Isnin, 14 Oktober 2013

Lagenda Mata Air Kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah penguasa sekalian alam.

Selawat dan salam buat paduka yang termulia sultan segala roh baginda Nabi Muhammad saw dan seluruh keluarga serta para sahabat sekalian

Assalamualaikum semua pembaca yang dihormati.

Sebelum saya memulakan artikel saya henda mengucapkan selamat mununaikan perintah Allah yakni haji di Baitullah dan ibadat korban yang bermula esok.

Kali ini saya hendak menyentuh tentang mata air kehidupan.

Apa itu mata air kehidupan? Mata air kehidupan adalah sebuah mata air terahsia yang terletak di lokasi terahsia yang ia sumber kehidupan.

Mata air kehidupan akan membuatkan sesiapa yang meminumnya walaupun seteguk akan terus hidup hingga hari kiamat. Benda mati yang terkena air ini walau setitis akan hidup semula dengan izin Allah.

Kerana terahsia lokasi mata air kehidupan ini maka ia menjadi lagenda dalam banyak budaya

Al Quran dalam surah Al Anbiya ayat 30 menyebut

".. dan Kami jadikan segala sesuatu yang hidup berasal dari air; maka mengapa mereka tidak beriman"

Oleh kerana Al Quran itu mempunyai banyak makna yang berlapis maka tak salah kalau dikatakan bahawa ayat ini merujuk kepada mata air kehidupan.

Diriwayatkan bahawa baginda Iskandar Zulkarnain telah terbaca dalam kitab kuno bahawa seorang dari putera Sam bin Nuh as telah meminum air mata kehidupan lantas dikurniakan umur yang panjang.

Dalam riwayat lain Iskandar Zulkarnain bertanya kepada malaikat pendampingnya akan cara untuk memanjangkan umur lantas malaikat itu memberitahu bahawa Allah mencipta mata air kehidupan yang mana sesiapa yang meminumnya walau seteguk akan terus hidup hingga hari kiamat atau sehingga di berdoa untuk mati.

Lagenda ini kini dianggap mitos atau dongengan dikalangan umat Islam moden hasil tipudaya Yahudi laknatullah. Sebaliknya Yahudi amat percaya akan kewujudan mata air kehidupan dan masih berusaha menjejaki lokasinya.

Dikatakan bahawa mata air ini berada di tempat matahari terbit dan di daerah kegelapan.

Daerah kegelapan ialah satu kawasan yang yang penuh dengan kabut tebal membuatkan cahaya matahari terhalang dari menyinari daerah ini. Gelapnya hingga kita tak mampu membezakan siang dan malam. Matahari, bulan dan bintang tak mampu dilihat. Ada riwayat mengatakan bahawa untuk tiba ke mata air kehidupan perlu melintasi lautan kegelapan.

Iskandar Zulkarnain dengan dua menterinya yakni Nabi Khidir as dan Nabi Ilyas as dan bala tenteranya dari pelbagai kaum serata dunia.

Iskandar Zulkarnain membawa dua ketul batu yang mampu bercahaya dalam gelap. Sebaik sahaja memasuki daerah kegelapan Iskandar Zulkarnain berpisah dengan dua menterinya itu untuk mencari mata air kehidupan.

Semasa sedang mencari mata air kehidupan, Nabi Khidir as dan Nabi Ilyas as berhenti di sebuah mata air untuk berehat dan makan. Nabi Khidir membasuh tangan dan memegang ikan kering untuk dibahagikan dengan saudaranya Nabi Ilyas as.

Sebaik sahaja ikan kering tersebut terkena tangan Nabi Khidir yang basah maka ikan kering itu tiba-tiba hidup dan melompat ke dalam kolam mata air dan berenang di dalamnya.

Tahulah Nabi Khidir bahawa beliau menemui mata air kehidupan lantas beliau minum dan berwuduk dengannya. Baginda mengarahkan saudaranya Nabi Ilyas as untuk minum dan berwuduk dengan mata air kehidupa.

