Jumaat, 11 Oktober 2013

Armageddon menurut Red Indian suku Iroquois part 6

Bismillahirrahmanirrahim

Selawat dan salam buat baginda Rasulullah saw, ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian.

Al Fatihah buat Almarhum Habib Munzir Al Munsawa yang telah  kembali ke rahmatullah bulan lalu. Moga-moga roh beliau ditempatkan bersama para kekasih Allah.

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana lama tak update blog kerana hati tidak digerakkan untuk menulis walaupun idea datang mencurah-curah.

Artikel 'Armageddon menurut Red Indian suku Iroquois part 5' ada sedikit pembetulan dimana jika tidak dibaca maka sukar para pembaca untuk catch up artikel kali ini.

Kita sambung dengan ramalan Deganawida. Artikel lepas menceritakan tentang suasana perang yang diyakini merupakan suasana apabila senjata nuklear digunakan

Apabila wanita berkulit putih ini selesai memberitahu perkara-perkara ini, dia (ular hitam )mengambil wanita itu dan perlahan-lahan meletakkan dia di atas sebuah batu dengan penuh rasa kasih dan rasa hormat, dan kemudian dia menjadi marah dengan apa yang dia telah dengar, jadi dia pergi ke utara, dan dia masuk ke dalam pertempuran antara ular-ular merah dan putih dengan pantas dan kemarahan itu membuatkan dia melawan kedua-dua ular, yang telah pun bertempur. Apabila pertempuran itu selesai, beliau berdiri di atas dada ular putih, dan dia berbangga dan meletakkan dadanya seperti dialah yang menakluk, dan dia melihat ular lain untuk menakluk. Dia memandang ke tanah berbukit dan kemudian melihat kedudukan orang Indian dengan tangannya dilipat dan dia berbangga mendapat tahu bahawa orang Indian ini tidak turut berperang. Hala tuju yang seterusnya yang dia akan menghadap ke arah timur dan pada masa itu dia akan seketika buta oleh cahaya yang banyak lebih terang daripada matahari.

Ulasan

Seorang wanita kulit putih akan memberitahu kebenaran kepada India/Pakistan. Wanita ini akan dihormati dan disanjung. Tujuan wanita ini adalah untuk menghasut India/Pakistan terlibat dalam perang dunia ketiga.

Sebelum perang dunia tercetus akan berlaku krisis di negara Asia Selatan itu dan wanita kulit putih ini menjadi dalang yang menjebakkan mereka ke kancah peperangan.

India/Pakistan tidak berpihak kepada Amerika dan Rusia. Bahkan akan jadi pihak ketiga yang memburukkan lagi suasana.

Oleh kerana Pakistan mempunyai projek senjata nuklear makan India/Pakistan berkemungkinan tinggi adalah ular hitam dalam ramalan Deganawidah

India/Pakistan akan mengalahkan Amerikan dan cuba menundukkan Russia.

Ketika itu India/Pakistan berasa kagum dengan kaum Red Indian yang memilih untuk tidak turut serta dalam peperangan besar ini.

Setelah itu India/Pakistan merancang untuk menyerang bumi sebelah timur namun di Timur berlaku kejadian yang menakutkan sehingga India/Pakistan hilang hala tuju dan matlamat mereka.

Kejadian itu digambarkan dengan cahaya lebih terang dari matahari yang mampu membutakan mata sesiapa yang melihatnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan