Jumaat, 18 Julai 2014

Antara Serangan Gaza dan Tragedi MH17

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selawat salam buat junjungan mulia paduka baginda Nabi Muhammad saw dan ahli keluarga baginda dan para sahabat serta saudara-saudara yang dirindui baginda.

Pertama-tamanya takziah buat seluruh keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi MH17

Ramadhan bermula dengan peristiwa berdarah serangan ke atas gaza yang mengorbankan bukan sedikit nyawa.

Sudah maklum bahawa kaum Yahudi Zionis tidak akan berpuas hati selagi matlamat mereka tidak tercapai. Penduduk Palestin teerutamanya yang masih bertahan di Gaza dan Tebing Barat menjadi halangan bagi mereka meluaskan wilayah Israel.

Israel Raya yang diimpikan mereka meliputi kawasan Mesir, Palestin, Jordan dan sebahagian Syria, Lubnan dan termasuk dalam rancangan itu sebahagian Arab Saudi termasuk Madinah.

Apa yang dilakukan ke atas rakyat Palestin bukan baru tapi adalah lanjutan perang yang melelahkan selama lebih 60 tahun.

Malangnya umat Islam tidak pernah mengambil peduli akan hal mereka kecuali setelah isu ini digembar gemburkan oleh media.

Kehangatan isu ini lenyap bila timbul isu lain. Maka berlakulah tragedi yang sangat menyayat hati.

Pesawat komersial Malaysia penerbangan MAS yakni MH17 telah ditembak jatuh di Ukraine berhampiran sempadan Rusia semasa perjalanan pulang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Tragedi ini mengorbankan sebanyak 283 penumpang termasuk 3 bayi dan 15 anak kapal. Peristiwa ini bukan sahaja mengejutkan syarikat MAS dan pemimpin serta rakyat Malaysia bahkan turut mendapat perhatian dunia.

Maka lenyaplah isu kezaliman di Gaza. Itu adalah hakikat akhir zaman. Manusia ibarat lalang yang ditiup angin.

Saat ini tumpuan diberi kepada isu MH17. Siapakan penjenayah yang menembak jatuh pesawat itu? Siapa yang bertanggungjawab atas tragedi yang menyayat hati ini. Kenapa manusia tak berdosa menjadi mangsa?

Isu ini sedang dimainkan di pentas akhir zaman. Telah termaktub dalam lembaran yang terpelihara. Dikhabarkan kejadian kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Satu takdir yang tak boleh diubah sesiapa pun

Wallahua'lam

Sekian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Misteri Hakiki

Ramai atau seorang
Terbaik dari umat
Khalifah dan Imamah
Pilihan Tuhan

Yang dianugerahi
Petunjuk Ilahi
Membaiki zaman
Penuh kerosakan

Tiga kejahatan
Muncul ditentang
Tiga kebaikan
Pasti berlaku

Satu dari timur
Satu dari barat
Satu ditabal
Di bumi terlarang

Yang menakluk
Kota yaman
Diganti dengan
Sang pembantu

Sang pembantu
Wafat pula
Penakluk konstantinopel
Ditabal pula

Yang wafat
Nama nabi
Ditabal pula
dua belas lagi

Yang soleh
Dikepung pendusta
Menjadi imam
Nabi suci

Yang pasti
Yang ditunggu
Seluruh umat
Hanyalah satu

Ahad, 13 Julai 2014

Pasukan Bantuan Al Mahdi as

Hadis1

Daripada Abu Hurairah, berkata : Rasulullah SAW bersabda : “Apabila berlaku peperangan-peperangan besar itu (Al Malhamah Kubra), Allah akan mengutus pasukan dari kalangan “mawali” (orang Ajam yang sudah bercampur Arab). Mereka itu adalah lebih baik daripada bangsa Arab di sudut kepahlawanan dan di sudut kelengkapan senjata dan dengan sebab mereka itu Allah membela agama.

Hadis 2

Dari Abu Hurairah RA katanya, Nabi SAW bersabda:  "Apabila berlaku pembantaian (Al-Malhamatul Kubra) di padang pertempuran, maka Allah akan mengirimkan satu rombongan (tentera tambahan) dari puak Mawali. Mereka adalah bangsa (bukan) Arab yang sangat dimuliakan, mahir menunggang kuda dan cekap bermain senjata. Agama Islam akan ditolong oleh Allah melalui pertolongan mereka"

Hadis 3

Al Qurthubi Rh dalam kitab At Tadzkirah meriwayatkan

Telah diriwayatkan sebuah hadis dari Ibnu Masud dan para sahabat lainnya bahawa Al Mahdi akan muncul di akhir zaman dari 'hujung barat' . Tentera bantuan berarak dengan jarak 40 batu di hadapan. Panji-panjinya bewarna putih dan kuning. Terdapat nombor-nombor dan tertera nama Allah padanya

Hadis 4

As Sya'rani meriwayatkan

Di akhir zaman seseorang yang dikenali sebagai Al Mahdi akan muncul dari negeri 'hujung barat. Bantuan berada 40 batu di hadapannya. Panji-panjinya bewarna putih dan kuning dan tertera nama Allah yang agung. Tiada siapa pun dibawah panji ini yang akan dikalahkan

Ulasan

Ketika perang terbesar (Malhamah Kubra) Imam Mahdi as dibantu oleh satu kaum yang dipanggil "Mawali". Mereka adalah keturunan bangsa ajam yang hebat dalam menunggang kuda dan bermain senjata. Bahkan kemahiran mereka melebihi bangsa arab sendiri. Juga sifat kepahlawanan dan kelengkapan senjata mereka lebih baik dari bangsa arab.

Dikatakan pasukan bantuan ini berasal dari "maghrib al aqsa" atau pendek kata hujung barat (barat terhujung). Jumlah mereka sangat ramai hingga dikatakan ketika mereka berbaris dihadapan Imam Mahdi, barisan mereka adalah sejauh 40 batu.

Mereka membawa panji-panji bewarna putih-kuning. Pada panji tersebut terdapat nombor-nombor rahsia illahi dan nama Allah teragung (Ismul Azam) yang sangat terahsia. Ismul Azam adalah nama Allah paling agung yakni nama yang ke 100. Tiada siapa mengetahui kecuali orang pilihan Allah.

Pasukan mereka tak terkalahkan dan melalui mereka agama terbela. Allah sangat memuliakan mereka. Dengan kehadiran mereka pasukan Imam Mahdi as menjadi pasukan ampuh yang tak terkalahkan lagi

Sabtu, 24 Mei 2014

Siti Hajun ra Isteri Khalilullah as

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selawat salam buat junjungan mulia paduka baginda Nabi Muhammad saw dan ahli keluarga baginda dan para sahabat serta saudara-saudara yang dirindui baginda.

Petama-tamanya Al Fatihah buat Almarhum Mawlana Syaikh Muhammad Nazim Adil Haqqani yang telah meninggalkan dunia pada 7 Mei lepas.

Saya memohon maaf kerana lama meninggalkan blog ini kerana saya agak sibuk akhir-akhir ni.

Pernahkah anda dengar nama Siti Hajun.

Nama ini jarang diperkenalkan oleh ustaz-ustaz malah mungkin dianggap tidak wujud.

Namanya tidak popular seperti Siti Sarah atau Siti Hajar kerana tidak disebut dalam Al Quran.

Malah namanya tidak disebut pun dalam Bible orang kristian tidak seperti Siti Qanturah yang disebut sebagai Keturah.

Siapakah Siti Hajun ini?

Beliau adalah isteri keempat Nabi Ibrahim as.

Menurut Imam Ibnu Katsir rh dan Imam Ibnu Athir rh, Siti Hajun adalah salah seorang dari empat gadis yang dinikahi Nabi Ibrahim as. Nabi Ibrahim menikahi beliau sesudah menikahi Siti Qanturah.

Setakat ini belum ditemui riwayat hidupnya.Dari mana beliau berasal dan bilakah beliau dinikahi Nabi Ibrahim as maklumat yang ada tentang beliau ialah nama bapanya yakni Amin menurut Imam Ibnu Katsir atau Uhair menurut Imam Ibnu Athir.

Menurut Imam Ibnu Katsir rh. Siti Hajun melahirkan lima orang putera yakni Kisan, Suraj, Ameem, Lutan and Nafis.

Siti Hajar melahirkan bangsa Arab hari ini, Siti Sarah melahirkan bangsa Israel dan bangsa Rom manakala Siti Qanturah melahirkan bangsa yang menurut Imam Ibnu Athir disebut sebagai Bani Jawi.

Belum diketahui pula bangsa manakah keturunan Siti Hajun. Tapi yang pasti Siti Hajun yang terahsia pasti melahirkan suatu bangsa yang terahsia juga.

Saya berpendapat nama beliau asalnya terdapat dalam kitab Taurat dan Injil. Tetapi orang Yahudi dan Kristian sengaja memadam nama Siti Hajun ini atas alasan yang mereka sahaja tahu.

Sama seperti Nabi Muhammad saw yang disebut secara terperinci dalam Taurat dan Injil asli tetapi kita tidak menemui pun dalam Bible moden. Jika jumpa pun satu dua ayat yang itu pun dalam bentuk kiasan.

Yang pasti Siti Hajun ini wujud dan merupakan salah seorang isteri kepada Nabi Ibrahim Khalilullah as.

Jumaat, 28 Mac 2014

Biografi Haddad Alwi

Haddad Alwi atau nama lengkapnya Haddad Alwi Assegaf, lahir di Solo, Jawa Tengah pada 13 Mac 1966. Tidak seorangpun dari keluarganya termasuk ayah dan ibunya mampu menduga bahawa Haddad Alwi kelak akan dikenal dan dicintai oleh ratusan juta orang, menembus batas geografi, suku dan bangsa melalu karya-karyanya. Tidak ada yang istimewa dari sisi kehidupannya, dia orang yang biasa-biasa saja. Beliau tidak menamatkan pengajiannya, dan pernah beberapa kali mencuba bidang perniagaan. Bila beliau memulainya dengan modal, maka berakhir dengan habisnya modal. Bila beliau mencuba tanpa modal, maka berakhir dengan hutang. Dari jalan yang salah itulah, kemudian beliau memenuhi panggilan hatinya yang memang lama terpendam, dengan melantunkan cinta dan kerinduan kepada Nabi saw. Haddad Alwi mengaku, baginya muzik adalah sebagai sebuah alat, bukan tujuan yang ingin dicapai dalam kehidupannya. Menurutnya, muzik boleh menjadi alat yang memberi impak positif ataupun negatif, tergantung pada niat pelakunya. Seboleh mungkin, dirinya menggunakan muzik untuk tujuan yang baik dan diredhai Allah SWT. Salah satunya dengan menyelipkan nilai-nilai akhlak Rasulullah dalam setiap karyanya.

Cita-cita jadi pengusaha

Diawali dari rakaman cuba-cuba, tidak ada yang menyangka, bahawa Haddad Alwi bisa menjadi seorang penyanyi kerohanian yang terkenal seperti sekarang. Ketika kecil, cita-citanya adalah menjadi seorang pengusaha. Namun takdir Allah menghendaki yang lain, kegemarannya bershelawatlah yang menyebabkan Haddad Alwi menjadi seorang penyanyi. Pada tahun 1997, ketika beliau merakam suaranya ke dalam kaset. Kaset itu hanya beredar di kalangan orang terdekatnya saja, seperti saudara dan beberapa kenalannya. Namun, lambat laun kaset rakaman itu tersebar hingga jatuh ke tangan salah seorang produser rakaman. Produser tersebut tertarik dengan konsep karya yang ditawarkan oleh Haddad Alwi. Hingga akhirnya, mereka pun saling bekerjasama. Buah kerjasama itu adalah, album perdana bertajuk “Nur Muhammad”. Mestipun belum boleh dikatakan bagus, album selawat itu cukup mendapat sambutan, sehingga Haddad Alwi menyusulkan lagi karya keduanya, dengan album selawat berikutnya bertajuk “Ziarah Rasul”. Selawat dan Haddad Alwi, adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan. Di negeri Indonesia saja boleh dihitung dengan jari, pemuzik mana saja yang mampu menciptakan karya-karya seperti Haddad Alwi. Rasa cintanya terhadap Rasulullah itulah, yang telah mengantarkannya ke puncak populariti. Namun, populariti tak membuatnya lupa diri, melainkan memacunya untuk terus berkarya.

Dari Sulis hingga Anti

Nama Haddad Alwi sebagai penyanyi selawat semakin berkibar, ketika dirinya mengajak penyanyi cilik, Sulis, sebagai teman duet. Dibawah naungan Sholla Studio, Haddad Alwi menghasilkan 6 album yang berjudul  ‘Cinta Rasul’ dan popular di mana-mana. Selama kareernya di dunia rekaman, Haddad Alwi telah menghasilkan banyak album dengan jmlah penjualan mencapai puluhan juta salinan. Dan disetiap albumnya, Haddad Alwi mencuba seboleh mungkin menyelipkan nilai kebaikan, dalam setiap karya yang diciptakannya.Haddad Alwi tidak hanya berduet dengat Sulis. Tetapi di album berikutnya, Haddad Alwi berkolaborasi dengan pemuzik-pemuzik muda, seperti Gita Gutawa, Tasya, Duta-Sheila on Seven, Fadly-PADI dan juga group nasyid DEBU. Setelah tidak berduet lagi dengan Sulis. Akhirnya di tahun 2010, Haddad Alwi telah menemukan pengganti Sulis. Di albumnya yang terbaru Muhammad Nabiku, Haddad Alwi berkolaborasi dengan penyanyi kanak-kanak bernama Anti dan Vita. Dengan single unggul “ Marhaban Ya Ramadhan “. Pertemuaannya dengan Anti boleh disebut sebagai suatu berkah. Karena, sudah bertahun-tahun dia berusaha mencari penyanyi cilik, yang sesuai dengan karakter lagu yang dia bawakan. Karena sejak kemunculannya dengan penyanyi Sulis dalam ‘Cinta Rasul’ beberapa tahun lalu, beliau belum menemukan lagi penyanyi yang dicari. Kriteria yang dicari adalah vokal bagus, dan background keluarga yang Islami. Dan akhirnya, dia menemukan Anti ( 10 tahun ) dan adiknya Vita ( 5 tahun ) yang memiliki vokal yang sesuai dengan karakter lagu yang dibawakannya. Anti tinggal di daerah Parung, Bogor. Dan ternyata, sejak kecil mereka sudah mengenal lagu-lagu Haddad Alwi. 

Rabu, 26 Mac 2014

Betapa beratnya kedukaan para sahabat

Bismillahirrahmanirrahim

Selawat dan salam atas paduka baginda Rasulullah saw yang termulia juga keatas ahli keluarga baginda, para sahabat, para aulia dan solehin dan saudara-saudara yang dirindui rasul sekaliannya.

Ini adalah kisah benar yang berlaku ke atas seorang hamba Allah

Kisahnya begini,

Beliau adalah pekerja kontrak di sebuah kilang.

Hari tersebut adalah hari jumaat dimana beliau bekerja shift malam. Sekitar pukul tiga petang beliau tidur sebentar supaya tidak mengantuk semasa bekerja di malam hari.

Sambil tidur beliau memainkan lagu 'Ya Robbibil Mustofa' nyanyian Haddad Alwi dan Sulis yang dimuat turun melalui internet.

Setelah beliau terlelap bermula siri pengembaraan roh yang amat ajaib.

Beliau bermimpi Rasulullah saw berada di satu tempat. Para sahabat sudah berkumpul untuk mendengar pesanan terakhir baginda saw. Masing-masing berasa hiba kerana mereka tahu bahawa tak lama lagi baginda rasul saw akan meninggalkan dunia menuju alam baqa'

Masing-masing berasa amat sedih, bahkan berasa rindu dengan nabi yang selama ini menjadi guru mereka, berjuang bersama mereka dan mengasihi mereka seperti bapa kandung mereka sendiri.

Masing-masing tak mampu menahan kesedihan kerana tahu bahawa mereka akan berpisah dengan kekasih mereka di alam dunia ini. Yang paling hebat rasa sedihnya adalah sahabat yang empat yang terutama. Sayyidina Abu Bakar ra, Sayyidina Umar ra, Sayyidina Usman ra dan Sayyidina Ali kwj.

Yang paling ajaibnya orang yang bermimpi ini diberikan rasa setitis dari apa yang dirasakan para sahabat. Beliau menangis dalam mimpinya. Beliau berasa sangat bersalah kerana para sahabat itu sangat rindukan Nabi saw sedangkan kita yang tidak bertemu dengan baginda di dunia ini patut lebih rindukan baginda lagi.

Begitulah sebuah kisah maha ajaib yang Allah kurniakan utk hamba pilihanNya di akhir zaman yang membawa seribu pengajaran yang tak boleh diberikan oleh mana sistem pendidikan yang wujud. Bagaimana perasaan kita terhadap nabi kita?

Ya Allah ampunilah dan angkatkan darjat buat Paduka Baginda Rasulullah saw. Juga ke atas ahli keluarga baginda, para sahabat, para aulia dan solehin, saudara-saudara yang dirindui baginda juga para muslimin muslimat sekalian.

Amin ya rabbal alamin

Sekian

Isnin, 10 Mac 2014

Insiden MH370 : Bila kerajaan ghaib bertindak

Bismillahirrahmanirrahim

Selawat dan kesejahteraan buat paduka baginda yang teramat mulia Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda, para sahabat serta saudara-saudara yang dirindui baginda sekalianya.

Assalamualaikum buat para pembaca sekaliannya.

Seputar insiden kehilangan pesawat MAS MH370 yang hingga kini proses mencari dan menyelamat sedang diteruskan.

Pelbagai teknologi tercanggih sudah digunakan untuk mencari pesawat dan para penumpangnya namun usaha pencarian masih buntu.

Akhirnya setelah berusaha keras barulah manusia sedar bahawa walau hebat mana teknologi manusia, walau canggih mana peralatan tapi manusia tak mampu menandingi satu kekuatan yang Maha Hebat. Satu kuasa ghaib yang menjadikan bukan sahaja peristiwa kehilangan pesawat MH370 bahkan segala yang berlaku di alam ini.

Manusia mula sedar bahawa kuasa ghaib ini yang lebih hebat sedang teknologi manusia yang tercanggih pun tidak membantu disaat manusia memerlukan. Akhirnya manusia mula tunduk mengakui bahawa mereka memerlukan kuasa ghaib yang selama ini telah mereka lupakan.

Sebelum kejadian ini manusia begitu angkuh dengan teknologi yang mereka ada. Mereka rasakan dengan teknologi mereka boleh buat apa sahaja. Dengan teknologi manusia boleh memerintah dunia. Dengan teknologi mereka adalah kuasa yang tak terkalahkan.

Manusia melupakan yang Maha Ghaib yakni Tuhan.  Tuhan dikesampingkan. Tuhan bukan matlamat hidup mereka.  Segala perintah Tuhan diabaikan dan segala laranganNya  dilakukan dengan bangga.

Manusia anggap Tuhan menyusahkan mereka untuk mencapai tujuan hidup mereka. Bagi manusia, Tuhan tidak diperlukan dalam urusan mereka.

Apabila manusia sudah terlalu lalai dari mengingatiNya maka Dia yang memiliki kerajaan ghaib pun mula bertindak.

Maka berlakulah peristiwa pesawat MH370 tidak dapat dikesan oleh radar secara tiba-tiba.

Manusia dengan logik akalnya menjangka kapal terhempas atau meletup. Namun dengan bantuan segala peralatan tercanggih mereka memulakan pencarian. Namun hingga kini usaha mereka buntu. Tiada tanda menunjukkan berlakunya kapal terhempas atau meletup.

Hendak dikatakan pesawat dirampas sehingga kini mereka tidak mampu mengesan kemana pesawat dan penumpang dibawa pergi.

Dalam kecemasan dan kebuntuan itu barulah manusia sedar bahawa Tuhan itu Maha Hebat. Tuhan itu Maha Agung. Tuhan itu Maha Besar.

Manusia baru sedar bahawa Tuhan sangat diperlukan. Hanya Tuhan yang boleh menolong. Tuhan itu amat berkuasa ke atas mereka.

Manusia mula duduk bersimpuh tunduk terhadap Tuhan. Manusia meletakkan segala harapan kepada Tuhan. Akhirnya Tuhan dibesarkan kembali. Tuhan diagungkan kembali. Tuhan kembali menjadi tempat merujuk.

Begitulah caranya Tuhan yang memiliki segala kerajaan lakukan untuk menunjukkan bahawa Dia Maha Hebat, Maha Agung, Maha Besar dan Maha Berkuasa.

Bila Tuhan sudah bertindak maka tiada siapa lagi mampu untuk menentangNya. Tuhan boleh membuatkan manusa jatuh menundukkan diri kepadaNya dalam sekelip mata.

Bila hilang Tuhan dalam hati manusia maka Tuhan hilangkan pesawat MH370 supaya manusia kembali kepadaNya dan dengan barulah dikembalikan apa yang telah hilang.

Sekian doa keselamatan dan kesejahteraan diutuskan buat para krew dan para penumpang pesawat MH370 yang nasib mereka Tuhan sahaja yang tahu.

Wallahu a'lam

Insiden MH370 : Terhempas, dirampas atau disorok

Bismillahirrahmanirrahim

Selawat dan salam buat penghulu para rasul paduka baginda yang teramat mulia Nabi Muhammad saw dan ahli keluarga baginda serta para sahabat serta saudara-saudara yang dirindui badinda sekaliannya.

Assalamualaikum semua pembaca. Sudah lama saya tak update blog kerana sibuk dalam urusan pekerjaan.

Dua tiga hari ini seluruh media massa heboh dengan khabar kehilangan pesawat MH370 yaNg sehingga artikel ini ditulis belum ada berita rasmi akan keadaan pesawat tersebut dan nasib para penumpangnya.

Saya juga turut bersimpati dan mendoakan agar pesawat yang hilang ditemui dan para penumpangnya terselamat.

Ketika proses mencari dan menyelamat masih diteruskan muncul pelbagai spekulasi di media-media alternatif tersebar yang lebih mengeruhkan suasana.

Bagi menghormati perasaan ahli keluarga yang terlibat saya tidak mahu menyebarkan sebarang spekulasi akan insiden ini.

Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan kemungkinan yang difikirkan berlaku terhadap pesawat MAS MH370 yang terfikir oleh semua pihak.

Kemungkinan 1: Terhempas

Sebaik sahaja pesawat MH370 hlang dari dikesan radar kemungkinan pertama yang terfikir oleh semua pihak ialah pesawat itu terhempas.

Berdasarkan kemungkinan inilah pelbagai pihak dari 5 negara termasuk Malaysia memulakan proses mencari dan menyelamat .

Namun hingga kini belum ada tanda-tanda bangkai atau serpihan pesawat ditemui dan disahkan secara rasmi oleh kerajaan.

Kemungkinan 2 : Rampasan

Setelah disahkan bahawa dua penumpang menaiki pesawat menggunakan pasport palsu yang dicuri muncul kebimbangan pelbagai pihak bahawa pesawat dirampas oleh pengganas.

Kebimbangan ini semakin ketara apabila tiada tanda-tanda pesawat terhempas. Pihak kerajaan tidak menafikan kemungkinan ini namun belum ada bukti kukuh mengesahkan rampasan benar-benar berlaku.

Kemungkinan 3 : Disorok

Kemungkinan ketiga ini terbahagi kepada dua jenis.

Disorok oleh pengganas yakni kesinambungan dari teori rampasan dimana pesawat yang dirampas mungkin diarahkan mendarat diwilayah yang rahsia.

Kemungkinan ini berdasarkan hakikat bahawa radar tidak mampu mengesan pesawat yang terbang rendah di bawah julat ketinggian yang boleh dikesan radar.

Disorok jenis kedua ialah disorok oleh makhluk halus di alam ghaib. Insiden MH370 ini mirip dengan insiden yang berlaku di Bario dan insiden yang menimpa Adam Air.

Bahkan kejadian ini mirip dengan insiden kehilangan pesawat di Segitiga Bermuda di Amerika dan Segitiga Iblis di Jepun.

Kemungkinan disorok makhluk halus timbul apabila segala peralatan canggih tidak mampu mengesan keberadaan pesawat MH370 sehingga kini.

Kesimpulannya, insiden kehilangan MH370 masih menjadi misteri hingga kini. Namun bagi orang yang beriman, kita perlu kembali merujuk kepada Allah dan Rasul kerana tiada siapa yang mampu menyelesaikan isu ini jika Sang Raja Sekalian Alam tidak mengizinkan. Kepada Allah kita panjatkan harapan dan doa agar  pesawat dan penumpangnya selamat kembali kepada kita dan tiada kejadian buruk yang menimpa pesawat dan para penumpang.

Sekian doa keselamatan dan kesejahteraan diutuskan buat para penumpang MH370 yang hingga kini belum diketahui nasibnya.

Wallahu a'lam

Ahad, 26 Januari 2014

Kata-kata yang menggoncang hati Dajjal

Bismillahirrahmanirrahim

Selawat dan salam buat baginda Rasulullah saw, ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian.

Mawlana Syaikh Nazim Al Haqqani Rh pernah bercerita satu kisah yang berlaku kepada seorang sahabat.

Seorang sahabat Nabi (SAW) telah diambil oleh Jin. Beliau adalah sahabat daripada Rasulullah (SAW) yang bernama Tamim ad-Dari, diperintahkan oleh Rasulullah untuk memberitahu Dajjal) "Muhammad masih hidup dan tidak akan mati! "

Dajjal) bertanya kepada Tamim ad-Dari " Adakah Muhammad telah meninggal dunia? "Tamim ad-Dari berkata " Muhammad masih hidup, dan tidak akan mati"

jawapan  beliau ini melemahkan semangat Dajjal, dia kehilangan separuh daripada kekuatannya mendengar ucapan tersebut.

Mawlana Syaikh Nazim Rh mengulas peristiwa ini dengan mengatakan mengisytiharkan "Muhammad masih hidup" melemahkan Dajjal dan memecahkan semangatnya.

Sabtu, 25 Januari 2014

Makhluk Asing dan Isra' Mi'raj

"... Dua bandar-bandar yang terletak di dalam kegelapan dan bersambungan dengan Gunung Qaf .... (penduduknya) tidak tahu Adam ... Mereka tidak tahu bahawa Allah telah menjadikan matahari dan bulan ... cahaya datang kepada mereka dari Gunung Qaf, dan dinding mereka, batu-batu, dan habuk mereka semua bersinar seperti lampu .... mereka tidak perlu untuk menutup tubuh mereka dengan pakaian ... mereka semua lelaki, dan mereka tidak mempunyai perempuan ... Pada malam mi'raj, apabila Jibril  membawa saya ke langit, dia membawa saya kemudiannya kepada orang-orang ini. Saya menawarkan mereka Islam, mereka percaya kepada saya, dan kepada Allah. Saya melantik seorang Khalifah di antara mereka dari kalangan bangsa mereka sendiri, dan saya mengajar mereka Islam. Jibril kemudian membawa saya kepada Tharis dan Taqil dan kepada Ya'juj dan Ma'juj;. Mereka adalah kafir dan tidak menerima Islam "

-Hadith, dalam kitab karya Imam al-Tabari

Bismillahirrahmanirrahim

Selawat dan salam buat baginda Rasulullah saw, ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian.

Dalam ' Tarikh al-Rusul wa al-Muluk ' oleh Imam al-Tabari asalnya diterjemahkan oleh Yasin Owadally, hadith yang berikut dari Nabi (sallallahu alaihi wa sallam) diriwayatkan mengenai bandar-bandar paranormal yang dipanggil
Djaboulqa dan Djaboulsa

Ada dua bandar, satu di timur dan satu di barat. Djaboulqa adalah di timur, dan Djaboulsa di barat. Bandar-bandar ini terbina dari zamrud, dan kedua-duanya dihubungkan dengan Gunung Qaf.Kedua-duanya berukuran dua belas ribu farsakh panjang, dan dua belas ribu farsakh lebar

Putera orang beriman Hadrat 'Ali bin Abi Talib (alaihi salam) bersama Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) semasa delegasi Yahudi datang dari Khaybar, Fadak dan orang-orang Bani Khuraiza. Delegasi orang Yahudi diiringi oleh Abu Jahal dan Walid-bin-Mughairah yang mahu melihat jika apa yang Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) kata mengesahkan apa yang ditulis dalam kitab mereka

Hadrat 'Ali (alaihi salam) bertanya, "Wahai Rasul Allah, adakah kedua-dua bandar-bandar (Djaboulqa dan Djaboulsa) ini terletak di muka bumi?"

Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) menjawab, "Kedua-dua bandar-bandar yang terletak di dalam kegelapan (angkasa), dan berkongsi sempadan dengan Gunung Qaf."

Hadrat 'Ali (alaihi salam) bertanya, "Bagaimana kepadatan penduduk bandar-bandar itu?"

Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) menjawab, "Setiap bandar mempunyai kubu, dan dalam setiap kubu terdapat pasukan pengawal yang terdiri daripada satu ribu lelaki, yang mengawal setiap malam. Perjalanan pasukan ini perlu mengambil jangka masa satu tahun penuh (dengan masa kita) sebelum dia dapat kembali (ke tempat asalnya)"

'Ali (alaihi salam) bertanya, "mengapa mereka memerlukan bandar seperti sejumlah besar pengawal untuk perlindungan?"

Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) menjawab, "Kerana padanya terdapat kuantiti besar permata yang asalnya dimiliki oleh penduduk bandar-bandar, yang kita panggil Tharis dan Taqil. Tharis dan Taqil adalah musuh Djaboulqa dan Djaboulsa. Mereka tidak putus-putus berperang antara satu sama lain. Ini kerana mereka ini sedar terdapat para pengawal ini".

Hadrat 'Ali (alaihi salam) bertanya, "adakah penduduk Djaboulqa dan Djaboulsa manusia daripada Bani Adam?"

Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) menjawab, "mereka tidak tahu Adam."

'Ali (alaihi salam) bertanya, "adakah syaitan telah menembusi di sana?"

Nabi (sallallahu alaihi wa sallam) menjawab, "tidak mereka tahu akan ia (Iblis)."

'Ali (alaihi salam) bertanya "adakah matahari dan bulan menyinari mereka?"

Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) menjawab, "mereka tidak tahu bahawa Allah telah menjadikan matahari dan bulan."

Hadrat 'Ali (alaihi salam) bertanya, "maka bagaimana mereka melihat?"

Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) menjawab, "cahaya datang kepada mereka dari Gunung Qaf, dan dinding mereka, batu-batu, dan habuk mereka semua bersinar sebagai lampu

'Ali (alaihi salam) "Wahai Rasulullah, apa yang mereka makan?"

Nabi (sallallahu alaihi wa sallam) menjawab, "tumbuh-tumbuhan (herba) yang tumbuh di bumi mereka."

'Ali (alaihi salam) bertanya, "apa yang mereka pakai?"

Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) menjawab, "mereka tidak perlu untuk menutup tubuh mereka dengan pakaian."

Ali (alaihi salam) menambah, "jadi, mereka adalah malaikat?"

Rasul Allah (sallallahu alaihi wa sallam) menjawab, "tidak, tetapi ketaatan mereka kepada Allah adalah sama dengan malaikat."

'Ali (alaihi salam) menjawab, "mereka di kalangan yang terpilih atau dari yang terkutuk?"

Nabi (sallallahu alaihi wa sallam) menjawab, "mereka adalah antara yang terpilih, kerana mereka mengikuti agama dan syariat. Mereka telah masuk Islam. Pada malam mir'aj, apabila Jibril  membawa saya ke langit, dia membawa saya kemudiannya kepada orang-orang ini. Saya menawarkan mereka Islam, mereka percaya kepada saya, dan kepada Allah. Saya melantik seorang Khalifah di antara mereka dari kalangan bangsa mereka sendiri, dan saya mengajar mereka Islam. Jibril kemudian membawa saya kepada Tharis dan Taqil dan kepada Ya'juj dan Ma'juj. Mereka adalah kafir dan tidak menerima Islam "

Kemudian 'Ali (alaihi salam) bertanya, "Wahai Rasulullah, manusia boleh mencapai bandar-bandar itu?"

Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam) menjawab, "Tidak ada manusia yang mempunyai kuasa untuk mencapai orang-orang ini, kerana seseorang perlu mengharungi empat bulan dalam kegelapan! Sementara itu, pada zaman Nabi Hud, tiga (gergasi) di kalangan kaum Aad yang memeluk Islam, dan percaya kepada Nabi Hud, melarikan diri kaum mereka. Mereka mencapai bandar-bandar itu. tiga orang yang melarikan diri dari kaum Aad tiba di Djaboulqa dan Djaboulsa, dan mereka tinggal di sana. Mereka diseksa oleh kaum Fid. Mereka mahu untuk melarikan diri, tetapi mereka tidak boleh. Kaum ini mempunyai kuasa yang lebih daripada yang mereka ada"

Nota Kaki

Jabal Qaf

Ibn Abi al-Dunya dan Abu al-Syeykh meriwayatkan dari Ibn `Abbas (ra), “Allah telah menciptakan sebuah gunung yang disebut Qaf yang mengelilingi dunia, yang akarnya berasal dari batu di mana bumi berpijak.  Setiap kali Allah ingin mengguncang sebuah kota, Dia memerintahkan gunung itu untuk mengguncangkan akarnya yang berada di kota itu.  Itulah sebabnya gempa bumi dapat terjadi di beberapa tempat terpisah dari yang lain.”

Ibn al-Mundzir, Abu al-Syeykh di dalam al-Azhama, al-Hakim dan Ibn Marduyah semuanya menceritakan dari `Abd Allah b. Burayda dalam penafsiran tentang {Qaf} (50:1) “Itu adalah sebuah pegunungan zamrud yang mengelilingi dunia, di mana kedua sisi langit berpijak.”

Imam al-Suyuti menyebutkan di dalam al-Durr al-Mantsur, bahwa `Abd al-Razzaq meriwayatkan dari Mujahid: “Qaf adalah sebuah gunung yang mengelilingi dunia.”

Imam al-Baghawi menyebutkan di dalam Tafsir Ma`alim al-Tanzil dari `Ikrima dan al-Dahhak: “Qaf adalah sebuah gunung zamrud hijau yang mengelilingi bumi seperti dinding yang mengelilingi sebuah taman.  Sisi langit ditegakkan di atasnya, sehingga ia berwarna biru.

Jumaat, 24 Januari 2014

Fakta Pelik Tapi Benar: Stesen Keretapi KL dibina untuk tahan salji

Stesen Keretapi KL dibina untuk tahan salji

Stesen Keretapi Kuala Lumpur dibina untuk menahan kesejukan musim salji sehingga ke tahap kedalaman salji setebal 2 kaki. Malah platform keretapi juga mesti tinggi supaya tidak ditenggelami salji. Bumbung di atas platform keretapi stesen berkenaan juga dibina sehingga tahap mampu menampung berat salji setebal 2 kaki.

Mengapa ini berlaku?Ini adalah kerana arkitek bangunan berkenaan, Arthur Bennison Hubback, seorang bekas Brigadier Jeneral British di zaman perang dunia pertama, terpaksa mengikut peraturan pembinaan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa British yang menggunakan piawaian pembinaan "British Standard" walaupun di koloni British di Malaya adalah beriklim tropika.

Sedikit info tambahan, tahukah anda bahawa Masjid Jamek KL juga dibina mengikut piawaian pembinaan "British Standard"? Ya, ini bermakna Masjid Jamek juga dibina dengan ketahanan perlindungan kesan2 dari ribut salji. Ia mungkin pelik, tapi itulah kebenarannya.

Jumaat, 17 Januari 2014

Isu Ummati Ummati

Terlalu berlebihan mempermasalahkan kisah kewafatan Nabi yang mengucapkan ummati, ummati seandainya tidak ada riwayat sahihnya tentang ucapan ini ketika menjelang wafat beliau, maka sungguh kehidupan beliau mulai sejak diutus menjadi Rasul hingga akhir hidup bahkan kelak di hari kiamat, beliau sangat khawatir dan sangat memperdulikan umatnya.

Bukankah Allah sendiri telah mensifati Nabi Muhammad dengan Harishun ‘alaikum bil mukminiina Raoufun Rahiim ?? tidakkah kamu merenungi ucapan yang menggetarkan hati dan jiwa yang membaca ucapan itu ??

Simak dan renungi bersama kami firman Allah Ta’ala berikut ini
:لَقَدْ جَاءكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ“

Sungguh telah datang padamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami, dia sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang yang beriman “. (QS: at-Taubah : 128)Ibnu Katsir mengomentari ayat ini
:وقوله:
{ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ } أي: يعز عليه الشيء الذي يعنت أمته ويشق عليها، { حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ } أي: على هدايتكم ووصول النفع الدنيوي والأخروي إليكم“ Ucapan, {berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami}, Nabi begitu merasakan berat (susah) dengan kesusahan yang dialami umatnya. {dia sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu}, maksudnya sangat menginginkan kalian mendapat petunjuk dan mendapatkan manfaat di dunia maupun di akherat “.

Ayat ini sudah cukup menunjukkan bahwa Nabi begitu merasakan khawatir dan peduli dengan umatnya sepanjang hidupnya bahkan kelak ketika di hari perhitungan, Nabi pun berupaya keras menyelamatkan umatnya dari neraka.

Untuk apa mereka mempermasalahkan riwayat  “ ummati, ummati “ ketika menjelang kewafatan beliau ? apa mereka tidak percaya bahwa Nabi begitu peduli dan khawatir atas umatnya ?? bukankah nasehat sholat-sholat di akhir usia beliau juga menunjukkan kepedulian beliau atas umatnya agar tidak meninggalkan sholat, supaya umatya bahagia dunia dan akherat ?? ayat di atas sudah cukup menjelaskan sifat mulia Nabi dan kekhawayiran Nabi atas umatnya sepanjang hidupnya.
Hadits :أنه صلى الله عليه وسلم قال لجبريل عند موته " من لأمتي بعدي " فأوحى الله تعالى إلى جبريل أن بشر حبيبي إني لا أخذله في أمته ، وبشره بأنه أسرع الناس خروجا من الأرض إذا بعثوا ، وسيدهم إذا جمعوا وأن الجنة محرمة على الأمم حتى تدخلها أمته . فقال " الآن قرت عيني“
Sesungguhnya Nabi bertanya kepada Jibril, “ Siapa yang memperhatikan umatku setlah wafatku ? “, maka Allah mewahyukan kepada Jibril untuk memberikan kabar gembira bahwa AKU (Allah) tidak akan melalaikan umatnya, dan berikan kabar padanya bahwa ia (Nabi) adalah manusia pertama (paling cepat) keluarnya dari kuburan ketika hari pembangkitan, dan pemimpin mereka di hari perkumpulan, dan sesungguhnya surge haram atas umat-umat lainnya sebelum umat Nabi memasukinya terlebih dahulu “, maka Nabi berkata, “ Sekarang aku sudah tenang “.
(HR. Ath-Thabrani)

Hadits ini memang sanadnya dhaif, namun hadits dhaif bukanlah hadits maudhu’ yang harus dibuang. Karena ada kecacatan perowinya yang tidak terlalu parah. Hadits ini pun boleh diamalkan dalam bab manaqib (kisah-kisah) sesuai pendapat jumhur ulama ahli hadits.Dan tak ada satupun ulama ahli hadits terdahulu yang menghukumi hadits ini maudhu’. Oleh sebab itu al-Hafidz al-Iraqi menghukumi sanad ini dhoif.[1]

Hadits di atas pun memiliki banyak syawahidnya diantaranya hadits :إن الجنة حرمت على الأنبياء كلهم حتى أدخلها، وحرمت على الأمم حتى تدخلها أمتيHadits ini diriwayatkan Ibnu Adi di Kamil : 5/209 dan Ibnu Abi Hatim di al-'ilal : 2167. Hadits ini dihukumi gharib oleh ad-Daraquthni, sedangkan Albani menghukuminya hadits mungkar.[2]

Juga hadits berikut ini :أنا أول الناس خروجاً إذا بعثوا، وأنا خطيبهم إذا أنصتوا، وقائدهم إذا وفدوا، وشافعهم إذا حبسوا، وأنا مبشرهم إذا يئسوا، لواء الحمد بيدي، ومفاتح الجنة يومئذ بيدي، وأنا أكرم ولد آدم يومئذ على ربي ولا فخر, يطوف علي ألف خادم كأنهم اللؤلؤ المكنونHadits ini diriwayatkan oleh imam at-Tirmidzi no. 3610, beliau mengatakan :  Ini Hadits Hasan Gharib.[3]