Mereka mendapatkan Iskandar Zulkarnain untuk mengkhabarkan penemuan itu malangnya apabila mereka kembali ke tempat mata air kehidupan tersebut mereka tersesat jalan dan tidak lagi menemui mata air kehidupan. Maka Iskandar Zulkarnain gagal mendapatkan air kehidupan yang terahsia itu.

Maka tercatat dalam sejarah bahawa Nabi Khidir as dan Nabi Ilyas as hidup hingga sekarang. Nabi Ilyas di sini mungkin bukan Nabi Ilyas yang diutuskan kepada Bani Israel yang dikaitkan dengan Nabi Ilyasa' as.

Bersambung...

 

gambaran 
Nabi 
Khidir dan Nabi 
Ilyas menemui mata air kehidupan

Sabtu, 12 Oktober 2013

Armageddon menurut Red Indian suku Iroquois part 7

Bismillahirrahmanirrahim

Selawat dan salam buat baginda Rasulullah saw, ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian.

Kita sambung dengan ramalan Deganawida. Artikel lepas menceritakan tentang kemunculan kuasa lain yang memainkan peranan besar dalam perang nuklear ini. Perang ini berlanjutan hingga muncul 'cahaya' dari timur.

Cahaya akan datang dari timur ke barat ke atas air, dan apabila ular hitam mendapat semula penglihatannya, dia menjadi ketakutan dan membuat pergi ke laut. Beliau menyelam ke laut dan berenang ke arah selatan, dan tidak lagi dilihat oleh orang Indian.ular putih hidup kembali, dan dia juga melihat cahaya, dan dia membuat satu percubaan lemah untuk mengumpul tenaga sendiri dan pergi ke arah cahaya itu. Sebahagian ular putih enggan menetap di situ tetapi mencari cara ke arah tanah berbukit, dan di sana dia akan menyertai orang-orang Indian dengan kasih yang besar seperti saudara yang hilang. ular putih yang lain akan pergi ke laut dan berenang ke dalam laut dan akan hilang daripada pandangan untuk seketika. Kemudian tiba-tiba ular putih akan muncul kembali di atas air dan  perlahan-lahan berenang ke arah cahaya. Deganawidah berkata bahawa ular putih tidak lagi menyusahkan Rakyat Indian.Ular merah akan pulih dan dia akan menggigil dengan takut apabila dia melihat cahaya itu. Dia akan merangkak ke utara dengan goyah dan meninggalkan jejak berdarah, dan dia tidak akan dilihat lagi oleh kaum Indian. Deganawidah berkata cahaya itu mendekati mereka dan dialah (Deganawidah) cahaya itu.Bila dia kembali maka kaum indian akan menjadi kaum yang lebih banyak dari sebelumnya.

Ulasan

Cahaya yang muncul dari Timur menuju Barat itu menakutkan pihak yang berperang. Pasukan India/Pakistan meninggalkan medan peperangan tanpa kembali lagi. Sebahagian pasukan Amerika walaupun lemah cuba berhadapan dengan 'cahaya' tersebut. Pasukan yang tidak mahu turut serta pergi ke 'negeri berbukit' menyertai kaum Red Indian dimana mereka diterima dengan penuh kasih sayang. Pasukan Amerika yang lain lenyap tanpa berita buat seketika namun mereka didapati masih meneruskan usaha untuk menentang 'cahaya' tersebut.

Bangsa kulit putih meninggalkan bumi Amerika selama-lamanya dan tidak menyusahkan kaum Red Indian lagi. Pasukan Rusia yang cuba pulih dari peperangan takut dengan kemunculan 'cahaya' tersebut lantas meninggalkan medan peperangan dengan keadaan lemah kembali ke negara mereka dengan meninggalkan memori hitam yang tidak boleh dipadamkan. Mereka tidak dilihat lagi oleh kaum Red Indian.

Deganawidah mengkhabarkan beliau adalah 'cahaya' tersebut dan beliau kembali untuk membela nasib kaumnya. Cahaya yang dimaksudkan ialah pasukan Imam Mahdi dimana Deganawidah merupakan seorang daripadanya. Deganawidah tidak mati bahkan meninggalkan kaumnya untuk membuat persiapan menyambut kedatangan Imam Mahdi. Kepulangan Deganawidah membuatkan kaum Red Indian terbela dan mereka akan jadi lebih ramai dari sekarang untuk memakmurkan bumi Amerika.

Jumaat, 11 Oktober 2013

Armageddon menurut Red Indian suku Iroquois part 6

Bismillahirrahmanirrahim

Selawat dan salam buat baginda Rasulullah saw, ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian.

Al Fatihah buat Almarhum Habib Munzir Al Munsawa yang telah  kembali ke rahmatullah bulan lalu. Moga-moga roh beliau ditempatkan bersama para kekasih Allah.

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana lama tak update blog kerana hati tidak digerakkan untuk menulis walaupun idea datang mencurah-curah.

Artikel 'Armageddon menurut Red Indian suku Iroquois part 5' ada sedikit pembetulan dimana jika tidak dibaca maka sukar para pembaca untuk catch up artikel kali ini.

Kita sambung dengan ramalan Deganawida. Artikel lepas menceritakan tentang suasana perang yang diyakini merupakan suasana apabila senjata nuklear digunakan

Apabila wanita berkulit putih ini selesai memberitahu perkara-perkara ini, dia (ular hitam )mengambil wanita itu dan perlahan-lahan meletakkan dia di atas sebuah batu dengan penuh rasa kasih dan rasa hormat, dan kemudian dia menjadi marah dengan apa yang dia telah dengar, jadi dia pergi ke utara, dan dia masuk ke dalam pertempuran antara ular-ular merah dan putih dengan pantas dan kemarahan itu membuatkan dia melawan kedua-dua ular, yang telah pun bertempur. Apabila pertempuran itu selesai, beliau berdiri di atas dada ular putih, dan dia berbangga dan meletakkan dadanya seperti dialah yang menakluk, dan dia melihat ular lain untuk menakluk. Dia memandang ke tanah berbukit dan kemudian melihat kedudukan orang Indian dengan tangannya dilipat dan dia berbangga mendapat tahu bahawa orang Indian ini tidak turut berperang. Hala tuju yang seterusnya yang dia akan menghadap ke arah timur dan pada masa itu dia akan seketika buta oleh cahaya yang banyak lebih terang daripada matahari.

Ulasan

Seorang wanita kulit putih akan memberitahu kebenaran kepada India/Pakistan. Wanita ini akan dihormati dan disanjung. Tujuan wanita ini adalah untuk menghasut India/Pakistan terlibat dalam perang dunia ketiga.

Sebelum perang dunia tercetus akan berlaku krisis di negara Asia Selatan itu dan wanita kulit putih ini menjadi dalang yang menjebakkan mereka ke kancah peperangan.

India/Pakistan tidak berpihak kepada Amerika dan Rusia. Bahkan akan jadi pihak ketiga yang memburukkan lagi suasana.

Oleh kerana Pakistan mempunyai projek senjata nuklear makan India/Pakistan berkemungkinan tinggi adalah ular hitam dalam ramalan Deganawidah

India/Pakistan akan mengalahkan Amerikan dan cuba menundukkan Russia.

Ketika itu India/Pakistan berasa kagum dengan kaum Red Indian yang memilih untuk tidak turut serta dalam peperangan besar ini.

Setelah itu India/Pakistan merancang untuk menyerang bumi sebelah timur namun di Timur berlaku kejadian yang menakutkan sehingga India/Pakistan hilang hala tuju dan matlamat mereka.

Kejadian itu digambarkan dengan cahaya lebih terang dari matahari yang mampu membutakan mata sesiapa yang melihatnya