Sabtu, 7 September 2013

Armageddon menurut Red Indian suku Iroquois Part 1

Bismillahi arrahmani arrahim

Allahumma solli wa sallim 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi ajmain

Kita menghampiri perang dunia ketiga membabitkan dua pihak yakni Amerika Syarikat dan Russia.

Mari saya kongsikan sedikit khabar dari red indian suku deganawidah yang merupakan penduduk asli Amerika Syarikat.

RAMALAN ULAR MERAH ULAR PUTIH 

Apabila Deganawidah meninggalkan orang Indian di Teluk Quinte di Ontario, katanya kepada orang-orang Indian bahawa mereka akan menghadapi masa kesengsaraan. Mereka akan rasa tidak percaya pemimpin-pemimpin mereka dan prinsip-prinsip keamanan Liga, dan ular putih yang hebat datang kepada Iroquois, dan bagi masa yang ia akan bergaul dengan ular Indian sebagai kawan.Ular putih ketika itu   menjadi begitu kuat dan ia akan cuba untuk memusnahkan orang Indian, dan ular itu digambarkan akan mencekik darah kehidupan rakyat Indian. Deganawidah memberitahu kaum Indian bahawa mereka akan berada dalam keadaan yang teruk pada ketika ini bahawa semua harapan  akan hilang, dan dia memberitahu mereka bahawa apabila perkara yang kelihatan gelap, ular merah akan datang dari arah utara mendapatkan ular putih yang akan ketakutan. Dan setelah melihat ular merah dia akan melepaskan orang Indian, yang akan jatuh ke tanah hampir seperti kanak-kanak yang tidak mampu berbuat apa-apa, dan ular putih akan berpaling semua perhatian kepada ular merah. Kebingungan akan menyebabkan ular putih untuk menerima ular merah seketika.

Ulasan

Deganawidah mungkin adalah pemimpin bagi kaum red indian. Sebelum kedatangan penjajah mereka beragama Islam.

Boleh jadi Deganawidah adalah pemimpin rohani yang bertaraf wali dan mendapat kasyaf akan masa depan kaumnya.

Boleh jadi juga Deganawidah menukilkan nubuwat dari hadis atau kalam para Aulia Allah.

Ular ini merupakan kiasan kepada kuasa atau kerajaan .

Kaum Red Indian dikhabarkan akan bertemu dengan ular putih (orang Inggeris) iaitu kuasa-kuasa besar dari eropah.

Orang Inggeris ini pada mulanya akan berkawan baik dengan pemimpin-pemimpin Red Indian namun tujuan mereka jahat.

Kaum Red Indian ditindas dan dihapuskan dari tanah airnya sendiri.

Di atas tanah air bangsa Red Indian lahirnya negara baru yang dipanggil Amerika Syarikat.

Kaum Red Indian terus tertindas hingga kini.

Namin Deganawidah memberitahu bahawa Ular Merah akan datang dari utara.

Ular Merah yang dimaksudkan ialah Russia yang merupakan sebuah kuasa besar.

Amerika Syarikat dan Russia saling bermusuhan antara satu sama lain.

Sultan Aulia Mawlana Syaikh Nazim mentafsirkan Bani Asfar atau orang-orang merah sebagai bangsa Russia.

Ketika Russia menjadi kuasa besar, Amerika Syarikat menumpukan perhatiannya terhadap Russia. Kaum Red Indian dilupakan dimana penindasan terhadap Red Indian tamat begitu sahaja.

Setelah perang dunia kedua, Amerika Syarikat terpaksa menerima kewujudan Soviet Union (Russia) yang merupakan musuh berat mereka.

Bersambung......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan