawat MH370 supaya manusia kembali kepadaNya dan dengan barulah dikembalikan apa yang telah hilang.

Sekian doa keselamatan dan kesejahteraan diutuskan buat para krew dan para penumpang pesawat MH370 yang nasib mereka Tuhan sahaja yang tahu.

Wallahu a'lam

Insiden MH370 : Terhempas, dirampas atau disorok

Bismillahirrahmanirrahim

Selawat dan salam buat penghulu para rasul paduka baginda yang teramat mulia Nabi Muhammad saw dan ahli keluarga baginda serta para sahabat serta saudara-saudara yang dirindui badinda sekaliannya.

Assalamualaikum semua pembaca. Sudah lama saya tak update blog kerana sibuk dalam urusan pekerjaan.

Dua tiga hari ini seluruh media massa heboh dengan khabar kehilangan pesawat MH370 yaNg sehingga artikel ini ditulis belum ada berita rasmi akan keadaan pesawat tersebut dan nasib para penumpangnya.

Saya juga turut bersimpati dan mendoakan agar pesawat yang hilang ditemui dan para penumpangnya terselamat.

Ketika proses mencari dan menyelamat masih diteruskan muncul pelbagai spekulasi di media-media alternatif tersebar yang lebih mengeruhkan suasana.

Bagi menghormati perasaan ahli keluarga yang terlibat saya tidak mahu menyebarkan sebarang spekulasi akan insiden ini.

Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan kemungkinan yang difikirkan berlaku terhadap pesawat MAS MH370 yang terfikir oleh semua pihak.

Kemungkinan 1: Terhempas

Sebaik sahaja pesawat MH370 hlang dari dikesan radar kemungkinan pertama yang terfikir oleh semua pihak ialah pesawat itu terhempas.

Berdasarkan kemungkinan inilah pelbagai pihak dari 5 negara termasuk Malaysia memulakan proses mencari dan menyelamat .

Namun hingga kini belum ada tanda-tanda bangkai atau serpihan pesawat ditemui dan disahkan secara rasmi oleh kerajaan.

Kemungkinan 2 : Rampasan

Setelah disahkan bahawa dua penumpang menaiki pesawat menggunakan pasport palsu yang dicuri muncul kebimbangan pelbagai pihak bahawa pesawat dirampas oleh pengganas.

Kebimbangan ini semakin ketara apabila tiada tanda-tanda pesawat terhempas. Pihak kerajaan tidak menafikan kemungkinan ini namun belum ada bukti kukuh mengesahkan rampasan benar-benar berlaku.

Kemungkinan 3 : Disorok

Kemungkinan ketiga ini terbahagi kepada dua jenis.

Disorok oleh pengganas yakni kesinambungan dari teori rampasan dimana pesawat yang dirampas mungkin diarahkan mendarat diwilayah yang rahsia.

Kemungkinan ini berdasarkan hakikat bahawa radar tidak mampu mengesan pesawat yang terbang rendah di bawah julat ketinggian yang boleh dikesan radar.

Disorok jenis kedua ialah disorok oleh makhluk halus di alam ghaib. Insiden MH370 ini mirip dengan insiden yang berlaku di Bario dan insiden yang menimpa Adam Air.

Bahkan kejadian ini mirip dengan insiden kehilangan pesawat di Segitiga Bermuda di Amerika dan Segitiga Iblis di Jepun.

Kemungkinan disorok makhluk halus timbul apabila segala peralatan canggih tidak mampu mengesan keberadaan pesawat MH370 sehingga kini.

Kesimpulannya, insiden kehilangan MH370 masih menjadi misteri hingga kini. Namun bagi orang yang beriman, kita perlu kembali merujuk kepada Allah dan Rasul kerana tiada siapa yang mampu menyelesaikan isu ini jika Sang Raja Sekalian Alam tidak mengizinkan. Kepada Allah kita panjatkan harapan dan doa agar  pesawat dan penumpangnya selamat kembali kepada kita dan tiada kejadian buruk yang menimpa pesawat dan para penumpang.

Sekian doa keselamatan dan kesejahteraan diutuskan buat para penumpang MH370 yang hingga kini belum diketahui nasibnya.

Wallahu a'lam