Isnin, 30 Disember 2013

Siapa Beliau?

Bismillahirrahmanirrahim

Selawat dan salam buat baginda Rasulullah saw, ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian.

Saya tertarik dengan sebuah penemuan yang membuktikan kedatangan Islam ke benua Amerika.

Ia adalah sebuah tulisan yang ditemui di sebuah gua di Corinto, El Ecuador.

Tulisan yang mempunyai pengaruh tulisan Arab yang bertulis

"Katib Malaqah Hajimi Malaya"

Para pengkaji berpendapat tulisan ini berasal dari orang yang berasal dari kawasan berhampiran dengan Indonesia (yakni Malaysia).

Perkataan ini sangat dikenali menuliskan sebuah nama. Katib di sini ialah Khatib. Malaqah boleh jadi adalah Melaka . Hajimi mungkin merupakan namanya dan Malaya adalah gelaran yang diambil sempena nama Tanah Melayu.

Siapakah Khatib Melaka Hajimi Malaya ini? Adakah beliau merupakan orang Melayu yang tiba di benua Amerika? Adakah beliau adalah utusan pemerintah Melaka?
Jika Khatib Melaka Hajimi Malaya adalah benar orang Melayu Melaka, mungkinkah sebenarnya Kesultanan Melaka pernah mengadakan hubungan diplomatik dengan benua Amerika?

Dikatakan Laksamana Cheng Ho yang muslim itu tahu akan kewujudan benua Amerika. Bangsa Cina menamakan benua itu sebagai Mu-Lan-Pi.

Banyak rahsia yang disembunyikan Hidden Hand dari kalangan Yahudi yang merupakan tentera Iblis laknatullah.

Allah dan Rasul lebih tahu kisah sebenar yang berlaku.

Sekian

Ahad, 29 Disember 2013

Lagenda Mata Air Kehidupan 2

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah penguasa sekalian alam.

Selawat dan salam buat paduka yang termulia sultan segala roh baginda Nabi Muhammad saw dan seluruh keluarga serta para sahabat sekalian

Selain lagenda pencarian mata air kehidupan oleh Iskandar Zulkarnain. Terdapat lagenda dari bangsa lain tentang mata air kehidupan.

Maharaja Shih Huang Di

Pengasas kepada Negara China, Maharaja Shih Huang Di adalah seorang raja yang betul-betul obses terhadap kehidupan yang abadi. China mengambil nama daripada nama asal beliau iaitu Shih atau Qin yang lama-kelamaan disebut China.Terkenal sebagai maharaja yang zalim dan kuku besi, beliau tidak mahu kegemilangan dan kemasyhuran yang dicipta olehnya bakal diragut oleh kematiannya. Beliau benar-benar takut akan kematian.

Beliau telah memaksa pemimpin-pemimpin kanannya merantau mencari mata air kehidupan di seluruh ceruk dunia namun malangnya, mata air tersebut gagal dijumpai. Untuk meredakan kemarahan dan kekecewaan beliau, seorang tabib yang amat dipercayai oleh beliau telah mencadangkan sesuatu cecair perak iaitu merkuri atau raksa untuk diminum. Tanpa menyedari kesan sampingan raksa kepada tubuh manusia, beliau telah meminumnya secara konsisten sehinggalah meragut nyawanya pada 210 masihi yang ketika itu baru sahaja mencecah umur 49 tahun.

Red Indian 'Arawak' dan Bimini

Bimini adalah sebuah pulau mistik yang terkenal di kalangan suku Arawak dan penduduk wilayah Carribean dimana Bimini adalah wilayah kekayaan da kesejahteraan. Di pulau Bimini dikatakan terletaknya mata air kehidupan.

Penjelajah Sepanyol, Ponce de león tergoda dengan kisah mata air kehidupan yang sangat mahsyur dikalangan kaum Red Indian. Beliau mengupah beberapa orang Red Indian sebagai penunjuk jalan. Namun pengembaraan ini berakhir dengan kematian beliau namun pengembaraan ini membawa kepada penemuan kepada semenanjung Florida