Jumaat, 13 September 2013

Armageddon menurut Red Indian suku Iroquois part 5

Bismillahi arrahmani arrahim

Allahumma solli ala sayyidina wa maulana Muhammad wa ala alihi wa sohbihi ajmain

Selanjutnya Deganawidah menceritakan tentang pertempuran besar yang bakal berlaku

Deganawidah berkata bahawa pertempuran antara ular-ular putih dan merah dibuka dengan perlahan-lahan dan kemudian rancak menjadikan gunung retak dan sungai akan mendidih dan ikan akan mengeluarkan isi perut mereka. Beliau berkata bahawa tidak akan ada daun di pokok-pokok di kawasan itu. Nanti tiada rumput , dan serangga dan kumbang yang aneh akan merangkak dari bawah dan menyerang kedua-dua ular-ular, dan beliau berkata bahawa kepanasan yang akan menyebabkan kematian dan kesakitan kedua-dua ular-ular tersebut. Dan kemudian, ketika pemuda itu (pemimpin muda Red Indian) melihat peperangan ini, ular merah sampai di belakang ular putih dan menarik rambutnya lalu dibawa ke selatan melalui angin hebat kepada ular hitam yang siap menunggu. Ketika ular hitam sedang meneliti rambut tersebut tiba-tiba rambut itu menjadi seorang wanita, seorang wanita kulit putih  yang memberitahu dia perkara-perkara yang beliau tahu adalah benar, tetapi beliau mahu mendengarnya lagi.

Ulasan

Peperangan bermula dengan penggunaan senjata biasa.kemudian berlanjutan dengan penggunaan senjata nuklear.

Deganawidah menggambarkan kesan pertempuran dengan gunung menjadi retak, sungai mendidih. Tidak ada rumput dan tiada daun pada pokok di tempat pertempuran. Muncul serangga dan kumbang aneh yang akan menyerang kedua-dua petempur. Mereka mengalami kematian dan kesakitan akibat kepanasan yang terhasil dari pertempuran.

Gambaran ini merupakan gambaran kesan bom nuklear. Yakni senjata yang sangat ditakuti seluruh makhluk di muka bumi. Perang ini perang besar. Perang dunia ketiga yang menggunakan senjata nuklear. Tempat yang dijatuhkan bom nuklear akan menjadi padang jarak padang tekukur.

Pemimpin muda Red Indian akan menonton pertempuran dari jauh. Russia berjaya sebentar ke atas Amerika dan menyerahkan tawanan kepada India/Pakistan.

Seorang wanita kulit putih akan bangkit memberitahu hal sebenar akan peperangan yang sedang berlaku walaupun hal itu diketahui umum namun kenyataan wanita kulit putih itu hanya menguatkan kebenaran.

Pesan Rasulullah saw

Bismillahirrahmanirrahim

Allahumma solli ala sayyidina wa maulana Muhammad wa ala alihi wa sohbihi ajmain

Assalamualaikum semua pembaca

artikel ini bukan untuk berbangga atau bermegah diri tapi hanya sekadar berkongsi. Kalau diikut tak mahu nak tulis kerana malu kepada Allah dan Rasul kerana masih belum mampu menumpaskan hawa nafsu sedang Allah kurniakan kepada saya nikmat yang besar

Pada petang sebaik sahaja menulis artikel 'Armageddon menurut Red Indian suku Iroquois'. Saya terus tidur kerana keletihan.

Saya bermimpi dalam perkumpulan kaum Red Indian. Mereka menyeru 'roh suci' lantas muncul sebuah cahaya bak matahari bersinar namun tidak menyilaukan.

Saya diperkenalkan cahaya itu sebagai Nur Muhammad saw.

Kaum itu mengadu penindasan yang ditimpakan ke atas mereka lantas Nur Muhammad saw pun memberikan khabar gembira tentang zaman keemasan.

Dari berkas cahaya Nur Muhammad tergambar perihal suasana zaman keemasan umpama projeksi lampu LCD

Nur Muhammad saw menceritakan tentang zaman keemasan sehingga saya begitu asyik dengannya lantas berkata dalam hati.

"Harap-harap boleh hidup di zaman keemasan"

Nur Muhammad saw pantas menjawab bahawa boleh untuk hidupo di zaman keemasan akan tetapi saya harus berjuang dan bersabar dengan fitnah akhir zaman yang sedang berlaku.

Nur Muhammad saw menunjukkan kepada saya bahawa keadaan manusia zaman ini ibarat berada dalam bekas bertutup dimana terdapat anjing dan haiwan-haiwan lain di atas penutup bekas terrebut. Setiap orang dalam bekas mempunyai bilangan haiwan tersendiri yang berdiri diatas penutup bekas.

Setiap kali kaum Red Indian menyeru, Nur Muhammad saw pasti datang memberi bimbingan.

Kemudian saya kembali kepada perkumpulan orang Islam namun Nur Muhammad tidak hadir dalam perkumpulan ini.

Saya bertanya kenapa baginda tak hadir dalam perkumpulan umat Islam.

Nur Muhammad saw menjawab bahawa untuk umat baginda telah diserahkan kepada para Ulama'. Walaupun ada ulama' yang jahat tapi Nur Muhammad saw telah menyerahkan hal ehwal umat baginda kepada para Ulama'

Begitu sedikit pelajaran yang saya boleh kongsikan. Pesanan pertama hendaklah kita bersabar dan berjuang semasa menghadapi fitnah akhir zaman ini. Kedua, Rasulullah saw memuliakan para ulama' sehingga baginda saw menyerahkan urusan umat baginda kepada para Ulama'

Sekian

Wallahua'lam

Isnin, 9 September 2013

Armageddon menurut Red Indian suku Iroquois part 4

BIsmillahir ar rahmani arrahim

Allahumma solli wa sallim ala sayyidina Muhammad wa ala alihi wa sahbihi ajmain

Pada artikel lepas Deganawidah meramalkan kedatangan seorang pemimpin muda keturunan Red Indian yang akan memimpin mereka.

Mari kita lihat pula kandungan ramalan seterusnya

Dan Deganawidah berkata bahawa mereka akan berkumpul di tanah yang berbukit, di bawah dahan-dahan pohon elm, dan mereka harus membakar tembakau dan menyeru Deganawidah dengan nama apabila menghadapi waktu yang paling gelap, dan dia akan kembali. Deganawidah berkata bahawa Yang Terpilih bercakap kepada kaum Indian seperti bilangan bilah rumput, dan dia akan didengar oleh semua pada masa yang sama, dan orang-orang Indian berkumpul menonton pertarungan, mereka mendpati ular hitam dari selatan yang datang dari laut, dan dia digambarkan sebagai titisan air garam, dan apabila dia berada di sana, dia berehat seketika untuk mendapatkan nafas, semua  menonton ke utara negara di mana ular-ular putih dan merah berjuang.

Ulasan

Kaum Red Indian akan berkumpul di 'tanah berbukit'. Pohon Elm adalah pohon yang biasa terdapat di tanah air mereka. Pohon Elm digunakan bagi tujuan politik sebelum kehadiran penjajah Inggeris.

Di bawah Pohon Elm bermakna mereka berada di bawah satu perjanjian politik. Kaum Red Indian akan diperintahkan untuk berhenti menggunakan tembakau. Membakar tembakau bermaksud menghapuskan tembakau dan tidak menggunakannya lagi.

Boleh jadi ertinya supaya berhenti dari merokok, adat orang Inggeris yang kini menjadi kebiasaan semua orang.

Kaum Red Indian diperintahkan menyeru nama Deganawidah ketika berdepan dengan pelbagai fitnah.

Arahan bermaksud menyeru secara Istighasah kepada pemimpin mereka yang bertaraf wali itu.

Pemimpin yang terpilih (boleh jadi Imam Mahdi atau boleh jadi pemimpin muda kaum Red Indian yang dijanjikan) berucap kepada kaum Red Indian secara karamah. Ucapan itu diibaratkan seperti bilangan bilah rumput.

Maksudnya orang Red Indian semuanya akan mendengar amanah pemimpin itu walaupun beliau tak hadir di hadapan mereka. Juga dimaksudkan pemimpin itu berucap melalui siaran televisyen yang mana semua dapat melihat pemimpin itu dan mendengar amanah beliau.

Semasa semua berkumpul melihat berlakunya peperangan Amerika Russia itu, ular hitam (mungkin bermaksud India dari Asia Selatan) akan datang menyertai peperangan.

Sebaik tiba India tidak terus menyertai peperangan sebaliknya mereka berehat seketika sambil merancang apa yang perlu mereka lakukan.

Semua akan menonton peperangan yang berlaku di Syria Utara tempat dimana berlakunya peperangan.

Ahad, 8 September 2013

Armageddon menurut Red Indian suku Iroquois part 3

Bismillahi arrahmani arrahim

Allahumma solli wa sallim 'ala sayyidina muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi ajmain

Pada artikel yang lepas disebutkan tentang pergaduhan dan kaum red indian akan berhimpun di tanah berbukit.

Sekarang kita lihat sambungan ramalan Deganawidah ini

Pada masa itu, mereka melihat dua ular menjilat dalam pertempuran ini, mesej yang besar akan datang kepada mereka, yang akan membuat mereka rasa rendah diri, dan apabila mereka menjadi merendah diri, mereka akan menunggu untuk seorang pemimpin muda, kanak-kanak Indian, kemungkinan remaja, yang akan melihat pilihan. Tiada siapa yang tahu siapa dia atau dari mana dia berasal, tetapi dia akan diberi kuasa yang besar, dan akan didengar oleh beribu-ribu, dan dia akan memberikan mereka bimbingan dan berharap untuk mengelakkan diri dari pulang ke tanah air mereka dan dia akan diterima pemimpin

Ulasan

Semasa tinggal di negara berbukit yang terahsia kaum red indian melihat sahaja pertempuran antara Amerika dan Russia.

Mereka akan mendapat mesej rohaniah yamg akan membuatkan mereka rasa rendah diri.

Mesej rohaniah itu adalah khabar akan datang seorang pemimpin muda yang muda remaja. Beliau berketurunan Red Indian.

Pemimpin muda ini sangat misteri hingga tiada siapa tahu siapa dia dan di mana beliau berasal.

Pemimpin muda ini akan membuat keputusan akan nasib bangsanya. Beliau akan ditaati oleh ramai manusia.

Beliau yang akan membimbing kaum Red Indian untuk mendalami agama Allah.

Sementara kaum Red Indian enggan pulang ke tanah air dan berharap mereka diterima oleh pemimpin muda itu

Sabtu, 7 September 2013

Armageddon menurut Red Indian suku Iroquois part 2

Bismillahi ar rahmani ar rahim

Allahumma solli wa sallim 'ala sayyidina muhammad wa 'ala alihi wa sahbihi ajmain

Sambungan dari petikan ramalan ular putih ular merah

Ular putih akan terkejut dan menjadi sebahagian dari ular merah dan menerimanya. Kemudian, terdapat bahang yang perbalahan dan pergaduhan. Dan kemudian orang Indian hidup kembali dan merangkak ke arah tanah berbukit, dan kemudian dia akan berkumpul bersama-sama dengan mereka, dan mereka akan memperbaharui iman mereka dan prinsip-prinsip keamanan yang Deganawidah telah ditubuhkan.Pada masa yang sama akan wujud di kalangan kaum Indian kasih sayang dan maaf bagi saudaranya, dan perhimpunan ini akan datang orang dari seluruh negara- bukan sahaja Iroquois tetapi dari seluruh negara - dan mereka akan berkumpul di negara berbukit ini, dan mereka akan memperbaharui persahabatan mereka. Dan Deganawidah berkata mereka akan kekal neutral dalam perjuangan ini antara ular-ular putih dan merah.

Ulasan

Amerika Syarikat bersekutu dengan Kesatuan Soviet Russia semasa perang dunia kedua. Namun setelah tamat perang dunia, berlaku pertikaian yang menyebabkan dua kuasa besar ini bermusuhan hingga kini.

Pertikaian ini berterusan dimana kini Syria adalah kambing hitam bagi Amerika dan Russia untuk melancarkan perang.

Sementara peperangan Amerika-Russia berlaku kaum red indian cuba untuk bangun kembali.

Mereka menuju ke arah tanah berbukit berbukit yakni sebuah negara terahsia untuk kembali kepada Islam yakni agama Deganawidah.

Mereka akan memperbaharui Iman mereka. Kaum red indian kembali kepada prinsip keamanan dan mereka akan berkasih sayang sesama mereka.

Bukan sahaja suku Iroqouis, bahkan semua suku red indian akan berkumpul di negara itu untuk memperbaharui persahabatan mereka.

Dalam perbalahan antara Amerika dan Russia, kaum red indian tidak berpihak kepada mana-mana dan terus berpendirian neutral dalam isu ini.

bersambung.....

Armageddon menurut Red Indian suku Iroquois Part 1

Bismillahi arrahmani arrahim

Allahumma solli wa sallim 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi ajmain

Kita menghampiri perang dunia ketiga membabitkan dua pihak yakni Amerika Syarikat dan Russia.

Mari saya kongsikan sedikit khabar dari red indian suku deganawidah yang merupakan penduduk asli Amerika Syarikat.

RAMALAN ULAR MERAH ULAR PUTIH 

Apabila Deganawidah meninggalkan orang Indian di Teluk Quinte di Ontario, katanya kepada orang-orang Indian bahawa mereka akan menghadapi masa kesengsaraan. Mereka akan rasa tidak percaya pemimpin-pemimpin mereka dan prinsip-prinsip keamanan Liga, dan ular putih yang hebat datang kepada Iroquois, dan bagi masa yang ia akan bergaul dengan ular Indian sebagai kawan.Ular putih ketika itu   menjadi begitu kuat dan ia akan cuba untuk memusnahkan orang Indian, dan ular itu digambarkan akan mencekik darah kehidupan rakyat Indian. Deganawidah memberitahu kaum Indian bahawa mereka akan berada dalam keadaan yang teruk pada ketika ini bahawa semua harapan  akan hilang, dan dia memberitahu mereka bahawa apabila perkara yang kelihatan gelap, ular merah akan datang dari arah utara mendapatkan ular putih yang akan ketakutan. Dan setelah melihat ular merah dia akan melepaskan orang Indian, yang akan jatuh ke tanah hampir seperti kanak-kanak yang tidak mampu berbuat apa-apa, dan ular putih akan berpaling semua perhatian kepada ular merah. Kebingungan akan menyebabkan ular putih untuk menerima ular merah seketika.

Ulasan

Deganawidah mungkin adalah pemimpin bagi kaum red indian. Sebelum kedatangan penjajah mereka beragama Islam.

Boleh jadi Deganawidah adalah pemimpin rohani yang bertaraf wali dan mendapat kasyaf akan masa depan kaumnya.

Boleh jadi juga Deganawidah menukilkan nubuwat dari hadis atau kalam para Aulia Allah.

Ular ini merupakan kiasan kepada kuasa atau kerajaan .

Kaum Red Indian dikhabarkan akan bertemu dengan ular putih (orang Inggeris) iaitu kuasa-kuasa besar dari eropah.

Orang Inggeris ini pada mulanya akan berkawan baik dengan pemimpin-pemimpin Red Indian namun tujuan mereka jahat.

Kaum Red Indian ditindas dan dihapuskan dari tanah airnya sendiri.

Di atas tanah air bangsa Red Indian lahirnya negara baru yang dipanggil Amerika Syarikat.

Kaum Red Indian terus tertindas hingga kini.

Namin Deganawidah memberitahu bahawa Ular Merah akan datang dari utara.

Ular Merah yang dimaksudkan ialah Russia yang merupakan sebuah kuasa besar.

Amerika Syarikat dan Russia saling bermusuhan antara satu sama lain.

Sultan Aulia Mawlana Syaikh Nazim mentafsirkan Bani Asfar atau orang-orang merah sebagai bangsa Russia.

Ketika Russia menjadi kuasa besar, Amerika Syarikat menumpukan perhatiannya terhadap Russia. Kaum Red Indian dilupakan dimana penindasan terhadap Red Indian tamat begitu sahaja.

Setelah perang dunia kedua, Amerika Syarikat terpaksa menerima kewujudan Soviet Union (Russia) yang merupakan musuh berat mereka.

Bersambung......