Dalam riwayat yang lain disebutkan bahwasanya sayyidina Ali berkata :ان رسول الله صلى الله عليه وسلم في آخر نفسه حرك شفتيه مرتين فالقيت سمعي يقول خفية امتي امتي فقبض رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم الاثتثن من شهر ربيع الاول“ sesunggunya Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam di akhir hidupnya menggerakkan kedua bibirnya dua kali, lalu aku mendekatkan telingaku dan aku mendengar Nabi mengucapkan “ Ummatku, ummatku “ secara pelan, lalu wafatlah Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam di hari senin bulan Rabi’ul Awwal “.[4]

Dalam hadits sahih disebutkan bahwa ketika Nabi selesai membaca surat Ibrahim ayat 36 dan surat al-Maidah ayat 118, maka Nabi mengangkat kedua tangannya dn mengucapkan :اللهم أمَّتِي أمّتِي، وبكى فقال الله -عز وجل-: "يا جبريل، اذهب إلى محمد -وربك أعلم- فَسَلْه: ما يبكيك؟"، فأتاه جبريل فسأله، فأخبره رسول الله -صلى الله عليه وسلم- بما قال-وهو أعلم- فقال الله: "يا جبريل، اذهب إلى محمد فقل: إنا سنرضيك في أمتك ولا نسوءك“ Ya Allah, umatku, umatku..dan Nabi menangis. Maka Allah berkata, “ Wahai Jibril, pergilah kepada Muhammad – Dan Tuhanmu Maha Mengetahui – dan tanyakan padanya apa yang menyebabkannya menangis ? maka Jibril mendatanginya dan menanyakannya, maka Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam menceritakan apa yang telah diceritakan, maka Allah menjawab : “ Wahai Jibril, pergilah kepada Muhammad dan katakanlah, “ Sesungguhnya Kami akan meridhai umatmu, dan tidak akan berbuat buruk pada umatmu “. (HR. Muslim)

Perhatikan hadits sahih ini, sangat menunjukkan bahwa Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam begitu cinta dan perhatiannya kepada umatnya, beliau tidak rela umatnya celaka di dunia maupun di akherat kelak. Beliau menyebut “ ummati “ dua kali. Renungi, dan resapi seruan dan doa Nabi tersebut dalam diri kita, bayangkan beliau menyebut nama kita dua kali….tidakkah engkau merasakan seruan lisan mulia Nabi yang berdoa dan memohon kepada Allah agar kita sebagai umatnya diselamatkan dari neraka Allah ?? sungguh kami khawatir mereka yang mempermasalahkan riwayat “ ummati, ummati “ menjelang kewafatan Nabi, dicabut rasa cinta dan rindunya kepada Nabi, Allahumma nas’alukal ‘afwa wal ‘afiyah…Ditulis Oleh: ustazah Shofiyyah An-Nuuriyah

[1] Takhrij Ahadits al-ihya, al-Iraqi, bisa lihat di sini : http://www.islamport.com/b/3/alhadeeth/takhreej/
[2] As-Silsilah adh-Dahifah, Albani : 5/354. No. 2329
[3] Hadil Arwah ila Biladil Afrah, Ibnul Qayyim : 1/77-78
[4] Hadits ini disebutkan oleh Syeikh ‘Uthman bin Hasan bin Ahmad as-Syakir al-Khubawi al-Hanafi (w. 1241H) dalam kitabnya Durrah an-Nashihin mukasurat 64, namun beliau tidak menyebutkan sanad periwayatnnya dan sumber asalnya. Setelah saya takhrij melalui lafaznya, awal matannya, Rowi a’lanya, maudhu’ (tema)-nya, dan shifatnya, dan semua metode takhrij telah saya lakukan, namun saya belom juga menemukannya. Maka saya tidak berani menghukuminya dhoif, maudhu’ atau pun sahih. Saya tawaqquf di sini

Dipetik dari blog ini

Isnin, 13 Januari 2014

Selamat Hari Keputeraan Ya Rasulullah


Lailahailallah Lailahaillallah
Lailahailallah Lailahaillallah

Wahai penghuluku nabiku
Penghubung hati dengan Allah

Sangat gembira hati kami
Di hari yang sungguh mulia ini

Kelahiranmu membawa cahaya
Yang menerangi kegelapan

Duhai cahaya yang mencahayakan
Cahayakan hati kami ini

Pimpinlah kami yang hina
Meniti jalan menuju Tuhan.

Duhai penawar bagi hati
Dikau penyembuh kedukaan kami

Wahai sultan bagi hati
Pemimpin hati yang dikasihi

Hanya dikau teman sejati kami
Dikau peneman yang setia

Wahai nabi maafkan kami
Kami hanya umatmu yang berdosa

Nabi kami sang penyejuk hati
Kami berasa sungguh gembira

Kami berasa sangat bahagia
Dengan kelahiran nabiku

Wahai nabi pujaan hati
Wahai kekasih yang sejati

Kami cumalah para pendosa
Maafkan dan terimalah kami

Nabiku Nabiku yang terpuji
Dikau nabi yang mulia

Kegembiraan di hati ini
Tiada kata mampu menjelaskannya

Nabi kami peneman kami
Syafaatkan kami wahai nabi

Nabi kami kegembiraan hati
Girangnya hati keranamu

Kami ini umat pendosa
Terima dan maafkan kami

Sabtu, 11 Januari 2014

Bani Ibrahim as


Dalam Al-Bidayah wa'n-Nihayah, Ibn Kathir رحمة الله عليه berkata menurut At-Ta'reef wa'l-A'lam oleh Abu'l Qasim al-Suhayli

Nabi Ibrahim عليه السلام ada 13 putera.

Putera Sulung ialah Nabi Isma'il عليه السلام melalui Sayyidah Hajar عليها السلام

Putera Kedua ialah Nabi Ishaq عليه السلام melalui Sayyidah Sarah عليها السلام

Kemudian baginda dikurniakan Madyan, Zamran, Sarj, Yaqshan, Nashq (dan seorang putera yang tidak diketahui namanya) melalui isteri baginda Qantura binti Yaqtan (yang dinikahi sesudah kewafatan Sarah)

Setelah itu baginda menikahi Hajun binti Amin yang melahirkan  Kisan, Suraj, Ameem, Lutan and Nafis.