Isnin, 9 September 2013

Armageddon menurut Red Indian suku Iroquois part 4

BIsmillahir ar rahmani arrahim

Allahumma solli wa sallim ala sayyidina Muhammad wa ala alihi wa sahbihi ajmain

Pada artikel lepas Deganawidah meramalkan kedatangan seorang pemimpin muda keturunan Red Indian yang akan memimpin mereka.

Mari kita lihat pula kandungan ramalan seterusnya

Dan Deganawidah berkata bahawa mereka akan berkumpul di tanah yang berbukit, di bawah dahan-dahan pohon elm, dan mereka harus membakar tembakau dan menyeru Deganawidah dengan nama apabila menghadapi waktu yang paling gelap, dan dia akan kembali. Deganawidah berkata bahawa Yang Terpilih bercakap kepada kaum Indian seperti bilangan bilah rumput, dan dia akan didengar oleh semua pada masa yang sama, dan orang-orang Indian berkumpul menonton pertarungan, mereka mendpati ular hitam dari selatan yang datang dari laut, dan dia digambarkan sebagai titisan air garam, dan apabila dia berada di sana, dia berehat seketika untuk mendapatkan nafas, semua  menonton ke utara negara di mana ular-ular putih dan merah berjuang.

Ulasan

Kaum Red Indian akan berkumpul di 'tanah berbukit'. Pohon Elm adalah pohon yang biasa terdapat di tanah air mereka. Pohon Elm digunakan bagi tujuan politik sebelum kehadiran penjajah Inggeris.

Di bawah Pohon Elm bermakna mereka berada di bawah satu perjanjian politik. Kaum Red Indian akan diperintahkan untuk berhenti menggunakan tembakau. Membakar tembakau bermaksud menghapuskan tembakau dan tidak menggunakannya lagi.

Boleh jadi ertinya supaya berhenti dari merokok, adat orang Inggeris yang kini menjadi kebiasaan semua orang.

Kaum Red Indian diperintahkan menyeru nama Deganawidah ketika berdepan dengan pelbagai fitnah.

Arahan bermaksud menyeru secara Istighasah kepada pemimpin mereka yang bertaraf wali itu.

Pemimpin yang terpilih (boleh jadi Imam Mahdi atau boleh jadi pemimpin muda kaum Red Indian yang dijanjikan) berucap kepada kaum Red Indian secara karamah. Ucapan itu diibaratkan seperti bilangan bilah rumput.

Maksudnya orang Red Indian semuanya akan mendengar amanah pemimpin itu walaupun beliau tak hadir di hadapan mereka. Juga dimaksudkan pemimpin itu berucap melalui siaran televisyen yang mana semua dapat melihat pemimpin itu dan mendengar amanah beliau.

Semasa semua berkumpul melihat berlakunya peperangan Amerika Russia itu, ular hitam (mungkin bermaksud India dari Asia Selatan) akan datang menyertai peperangan.

Sebaik tiba India tidak terus menyertai peperangan sebaliknya mereka berehat seketika sambil merancang apa yang perlu mereka lakukan.

Semua akan menonton peperangan yang berlaku di Syria Utara tempat dimana berlakunya peperangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan