Sabtu, 12 Oktober 2013

Armageddon menurut Red Indian suku Iroquois part 7

Bismillahirrahmanirrahim

Selawat dan salam buat baginda Rasulullah saw, ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian.

Kita sambung dengan ramalan Deganawida. Artikel lepas menceritakan tentang kemunculan kuasa lain yang memainkan peranan besar dalam perang nuklear ini. Perang ini berlanjutan hingga muncul 'cahaya' dari timur.

Cahaya akan datang dari timur ke barat ke atas air, dan apabila ular hitam mendapat semula penglihatannya, dia menjadi ketakutan dan membuat pergi ke laut. Beliau menyelam ke laut dan berenang ke arah selatan, dan tidak lagi dilihat oleh orang Indian.ular putih hidup kembali, dan dia juga melihat cahaya, dan dia membuat satu percubaan lemah untuk mengumpul tenaga sendiri dan pergi ke arah cahaya itu. Sebahagian ular putih enggan menetap di situ tetapi mencari cara ke arah tanah berbukit, dan di sana dia akan menyertai orang-orang Indian dengan kasih yang besar seperti saudara yang hilang. ular putih yang lain akan pergi ke laut dan berenang ke dalam laut dan akan hilang daripada pandangan untuk seketika. Kemudian tiba-tiba ular putih akan muncul kembali di atas air dan  perlahan-lahan berenang ke arah cahaya. Deganawidah berkata bahawa ular putih tidak lagi menyusahkan Rakyat Indian.Ular merah akan pulih dan dia akan menggigil dengan takut apabila dia melihat cahaya itu. Dia akan merangkak ke utara dengan goyah dan meninggalkan jejak berdarah, dan dia tidak akan dilihat lagi oleh kaum Indian. Deganawidah berkata cahaya itu mendekati mereka dan dialah (Deganawidah) cahaya itu.Bila dia kembali maka kaum indian akan menjadi kaum yang lebih banyak dari sebelumnya.

Ulasan

Cahaya yang muncul dari Timur menuju Barat itu menakutkan pihak yang berperang. Pasukan India/Pakistan meninggalkan medan peperangan tanpa kembali lagi. Sebahagian pasukan Amerika walaupun lemah cuba berhadapan dengan 'cahaya' tersebut. Pasukan yang tidak mahu turut serta pergi ke 'negeri berbukit' menyertai kaum Red Indian dimana mereka diterima dengan penuh kasih sayang. Pasukan Amerika yang lain lenyap tanpa berita buat seketika namun mereka didapati masih meneruskan usaha untuk menentang 'cahaya' tersebut.

Bangsa kulit putih meninggalkan bumi Amerika selama-lamanya dan tidak menyusahkan kaum Red Indian lagi. Pasukan Rusia yang cuba pulih dari peperangan takut dengan kemunculan 'cahaya' tersebut lantas meninggalkan medan peperangan dengan keadaan lemah kembali ke negara mereka dengan meninggalkan memori hitam yang tidak boleh dipadamkan. Mereka tidak dilihat lagi oleh kaum Red Indian.

Deganawidah mengkhabarkan beliau adalah 'cahaya' tersebut dan beliau kembali untuk membela nasib kaumnya. Cahaya yang dimaksudkan ialah pasukan Imam Mahdi dimana Deganawidah merupakan seorang daripadanya. Deganawidah tidak mati bahkan meninggalkan kaumnya untuk membuat persiapan menyambut kedatangan Imam Mahdi. Kepulangan Deganawidah membuatkan kaum Red Indian terbela dan mereka akan jadi lebih ramai dari sekarang untuk memakmurkan bumi Amerika.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan