Selasa, 27 Ogos 2013

Asal Usul Ketupat

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi MahaPengasih

Sanjungan sejahtera buat paduka baginda nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda, dan para sahabat sekaliannya

Assalamualaikum semua pembaca. 

Sementara Syawal belum tamat dan suasana perayaan masih dirasai saya ini berkongsi satu artikel tentang asal-usul ketupat yang saya ubah suai sedikit penggunaan bahasanya.

selamat membaca

Ketupat atau kupat singkatan dari ngaku lepat (mengaku salah), yang disimbolkan dengan anyaman janur kuning yang berisi beras lalu dimasak.
Ketupat pertama kali diperkenalkan oleh Sunan Kalijaga kepada masyarakat Jawa, beliau membudayakan sebuah tradisi, yaitu setelah Lebaran, masyarakat setempat menganyam ketupat dengan daun kelapa muda lalu disii dengan beras. Setelah selesai dimasak, ketupat itu dihantarkan ke anggota keluarga atau kerabat yang dituakan. Sejak itu, ketupat jadi lambang kebersamaan.
Selain itu, ternyata ketupat punya falsafah tersendiri iaitu anyaman-anyaman pada kulit ketupat itu mencerminkan betapa banyaknya kesalahan manusia. Setelah dibelah dua, terlihatlah isi ketupat yang berwarna putih, menggambarkan kebersihan dan kesucian hati manusia, setelah menahan nafsu dengan berpuasa dan memohon ampun atas segala kesalahan. Sementara itu, bentuk ketupat yang sempurna itu melambangkan kemenangan umat Muslim yang akhirnya mencapai hari yang Fitrah. Nah sekarang sudah tahu kan sejarahnya ketupat.
 Jadi, ternyata betapa besarnya peranan para wali untuk memperkenalkan agama Islam dengan tetap menghomati budaya setempat dalam mensiarkan agama baru yaitu Islam, salah satu contoh yang nyata adalah cerita tentang pandawa lima, beliau mengumpamakan pandawa lima itu sebagai rukun Islam (ada lima) sehingga agama Islam dengan mudah diterima oleh masyarakat pada masa itu. Kini warisan dari Sunan Kalijaga ini masih tetap dipertahankan bahkan sudah bukan milik Jawa saja tetapi sudah menjadi makanan Asia tenggara, hal ini dapat dilihat di negara Malaysia masih dijumpai ketupat ini, hal ini terjadi akibat banyaknya orang orang Jawa yang bermukim di Malaysia.
 Lebaran ketupat merupakan tradisi masyarakat sebagai ungkapan syukur setelah melaksanakan ibadah puasa. Namun, tujuan dari tradisi makan ketupat bersama keluarga maupun tetangga setelah solat hari raya diharapkan menjadi saat untuk saling mengakui kesalahan. selain dari makna mengakui kesalahan, makna tersembunyi dari ketupat, bentuk segi empat ternyata wujud dari prinsip “kiblat papat lima pancer” yang berarti empat arah mata angin dan satu pusat. Prinsip tersebut kalau diotak-atik maknanya berarti empat arah mata angin utama, yaitu timur, selatan, barat, dan utara yang bertumpu di satu pusat. Bila salah satu arah mata angin itu hilang, maka keseimbangan alam goyah. Terjemahan bebas falsasah tersebut boleh dikaitkan dengan arah jalan hidup manusia. Ke mana pun arah yang ingin ditempuh manusia hendaknya tidak akan lepas dari pusatnya, yaitu Allah Yang Maha Esa. Oleh sebab itu, agar tidak goyah maka manusia harus tetap ingat kepada Sang Khalik sebagai pusat dari segalanya. Ada pula yang mengertikan prinsip “kiblat papat lima pancer” bahwa ke mana pun manusia menuju, pasti selalu kembali kepada Allah.
 
Ketupat juga bukan sekadar makanan yang disajikan untuk menjamu para tamu pada hari raya Aidilfitri mahupun merayakan genapnya enam hari berpuasa sunat Syawal. Sebagian masyarakat Jawa memaknai rumitnya membuat anyaman ketupat dari janur sebagai bungkus beras, mencerminkan kesalahan manusia. Warna putih ketupat ketika dibelah melambangkan kebersihan setelah bermaaf-maafan. Butiran beras yang dibungkus dalam janur merupakan simbol kebersamaan dan kemakmuran. Penggunaan janur sebagai kemasan pun memiliki makna tersembunyi. Janur dalam bahasa Arab yang berasal dari kata “jaa a al-nur” bermakna telah datang cahaya. Sedangkan masyarakat Jawa mengartikan janur dengan “sejatine nur” (cahaya). Dalam erti lebih luas berarti keadaan suci manusia setelah mendapatkan pencerahan cahaya selama bulan Ramadan.
 Selain itu, tradisi makan ketupat lebaran yang masih berterusan sampai sekarang adalah penggunaan sayur opor sebagai pasangannya. Sayur opor pun memiliki makna falsafah , jika dilihat dari asal-usul bahan asasnya yang menggunakan santan kelapa. Bahasa Jawa dari santan ialah “santen” yang mempunyai makna “pangapunten” atau memohon maaf.
 Wallahu A’lam

Khamis, 22 Ogos 2013

Tali Leher Simbol Perhambaan Yahudi Ke Atas Manusia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Kemuliaan dan Sanjungan buat Paduka Baginda Nabi Muhammad saw dan ahli keluarga baginda, para sahabat, para aulia dan solehin sekalian.


Baginda Nabi saw sudah melangkah ke alam roh selama 1424 tahun. Sejak baginda saw tidak wujud secara fizikal, Yahudi dengan beraninya telah berusaha untuk menyesatkan Umat Islam kerana dendam mereka terhadap Nabi Akhir Zaman itu.

Diciptakan ajaran-ajaran atas nama Islam tapi menyimpang dari ajaran Yang Maha Agung Allah swt dan Paduka Termulia Rasulullah saw. Tercipta ajaran seperti Syiah, Khawarij, Muktazilah, Qadariah, Musyabihah, Jabariah, Wahabi dan sebagainya.

Tidak cukup dengan itu Yahudi tidak berpuas hati. Yahudi mahu seluruh manusia terutamanya Umat Islam tunduk kepada mereka. Dengan perancangan rapi selama lebih seribu tahun untuk menghilangkan syiar-syiar Islam, satu persatu syiar-syiar agama yang diturunkan Yang Maha Suci Allah swt diubah kepada syiar-syiar Yahudi 

Salah satu syiar Islam yang dipadamkan ialah syiar berpakaian. Islam mempunyai cara berpakaian tersendiri yang berbeza dengan bangsa dan agama lain. Namun Yahudi telah mencipta satu sistem dimana semua manusia mesti mengikut undang-undang yang ditetapkan Yahudi.

Sebelum Yahudi menguasai dunia, setiap bangsa setiap agama mempunyai cara berpakaian masing-masing tapi kini semuanya telah berubah. Semua bangsa dan agama di'paksa'kan dengan satu ragam pakaian.
Antara pakaian yahudi 'paksa'kan kepada manusia ialah tali leher atau tie.

Tali leher sudah menjadi kemestian bagi manusia zaman ini. Bagi mereka tali leher lambang kehormatan, lambang kemuliaan juga melambangkan personaliti.

Dan tali leher ini dimestikan semasa bekerja dengan sistem Yahudi. 

Maka ramailah yang menghabiskan wang untuk membeli tali leher untuk dipakai bersama uniform ketika bekerja. Bukan sahaja orang awam bahkan golongan ulama' rasmi bangga memakai tali leher bersama uniform.
Tapi tahukan anda bahawa apakah maksud disebalik pemakaian tali leher ini?

Yahudi merasakan bahawa mereka adalah bangsa paling mulia disisi Tuhan. Bangsa lain seumpama binatang bagi bangsa Yahudi. Bahkan bagi Yahudi bangsa lain perlu tunduk kepada Yahudi sepertimana binatang peliharaan tunduk kepada tuan mereka.

Yahudi tidak berslogan untuk menunjukkan sikap mereka ini kerana mereka sangat praktikal. Yahudi tidak bercakap kosong sebaliknya bertindak untuk menzahirkan keyakinan mereka.

Apa kaitan tali leher dengan keyakinan Yahudi bahawa bangsa lain adalah bertaraf binatang?

Binatang  peliharaan biasanya dipakaikan dengan apa? 

sudah tentu binatang peliharaan dipakaikan dengan tali pengikat supaya tidak lari dari tuan mereka.

binatang-binatang ini tidak bebas seperti haiwan liar. Binatang peliharaan ini hanya ikut kemana tuan mereka suruh. binatang peliharaan tidak bebas melakukan kehendaknya. Binatang peliharaan makan apa yang tuannya beri makan. Binatang peliharan hanya mengikut kemana tuannya membawanya pergi. Binatang peliharaaan kadang-kadang diberi tugas bagi kemudahan tuannya.

Jadi kita perhatikan pula. Manusia bekerja dengan sistem Yahudi biasanya wajib pakai apa? 

Ya manusia perlu pakai tali leher untuk bekerja dengan sistem Yahudi. Jika tidak dianggap tidak berdisiplin.
Dimana-mana seluruh dunia semuanya begitu. Tapi tidak terfikirkah kita bila bekerja dengan Yahudi, kita tak bebas kerana terpaksa menurut undang-undang tempat kerja. Kita buat apa yang boss suruh dan jika tidak akan dimarahi atau dipecat. Kita buka kerja bukan untuk kesenangan kita tapi untuk kesenangan majikan kita.

Hakikatnya apa yang berlaku ialah tali leher adalah simbolik bagi tali pengikat binatang peliharaan. Cuma bezanya yang memakainya adalah manusia. 

Tali leher adalah simbolik tersekat kebebasaan manusia. Tali leher adalah simbolik perhambaan Yahudi terhadap manusia. Namun tiada siapa yang sedar akan hal ini. Manusia berbangga dengan memakai tali leher sedangkan tali leher itu adalah simbol kehinaan kepada kita. Kita telah menjadi hamba Yahudi.

Begitulah kejahatan Yahudi sehingga manusia dihambakan mereka tanpa disedari. Tiada siapa sedar bahawa mereka kini sedang menjadi binatang peliharaan Yahudi.

Bila kita solat menghadap Yang Maha Tinggi Allah swt dengan memakai tali leher, kita menghadap sebagai hamba atau binatang peliharaan Yahudi. Kita menghadap Allah dalam keadaan terhina. 

Begitulah yang berlaku di akhir zaman. Jika manusia dapat melihat betapa sedihnya Roh Paduka Rasulullah Nabiyullah Habibullah saw melihat umatnya kini sedang menjadi binatang peliharaan Yahudi.

Jahatnya Yahudi dan dendamnya terhadap nabi kita yang mulia itu. Padahal Nabi Yang Terpuji saw itu sangat-sangatlah harap umat baginda dapat bebas dari perhambaan Yahudi.


Ikutlah jalan Yang Maha Pengasih Allah swt dan Paduka Rasul Muhammad Pemberi Rahmat Sekalian Alam saw jangan ikut jejak langkah Yahudi yang Allah laknati itu.

Ingatlah bahawa Paduka Nabi Penghulu Awal dan Akhir itu sentiasa hadir disisi kita namun kita tak melihatnya kerana baginda adalah Roh Yang Termulia. Sanjungan dan Kehormatan buat Paduka Baginda Kekasih Kami Muhammad saw dan seluruh keluarga baginda, para sahabat baginda, para wali dan orang-orang soleh.

Semoga Yang Maha Memberi Allah swt memberikan Taufik dan HidayahNya kepada kita.




Ahad, 18 Ogos 2013

Ramalan Peristiwa Mesir oleh Sultan Aulia Mawlana Syaikh Nazim Rh

Shaykh Mohammad Nazim Al-Haqqani An-Naqshibendi, Sohbat 20 Disember 2011.


Ya Rabbi. berikan kami kebijaksanaan & jagalah kami supaya selamat dari kejahatan ego (nafsu) kami. Wahai manusia, Assalamu alaikum. Allahu Akbar, Allahu Akbar, La ilaha Illa Allah. Allahu Akbar Allahu Akbar, Wa lillahi Al Hamd.

Kemudian Selawat dan Salam kepada (Nabi) Penghulu awal dan akhir, dan sahabat-sahabatnya dan semua Nabi sekalian. Ya Rabbi tingkatkan kehormatan & kebahagiaan mereka. Kami miskin, hambaMu yang lemah. sokong kami, wahai Tuhan kami, sokongan Al Habib - Penghulu awal dan akhir. Kau membuat dia sebab bagi kewujudan semua dunia. Wahai Tuhan tingkatkan penghormatan, cahaya dan kegembiraan.
Audzu billahi min as shaytanir Rajim. Bismillahir Rahmanir Rahim

SEBUAH PEDANG TAJAM DI ATAS KEPALA MUSUH-MUSUH ISLAM.

Assalamu alaikum. Salamu alaikum wahai orang yang beriman, wahai umat Islam. Cara kami adalah persatuan dengan Sheikh & Kebaikan adalah dalam perhimpunan. Wahai manusia, hai, hai hamba Allah, Fikirkan! Fikirkan tentang situasi anda. Untuk apa kita datang ke dunia ini? Kita diberi kehidupan oleh Tuhan semesta alam (swt). Dan Allah (swt) telah mengambil perjanjian setia dari kita. Dia adalah Pencipta dan Sumber kami. Tuhan kami (swt), Dia yang menghantar pemilik mesej mutlak,  (Nabi) Penghulu awal dan akhir. Sayyidina Muhammad (saw) telah dihantar sebagai Nabi mutlak dari awal penciptaan. Dan dia telah dihormati dengan Tuhannya (jwa) untuk menjadi wakil, wakil mutlak, Wakil pertama, Penghulu awal dan akhir, Wakil Haqq (swt). Pertama dalam penciptaan dan yang pertama  sebagai Nabi, dan mesej baginda adalah mutlak dan yang terakhir! Nabi Pertama dan yang terakhir! Tiada Nabi selepas dia! Dia menjadikan segala-galanya jelas! Semua orang boleh faham jelas-sejelasnya! Lautan yang Dia (swt) berikan kepada manusia. Mungkin anda boleh mengatakan bahawa ia adalah setitik dari air laut. Dan subhana Allah, dia adalah yang pertama ciptaan Allah dan yang terakhir Nabi Allah (swt).  “Kami menjelaskan segala-galanya” Haqq (swt) berkata.

Rasulullah (saw) Penghulu awal dan akhir, tidak meninggalkan apa-apa yang orang tidak faham, atau tidak boleh diikuti, atau tidal boleh diterima dengan hujah atau tidak boleh dicapai oleh minda mereka! Baginda adalah lautan, Rasulullah (saw). setitik lautan boleh mengisi seluruh alam! Dari pengetahuan yang orang perlu dalam hidup mereka! Baginda telah dihantar, (Penghulu awal dan akhir) untuk mengajar manusia! Subhana Allah. Wahai orang-orang Arab, hai orang yang beriman, wahai umat Islam, Rasulullah (saw), Tuhannya (swt) mengajar apa yang baginda tidak tahu! Baginda mengajar segala-galanya yang akan berlaku dalam kehidupan semua hamba. Subhan Allah. Rasulullah (saw) mempunyai lautan dari semua ilmu. Allah Allah! Dia tidak meninggalkan apa-apa yang anak-anak Adam perlu tahu. Beliau menjelaskan segala-galanya yang perlu diketahui dan difikirkan. Perkara yang pertama dan yang paling penting untuk diketahui Wahai orang-orang Arab, adalah bahawa kita perlu tunduk kepada kebenaran apa yang Penghulu awal dan akhir katakan! kemutlakan itu adalah untuk kita, bukan untuk Tuhan (swt). Tuhan kita mengajar dan bercakap tentang Islam. Islam datang dengan Kebenaran mutlak - Haq. Pemilik risalah mutlak menjelaskan Haq!  Wahai orang Arab, Nabi, Penghulu awal dan akhir, Rasulullah (saw) menjelaskan Haq! Dari kata-kata mutlak risalah yang anda mesti percaya untuk kehidupan anda di Dunia dan Hari kiamat - kerana yang menerima Haqq akan dikenali di sini (di dunia ini) sebagai kawan Haq, diterima oleh Allah (swt) dan oleh-Nya Rasulullah (saw).
salaf
Wahai orang-orang Arab berilah perhatian! Rasulullah (saw) berkata "Kebenaran berdiri tinggi & tiada yang berdiri lebih tinggi". Jelas? Tidak ada cara untuk yang Haq berada di bawah dan Batil di atas. Tanya orang-orang Arab, tidakkah Nabi akhir zaman menjelaskan apa yang Haqq dan apa yang Batil? Jika dia tidak menjelaskan maka dia tidak menyempurnakan risalah itu! "Haq, Kebenaran berdiri tinggi & tiada berdiri lebih tinggi."

Di zaman kita, banyak kumpulan yang muncul dari negara itu, dari negara ini, orang-orang keluar mengatakan kita berada di jalan yang Haq. Mereka adalah satu kumpulan yang kecil, bukan yang besar, tetapi mereka mengatakan bahawa kita berada di jalan yang Haq  dan semua yang lain yang berjalan di atas jalan Batil atau salah! Mereka berada di jalan Haq dan semua yang lain, majoriti, berada di jalan Batil! Hanya sekumpulan kecil mengatakan bahawa kita berada di jalan yang Haq! Dan orang-orang yang meninggalkan majoriti yang lebih besar (ahlu as-Sunnah) muncul dan mendakwa untuk berada di atas kebenaran, dan majoriti yang lebih besar (ahlu asSunnah) adalah dalam kepalsuan. Wahabi & dari kalangan mereka Salafi dan Ikhwan (Ikhwanul Muslimin). Mereka mendakwa bahawa majoriti yang lebih besar berada di jalan yang salah dan bahawa, "kita mahu membetulkan langkah-langkah mereka."

Masha'Allah! Masha'Allah! Siapa yang memberi anda kewajipan atau yang memberikan anda hak untuk mengatakan dan menuntut bahawa sebahagian besar berada di jalan yang salah dan anda, yang tidak mempunyai fikiran, adalah atas kebenaran / Haq? Mereka tidak mempunyai tuntutan, mereka menjadi jauh dari Islam. Kerana Rasulullah (saw) tidak meninggalkan apa-apa tidak jelas, dan baginda (saw) berkata, "apa yang halal adalah jelas dan apa yang diharamkan adalah jelas". Biarkan orang-orang ini membawa bukti menentang kata-kata ini, kata-kata Nabi (saw). Kata-kata ini menunjukkan bahawa mereka berada atas kebenaran dan apa-apa yang berbeza daripada mereka, berada dalam kebatilan. Mereka berada atas Haq dan selebihnya berada atas kepalsuan.

Dan Rasulullah (saw) berkata "Kebenaran berdiri tinggi & tiada berdiri lebih tinggi". Baginda (saw) berkata bahawa "Haq adalah tinggi & tiada berdiri lebih tinggi". Pada bila-bila masa, dari awal Dunia hingga akhir, atau dari azali hingga akhirat Haqq kekal berdiri tinggi & tiada apa-apa yang berdiri lebih tinggi. Mereka menuduh majoriti besar umat Islam di jalan kepalsuan. Bagaimana boleh? Bagaimana mereka boleh mendakwa ini. Salafi? Siapakah Salafi? 10 orang? Mereka mahu mengambil alih majoriti yang lebih besar daripada umat Islam. Mereka menuduh yang lain sebagai bukan Islam, bahawa mereka tidak berada di jalan yang Benar. Siapa yang memberi mereka tugas ini?


Berita buruk kepada rakyat Mesir! Berita buruk kepada ulama-ulama Mesir! Kerana mereka tidak bertindak kepada kumpulan Salafi. Siapakah Salafi? Salafi, Ikhwan (Muslimin), Wahabi. Mereka tidak wujud dalam kitab-kitab Islam. Dan tidak juga disebut di dalam Al-Quran. Mengapa ulama, yang berasal dari majoriti besar umat Islam, tidak berdiri menentang mereka? Ini orang-orang tidak yang berfikiran, mahu mengambil alih berbilion orang dari Jamaah umat Islam. Anda bukan beragama Islam kerana anda sesat. Siapa yang memberi mereka tugas ini? Mengapa tiada ulama bertanya kepada mereka ini? Mengapa mereka tidak mengusir mereka? Mengusir mereka pergi dari rumah mereka. Mereka tidak mempunyai nilai. Mereka tidak mempunyai kebenaran / Haq dengan mereka. Haq / Kebenaran adalah dengan majoriti yang lebih besar. Dan kita katakan bahawa "Kebenaran berdiri tinggi." Ini adalah kata-kata Nabi (saw). "Dan tiada apa-apa yang berdiri lebih tinggi." Majoriti yang lebih besar, tiada apa yang berdiri lebih tinggi daripada mereka.

Kumpulan-kumpulan ini tidak mempunyai fikiran. Mereka telah menentang Tuhan mereka, dan apa yang akan diberikan kepada mereka dari Langit - cambuk dari Langit akan datang kepada mereka sebagai pengajaran, supaya tidak seorang akan tetap berkata "Saya salafi atau, saya dari Ikhwan (Muslimin) , atau saya Wahabi ". Jangan sekali-kali! Kata-kata Nabi (saw) "Kebenaran berdiri tinggi." Ia adalah mustahil untuk kumpulan-kumpulan yang ini yang tiada fikiran untuk mengatasi majoriti yang lebih besar (Islam). Mereka mesti mengikuti kita, kerana kita adalah majoriti yang lebih besar. Syiah, Ikhwan, Salafi Wahabi, semua mereka mereka tidak mempunyai fikiran. Kami bukan dari mereka dan mereka bukan dari kita.

Dan hati kita berada dalam keamanan kerana kita berada di jalan Haq. Kerana adalah  mustahil bahawa umat bersatu dalam kepalsuan. Dan majoriti yang lebih besar tidak boleh dituduh sebagai jalan  palsu dan telah meninggalkan Islam. Saya sedih dengan para ulama. Kerosakann daripada mereka dan kepada mereka ia akan kembali. Semoga Allah memaafkan kita. Taubat Ya Rabbi. Wahai orang-orang bertaubat kepada Allah (swt). Anda telah meninggalkan jalan yang baik, jalan yang baik untuk majoriti yang lebih besar, yang berada di jejak / sunnah Nabi (saw). Jangan mempertahankan kepalsuan. Allah (SWT) berkata "Kebenaran telah datang dan kepalsuan telah lenyap" (17:81) Kebenaran adalah tegas. Kepalsuan pasti lenyap. Dan jika orang-orang Mesir dan seluruh negara-negara Islam, berkeras dengan kepalsuan mereka, Allah (SWT) akan mencabut mereka dari akar mereka. Yang tinggal akan menjadi orang yang beriman, orang-orang Islam, yang setia, orang-orang yang Haq pada mereka. Mungkin mereka akan berkata, jadilah jadilah Rabbani (hamba tuhan).

Anda boleh berkata Rabbani, tetapi jangan mengatakan salafi, tidak juga mengatakan Wahabi, tidak mengatakan Syiah. Allah (swt) berkata, anda, anda perlu berkata, kita Rabbaniyun, jadilah Rabbani. Allah (swt) yang menamakan siapa yang menjaga agama Islam, dengan haq & hadnya - ini adalah Rabbani. Allah (swt) menjemput anda untuk menjadi Rabbani, bukan Salafi atau Wahabi, Ikhwan, Syiah, tidak! Tetapi Rabbani. Kami Rabbani, alhamdulillah! Kita tidak berada di jalan Salafi, Ikhwan, Wahabi, Syiah, tidak! Tetapi kita meletakkan semua usaha kita untuk menjadi Rabbani. Ini bermakna bahawa ulama kita tahu. Rabbani adalah yang berada atas Haq! Dan apa-apa selain daripada ini berada dalam kepalsuan.

"Angkatlah untuk kami seorang raja supaya kami berperang di jalan Allah" (2:246) Dan kita boleh menghapuskan segala golongan zalim, penzalim! Dan ini mesti berlaku, dengan izin Allah (swt). Kami meminta rahmat Allah, keampunan-Nya dan sokongan-Nya untuk menguatkan orang yang beriman dan orang-orang Islam. Rabbani. Taubat Ya Rabbi, Taubat, Taubat .Ingatlah wahai umat Islam, kata-kata kita adalah  dari al-Quran dan dari kata-kata Nabi besar (saw). Taubat Ya Rabbi, Ya Rabbi Taubat, Taubat Astaghfirullah. Bertaubalah kepada Allah (swt), kepada Tuhan kamu, hai manusia! Jika tidak jadilah seperti kaum telah terhapus sebelum kita . dari kaum-kaum Nabi yang lain (as). Allah (swt) akan mengambil orang-orang ini dan akan meninggalkan Para Rabbani sahaja di muka bumi.

Wahai Tuhan! Kami memohon padaMu untuk memberitahu kami menjadi antara Rabbani dan bukan dari Wahabi, mahupun Syiah, mahupun Ikhwan (Muslimin) atau Salafi. Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami menjadi antara di kalangan mereka yang meletakkan semua usaha mereka untuk Tuhan mereka. Rabbaniyin .Rabbani. Taubat Ya Rabbi, Ya Rabbi Taubat, Taubat Astaghfirullah. Fatihah. Allah (swt) memberi ilham kepada kami dengan kata-kata ini demi Kekasih-Nya (saw), dari dia dan dari Para Rabbani yang hadir pada zaman kita sekarang. Fatihah.

ULASAN

Saya agak terkejut apabila Aulia Besar Allah ini mengkelompokkan Ikhwan Muslimin sebaris dengan Salafi dan Wahabi bahkan juga Syiah. Siapa mampu menafikan kata-kata seorang wali yang dihormati di seluruh dunia ini. Masyaallah bahkan apa yang dikhabarkan sedang berlaku di depan mata kita ini. 

Jadi tragedi berdarah ini adalah AMARAN ALLAH buat buat puak-puak yang disebutkan beliau ini. Saya tiada apa-apa hal dengan Ikhwan Muslimin kerana pengasasnya Syeikh Hassan Al Banna adalah penganut fahaman Ashairah. Khabar ini menunjukkan perjuangan Ikhwan Muslimin hari ini sudah dipengaruhi fahaman Salafi dan Wahabi.

Link


Sabtu, 17 Ogos 2013

Perihal Bermimpi bertemu Rasulullah saw

Habib MUNZIR AL MUSAWA
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Keselamatan dan Kesejahteraan buat Paduka Yang Terutama Baginda Nabi Muhammad saw dan seluruh keluarga baginda

Assalamualaikum buat para pembaca sekalian

Mimpi bertemu Rasulullah saw adalah berkara yang paling membahagiakan bagi seorang Muslim. Bukanlah sorang Muslim jika dia tidak bercita-cita untuk bertemu Paduka Rasul saw.

Di akhir zaman yang penuh fitnah ini perihal mimpi bertemu Rasul saw dimomokkan sebagai mustahil bahkan khurafat tersebar menyatakan hanya orang yang soleh sahaja layak bertemu Rasul saw.

Muncul pula satu puak mendakwa mimpi bertemu Paduka Rasul saw itu hanya untuk para sahabat ra yang pernah melihat baginda 

Ada individu tertentu bermimpi bertemu Nabi yang Teramat Mulia itu namun dalam keadaan yang menyebabkan mereka ragu. Contohnya mimpi Rasulullah saw berkulit gelap dan sebagainya.

Mari kta singkapi satu soal jawab antara seorang hamba Allah dengan Habib Munzir Rh. 

Bertanya tentang penjelasan Bermimpi bertemu Rasulullah saw. - 2011/12/28 13:03
Assalamu'alaikum 
ya habib munzir yg sya cintai. 
Semoga Habib dn keluarga slalu mendapatkan kebahagia'an dr Allah di dunia,Barzakh dn akhirat. 
1.Ya Habib Apakah bermimpi berjumpa Rasul saw. Tapi wajah nya berupa Waliyullah.Apakah itu termasuk mimpi berjumpa Rasul saw.?
2.Benarkah orng yg pernah berjumpa dngn Rasul saw.Dalam mimpi ada mendapatkan jaminan dr beliau saw. akan berjumpa dngan beliau saw. Dalam keadaan Jaga.? 
3.Alhamdulillah saya pernah berjumpa Rasul saw.yg Menyerupai Waliyullah. K.H.Muhammad zaini ghani insya Allah mimpi itu pd tahun 2010..Beliau sendiri yg mengatakan kepada saya bahwa beliau sebenarnya adalah Rasul saw.Dn Alhamdulillah saya d beri kesempatan untuk mencium tangan bliau memeluk bliau dn mencium pipi beliau dn bliau pun mencium pipi saya..Mimpi tepat pada tahun2x tersulit dlam hidup saya..Krna Pd tahun itulah saya pernah d ancam d Fitnah dll.dr seseorang.Saya pun sering menangis sendirian dn sering ingat Rasul saw.Apkah pda sa'at itu Allah ingin menyenangkan hati saya Ya habib.Dngn mempertemukan saya dngan Rasul saw.?Karna hanya Mimpi itu lah..Yg sering menjadi pengobat kesedihan2x yg saya Alami selama ini.Bahkan sampai sekarang.Krna dngan mengingat hal itulah hati saya menjadi bahagia dn Gembira yg luar biasa.
4.klw Habib berjumpa dngn Rasul saw. tolong sampaikan salam dr saya untuk beliau saw.?
Krna sudah hampir 2tahun sya tidak prnah brjumpa lg dngn beliau saw. 
5.Saya sdah berusaha dn berdo'a..
Saya yakin Mungkin ini belum waktunya aja d kunjungi beliau saw. 
Untuk itu Saya mohon do'a nya dr Habib agar d permudah brjumpa bliau saw. 
Wassallam 
Herman dr Amuntai (kal-sel)

Re:Bertanya tentang penjelasan Bermimpi bertemu Rasulullah saw. - 2011/12/28 16:13 

Alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,
kebahagiaan dan Kesejukan Rahmat Nya semoga selalu menaungi hari hari anda,
Saudaraku yg kumuliakan, 
sabda Rasulullah saw : Barangsiapa yg melihat aku dalam mimpi maka sungguh ia telah melihatku, dan tiadalah syaitan bisa menyerupaiku (Shahih Bukhari). maka semua orang yg bermimpi Rasul saw walau bukan wujud aslinya sudah termasuk mimpi Rasul saw tergantung pada kekuatan imannya untuk menampiung keindahan cahaya Rasul saw, sebagian orang berkata, itu hanya untuk masa sahabat yg benar benar tahu wajah Rasul saw, tentu tidak demikian, lalu yg dilihat dalam mimpi itu siapa?, syaitan kah?, bukankah Rasul saw telah menjelaskan bahwa syaitan tak bisa menyerupaiku?, maka jelas mimpi itu benar
diperkuat sabda Nabi saw : Barangsiapa yg mimpi baik maka itu dari Allah, dan barangsiapa yg mimpi buruk itu dari syaitan (Shahih Bukhari), jelas sudah mimpi Rasul saw itu mimpi baik,.maka ia dari Allah Yang Maha benar, dan Alla swt tidak berdiuta. 
sabda Rasul saw : Barangsiapa yg jumpa dg ku dalam mimpi ia akan jumpa dg ku dalam keadaan jaga (Shahih Bukhari) 
perbanyaklah shalawat dan perbanyak lah mengamalkan dan mencintai sunnah dan mengajarkan orang yg lemah iman kepada taubat, anda akan banyak bermimpi Rasul saw.
Insya Allah jika Allah swt mengizinkan saya bermimpi Rasul saw saya akan sampaikan salam anda 
Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga dalam kebahagiaan selalu, semoga sukses dg segala cita cita, 
Wallahu a'lam

Demikian serba sedikit tentang soal jawab tersebut diharap para pembaca mendapat manfaatnya

Wabillahi Taufiq wal hidayah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Peristiwa di Mesir sebagai Fitnah Akhir Zaman

Kumulakan Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Junjungan kemuliaan dan sanjungan buat Padukan Baginda Rasulullah saw dan ahli keluarga baginda saw.


Wahai Allah yang Maha Mengetahui, Wahai Rasul yang mulia lagi terpuji. Hamba berharap tulisan ini tidak lari dari kebenaran. Moga-moga hamba dilindungi dari melakukan fitnah ke atas Allah dan rasulNya jika hamba tersilap. Sesungguhnya kebenaran milik Allah yang Maha Agung serta RasulNya yang dikasihi.


Assalamualaikum buat para pembaca sekaliannya.




Beberapa hari ini kita dikejutkan dengan tragedi berdarah di Mesir. Pertelingkahan politik yang membawa kepada pertumpahan darah. Pertelingkahan antara penyokong bekas Presiden Mesir, Mohammad Morsi dan pihak berkuasa Mesir yang diketuai Jeneral Tentera Abdul Fattah Al-Sisi


Berlaku pembunuhan demi pembunuhan yang menggerunkan bagi siapa yang melihatnya. Tragedi yang berlaku di Syria kini berjangkit di Mesir.


Saya tidak menyokong kedua-dua baik Kerajaan Mesir mahupun pihak Ikhwanul Muslimin.


Saya tidak mahu melihat tragedi ini menurut perspektif manusia tapi saya mahu melihat tragedi ini dari perpektif Rasulullah saw, insan teragung yang diutuskan Allah ke dunia.


Adakah kita utamakan pendapat manusia lebih dari Paduka Baginda Rasulullah saw


Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:



Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Tidak akan terjadi hari kiamat kecuali setelah banyak peristiwa haraj. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah, apakah haraj itu? Beliau menjawab: Pembunuhan, pembunuhan. (Shahih Muslim No.5143)

Paduka Baginda saw telah mengingatkan kita akan berlaku haraj yakni pembunuhan demi pembunuhan. haraj ini adalah salah satu fitnah akhir zaman yang selalu baginda saw pesankan.


Apakah yang kita perlu lakukan bila berdepan dengan fitnah ini?


Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:


Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Akan terjadi fitnah di mana orang yang duduk (menghindar dari fitnah itu) lebih baik daripada yang berdiri dan orang yang berdiri lebih baik daripada yang berjalan dan orang yang berjalan lebih baik daripada yang berlari (yang terlibat dalam fitnah). Orang yang mendekatinya akan dibinasakan. Barang siapa yang mendapatkan tempat berlindung darinya, hendaklah ia berlindung. (Shahih Muslim No.5136)


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra 

Rasulullah s.a.w. bersabda : "Fitnah akan terjadi. Pada ketika itu seorang yang duduk lebih baik daripada orang yang berdiri. Orang yang berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan. Berkemungkinan fitnah itu akan menarik perhatiannya yang dilihatnya dari jarak yang jauh. Barangsiapa mendapat tempat perlindungan maka berlindunglah dia di situ."

Rasulullah saw berpesan agar berlindung dari fitnah. Rasulullah saw berpesan duduk diam itu lebih baik bahkan kalau boleh kita cari tempat berlindung dari fitnah tersebut. Rasulullah saw yang mulia itu mengingatkan fitnah itu bakal menari perhatian dan sesiapa yang mendekati fitnah tersebut akan dibinasakan.


Apakah yang berlaku di Mesir ini? Adakah mereka menurut pesan Baginda Rasul saw yang terpuji itu atau menurut hawa nafsu mereka? Adakah kita gembira dengan apa yang berlaku? Berapa ramai yang binasa akibat tragedi ini?

Nyawa seorang Muslim itu sangat berharga di sisi Allah dan Rasul hingga baginda berpesan jangan terlibat dengan fitnah dan lindungilah diri. Tapi apa yang mereka berbuat? Berapa banyak nyawa yang berharga melayang.

Pemimpin yang zalim itu akan wujud di zaman manapun. Tapi mengorbankan nyawa sebegitu adakah Allah dan Rasul suka? Adakah ini yang dipanggil jihad?

Bila dua Muslim berperang

Hadis riwayat Abu Bakrah ra., ia berkata:

Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Apabila dua orang muslim saling bertarung dengan menghunus pedang mereka, maka pembunuh dan yang terbunuh, keduanya akan masuk neraka. Aku (Abu Bakrah) bertanya atau beliau ditanya: Wahai Rasulullah, kalau yang membunuh itu sudah jelas berdosa, tetapi bagaimana dengan yang terbunuh? Beliau menjawab: Karena sesungguhnya ia juga ingin membunuh saudaranya. (Shahih Muslim No.5139)



Panduan Baginda Rasul saw bila seorang Muslim berperang sesama sendiri maka sudah jelas yang membunuh melakukan dosa dan masuk neraka. Namun paduka baginda rasul juga mengingatkan bahawa jika kita berniat hendak membunuh Muslim lain walau apapun alasan kita dan kita terbunuh maka kita juga akan dicampakkan ke dalam neraka.

Apa yang berlaku di Mesir itu? adakah pihak tentera Mesir sahaja yang membunuh? ada atau tidak pihak yang menggelar diri mereka mujahidin itu berniat membunuh saudara Muslim di pihak tentera? Jika demikian yang berlaku tidak takutkah jika mereka ini tidak mendapat pahala syahid bahkan  dimasukkan ke dalam neraka?


Kenapa hendak menjual nyawa sendiri untuk berdepan dengan pasukan tentera yang jelas bersenjata. Terdengar berita kanak-kanak dan wanita terbunuh. Jika kanak-kanak dan wanita terbunuh di dalam rumah mereka atau tempat persembunyian mereka maka mereka boleh dikira syahid.


Tapi jika mereka mendedahkan diri kepada pasukan tentera zalim yang  takkan mengira sesiapa saja  bukankah mereka telah menjual nyawa dengan harga yang murah padahal Allah dah Rasul amat menghargai nyawa seorang muslim.




Peperangan ini sudah menjadi fitnah buat umat Islam. Rasulullah saw memberi amaran bahawa



"Fitnah itu sedang tidur. Kutukan Allah ke atas orang yang menggerakkannya."


Paduka Rasul saw yang mulia itu memberi panduan kepada kita


Paduka Baginda saw bersabda



"Pada masa begini keadaannya hendaklah kamu menjadi sebagai tikar di dalam rumahmu. Jangan pergi ke pasar atau mungkin kamu akan terbabit dengannya."


Khabar Gembira 

Namun dibalik kekacauan dan huru hara ada khabar gembira dari Nabi kita, Rasul kita Paduka Baginda Muhammad saw

“Daripada Mukkil bin Yasar r.a. 
Rasulullah SAW. bersabda, “Beribadat dalam keadaan kekacauan (huruhara/malapetaka) sama kelebihannya dengan berhijrah kepadaku.”
(HR Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda : "Fitnah-fitnah pasti muncul tetapi hanyalah orang-orang yang dipelihara Allah yang selamat daripadanya. Seseorang itu perlulah memohon doa kepada Allah seperti seorang yang sedang tenggelam lemas berdoa kepada-Nya."
(Baihaqi)

Paduka Baginda Rasulullah saw memberi khabar gembira akan ganjaran besar bagi orang yang beribadat kepada Allah swt. 

Ganjaran pertama ialah pahala berhijrah kepada baginda saw yang tidak boleh didapati melainkan oleh para sahabat dari kalangan Muhajirin.

Ganjaran kedua ialah mereka dapat memohon perlindungan Allah dan diselamatkan dari fitnah yang melanda.

Kesimpulan

Begitulah pandangan saya berdasarkan perspektif baginda Rasul saw kan peringatan baginda akan fitnah akhir zaman. Saya yang jahil lagi lemah memohon maaf jika apa yang saya tulis ini salah hingga menjadi fitnah buat Allah dan RasulNya.

Saya menulis dalam keadaan serba dhaif yang sebenarnya terlalu takut untuk menulis hal ini jika apa yang saya tulis ini hanya akan menjadi fitnah kepada Allah dan RasulNya


Ampun Ya Ghafar, Ampun Ya Afuw, Ampun Ya Tawwab


Ampun Ya Rasulallah, Ampun Ya Nabiyallah, Ampun Ya Habiballah


Sekian saja wabillahi taufiq wal hidayah


Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Rabu, 14 Ogos 2013

Al Hasyimi ITRKI edisi kemas kini


AL HASYIMI IDENTITI TERAHSIA KEBANGKITAN ISLAM



KANDUNGAN

PENDAHULUAN                                

PENGENALAN 

BAHAGIAN 1      IDENTITI AL HASYIMI

                BAB 1    Siapakah Al Hasyimi?    
           
                BAB 2    Ciri Fizikal Al Hasyimi         

                BAB 3    Hubungan Al-Hasyimi dengan Imam Mahdi
dan Pemuda Bani Tamim  

                BAB 4    Al Hasyimi merupakan ahlulbait      

                BAB 5    Al Hasyimi merupakan salah seorang Al Mahdi 

                BAB 6    Gelaran Al Hasyimi          

                BAB 7    Tanda-tanda Kemunculan Al Hasyimi             

BAHAGIAN 2      PERJUANGAN AL HASYIMI

                BAB 8    Al Hasyimi dibaiat     

                BAB 9    Al Hasyimi dan Pasukan dari Khurasan      

                BAB 10  Pertempuran di Astokhor     

                BAB 11  Al Hasyimi dikalahkan      

                BAB 12  Al Hasyimi menghilangkan diri    

                BAB 13  Al Hasyimi di Mekah            

                BAB 14  Panji dari Hujung Barat      

    BAB 15 Jihad Al Hasyimi
    
    BAB 16 Al Hasyimi dan Nabi Isa as            

PENUTUP                 

UNNTUK DOWNLOAD SILA KLIK Al Hasyimi ITRKI file

Selasa, 13 Ogos 2013

Duta Dajjal Ke Malaysia!

 Dipetik dari blog Zulkifli Bin Noordin (Bukan tujuan politik)

Semasa saya melawat blog beliau ada satu artikel yang menarik perhatian saya. Artikel tersebut berkaitan duta Vatican ke Malaysia

untuk membaca artikel asal sila klik duta dajjal?

Berikut adalah petikan artikel dari blog beliau

DUTA DAJJAL?

 Apakah Gereja saperti ini yang diidamkan oleh Biskop Joseph Marino?

Salam 2 all.

Kenyataan Biskop Joseph Marino, Duta mewakili Vatican City ke Malaysia baru-baru ini yang menyokong tuntutan gereja Malaysia untuk menggunapakai kalimah ALLAH adalah jelas satu tindakan provokatif yang melampau dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja walaupun kononnya beliau telah membuat permohonan maaf.
Saya yakin Biskop tersebut bukanlah seorang yang bodoh, sebab itu beliau dilantik menjadi Duta ke Malaysia!
Sudah pasti beliau tahu pendirian kerajaan dan umat Islam Malaysia bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan selain daripada untuk tujuan Islam.
Sudah pasti beliau tahu bahawa kes berkaitan isu kalimah ALLAH sedang dalam proses rayuan dan perbicaraan di Mahkamah Rayuan.
Sudah pasti beliau tahu bahawa didalam Malaysia penggunaan kalimah ALLAH oleh non-Muslim untuk tujuan selain Islam adalah merupakan sesuatu yang dilarang dan adalah satu kesalahan jenayah dibawah Enakmen Anti-Dakyah Negeri-Negeri yang dibaut menurut Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.
Sudah pasti beliau tahu bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan Fatwa melarang penggunaan kalimah ALLAH untuk tujuan selain Islam.
Sudah pasti beliau tahu bahawa Dewan Syura PAS juga telah mengeluarkan pandangan bahawa kalimah ALLAH hanya untuk penggunaan Islam dan berkaitan dengan agama Islam sahaja.
Sudah pasti beliau tahu bahawa Majlis Raja-Raja sudahpun mengeluarkan titah melarang penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam untuk tujuan selain Islam.
Sudah pasti beliau tahu bahawa yang membawa suara sumbang mahu dan menyokong gereja kristian menggunakan kalimah ALLAH hanyalah segelintir dikalangan pembangkang.
Kalau beliau tidak tahu semua itu, maka beliau tidak layak menjadi Duta Vatican City ke negara ini!
Jadi, dalam keadaan mengetahui atau sepatutnya tahu mengenai semua perkara diatas, beliau memilih untuk membuat kenyataan menyokong tindakan gereja kristian di Malaysia yang mahu menggunakan kalimah ALLAH untuk tujuan agama kristian mereka.
Jelas beliau telah melakukan beberapa siri kesalahan saperti berikut:
1. melanggar peruntukkan Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961 yang melarang mana-mana perwakilan asing mencampuri urusan dalaman negara hos mereka;
2. menggalakkan gereja kristian untuk melakukan kesalahan jenayah dengan melanggar Enakmen Anti-Dakyah yang melarang penggunaan kalimah ALLAH oleh non-Muslim untuk tujuan selain Islam;
3. melanggar fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang sudahpun mengeluarkan fatwa dalam isu berkaitan;
4. melakukan satu penghinaan terhadap Mahkamah (contempt of court) yang sedang didalam proses mendengar rayuan perbicaraan kalimah ALLAH;
5. melakukan penghinaan terhadap titah Tuanku Majlis Raja-Raja yang telah mengeluarkan titah berkaitan isu yang sama;
6. mengambil sikap partisan politik kepartian yang jelas akan menyebabkan konflik dan pertentangan diantara rakyat Malaysia;
7. menyebabkan atau boleh menyebabkan keamanan dan keharmonian antara agama dan kaum dinegara ini yang sudah terbina sejak sekian lama terjejas!
Atas alasan diatas sahaja, saya berpendapat Biskop Joseph Marino sudah tidak layak dan tidak mempunyai kewibawaan untuk meneruskan tugas beliau sebagai Duta Vatican City ke Malaysia.
Walaupun beliau telah dikatakan memohon maaf, tetapi jelas beliau tidak menarik balik kenyataan tersebut dan tidak memberi akujanji tidak akan mengulangi perkara yang sama.
Oleh itu, Kerajaan Malaysia tidak ada pilihan selain mengisytiharkan Biskop Joseph Marino sebagai persona non grata dan wajib di usir keluar daripada negara ini dengan serta-merta.
Umat Melayu Islam mendesak Kerajaan Malaysia bertindak tegas dalam perkara saperti ini.
Semalam Mahkamah Tinggi Islamabad di Pakistan telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan denda sebanyak Rupee 200,000-00 terhadap seorang lelaki kristian, Sajad Masih (29), yang didapati bersalah menghina Islam dengan menghantar teks sms yang menghina Nabi saw kepada seorang ulama. Malah Pendakwaraya Islamabad, Sheikh Javed, tidak berpuashati dengan hukuman itu dan bercadang mengemukakan rayuan untuk mendapatkan hukuman mati terhadap Sajad!
Kita masih tidak lupa fatwa yang dikeluarkan oleh Allahyarham Imam Khomeini yang mengeluarkan fatwa hukuman bunuh terhadap Salman Rushdie yang menulis buku Satanic Verses yang didapati menghina Rasulullah saw! Sehingga ke hari ini fatwa itu masih berkuatkuasa.
Saya tidaklah mendesak Kerajaan Malaysia mengambil tindakan yang sama dalam kes ini. Kita ada undang-undang dan peraturan yang mencukupi untuk menangani kes saperti ini. Apa yang perlu ialah political will Kerajaan untuk bertindak tegas!
Tetapi kes-kes diatas sudah cukup untuk kita mendapat gambaran betapa umat Islam dinegara lain sangat prihatin dan sensitif dengan sebarang tindakan dan perlakuan yang boleh dianggap menghina dan memperlekehkan Islam.
Ingatlah, umat Melayu-Islam telah memberikan mandat jelas kepada Kerajaan dalam PRU-13. Sokongan dan dokongan umat Melayu-Islam lah yang membolehkan Kerajaan memenangi PRU-13 dan terus berkuasa. Sokongan dan dokongan itu adalah amanah daripada umat Melayu-Islam; dan janganlah dikhianati dan diketepikan amanah tersebut!

To Mr. Joseph Marino, without any intention of disrespect to you (although you have no respect to our religion and our country), you have lost all respect and credibility to continue to represent the Vatican City to our beloved country. I strongly suggest that if you have any little self respect left in yourself, you should consider seriously to leave our country immediately without being asked to do so. Leave voluntarily before being forced to leave!
Kepada semua umat Melayu-Islam dan NGO-NGO Melayu-Islam, marilah kita bersatu menentang kemungkaran dan pencabulan terhadap agama kita ini. Teruskan tekanan dan desakan terhadap semua pihak termasuk Kerajaan dengan menggunakan pelbagai saluran dan mekanisma yang dibenarkan undang-undang untuk memastikan Biskop Joseph Marino diisytiharkan sebagai persona non grata (orang tidak dikehendaki) dan dihalau keluar daripada negara kita ini dengan serta merta!
Semua yang baik datangnya daripada ALLAH, yang tidak datangnya daripada kelemahan saya sendiri. Semoga ALLAH memberikan kita iman dan hidayah, dan kekuatan istiqomah untuk meneruskan perjuangan membela dan mempertahankan agama, bangsa dan negara! Ameen!
Wallahua'lam dan wassalam.
Adios amigos, grasias senor!
Zulkifli Bin Noordin
08 Ramadhan 1434
17 Julai 2013
*Nota: Insyallah Jumaat 10 Ramadhan 1434 bersamaan 19 Julai 2013 pada jam 02.30ptg (selepas solat Jumaat) pertubuhan Perkasa-JATI dengan sokongan beberapa NGO lain akan menyerahkan memorandum bantahan terhadap Biskop Joseph Marino di Kedutaan Vatican City di Jalan U-Thant, Kuala Lumpur. Saudara-saudari dijemput hadir beramai-ramai menyatakan sokongan terhadap bantahan ini. Tolong sebarkan.