Jumaat, 24 Mei 2013

Perang Besar Armaggedon

Mawlana Syekh Nazim Adil Al-Haqqani rh
16 Mei 2013, Lefke Siprus

 

 Bismillahir Rahmanir-Rahim.

 Bulan suci Rajab telah bermulai Manifestasi dari bulan suci ini datang dengan keagungan. Rajab adalah bulan suci yang menjunjung nama Allah (swt). Rabbul 'Izzah, Shadidul Batsh. Dia meliputi segalanya, seluruh negara-negara akan merasakan hukuman di bulan Rajab ini, Ia menyapu mereka pergi. Ini adalah informasi yang kami miliki.

 Bismillahir-Rahmanir-Rahim. fafirruu ilaa allaahi innii lakum minhu nadziirun mubiinun

Maka segeralah kembali kepada (mentaati) Allah. Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata dari Allah untukmu. (Adz-Dzaariyat Ayat 51:50).

Wahai manusia berlarilah kepada Allah (swt). "Ya Man La Marja'u Min Hu-illa Ilayhi." Tidak Ada tempat untuk berlindung, kecuali hanya kepintu Allah (swt). Mereka yang mencari perlindungan kepada Nabi-Nya yang Agung, Sayyidina Muhammad (saw), dan juga kepada Ummu Sultan (Hala Sultan) di Masjid Hala Sultan, maka mereka akan aman dan dilindungi. Jika tidak, maka akan menderita teruk. Bulan ini akan menjadi sangat berat Dan ini adalah tanda Kemurkaan Ilahi, hukuman Ilahi. Sehingga bagi orang-orang kafir yang sesat, mereka akan dihukum pada bulan ini. Mereka tidak akan dibiarkan tanpa hukuman.

Manusia telah melampaui batas. Mereka lupa akan penghambaan kepada Alah (swt), mereka lupa identiti mereka. Mereka lupa pencipta mereka. Itulah sebabnya mereka saling menzalimi, saling membunuh dan berperang satu sama lain, mereka suka berkelahi setiap saat. Dan ini adalah tandanya Perang Besar. Perang ini disebut Armageddon (Malhamah Kubra). Banyak orang akan mati. Dengan persenjataan terlaknat yang mereka buat sendiri, banyak manusia akan tewas. Semoga Allah (swt) melindungi kita.

Jadi di manakah pintu keselamatan? fafirruu ilaa allaahi innii lakum minhu nadziirun mubiinun
Maka segeralah kembali kepada (mentaati) Allah. Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata dari Allah untukmu. (Adz-Dzaariyat Ayat 51:50).

"Fa Firru 'Ila Allahi' Inni Lakum minhu Nadhirun Mubinun" (51:50). Apakah itu benar? Berlarilah hanya kepada Allah (swt). "Ya Man La Marja'u Min Hu-illa Ilayhi". Tidak ada keselamatan selain kepada Allah (swt). Jika tidak, maka mereka akan dipotong seperti gandum ditebas. Hukuman akan datang kepada mereka tidak akan ada yang tersisa, mereka akan menderita karena hukuman Allah, baik didunia ini maupun di akhirat kelak.

Wahai ulama, Wahai orang-orang yang benar, berhati-hatilah. Ajarkan mereka yang tidak mengetahui. Karena hal ini bukanlah jenaka di bulan Rajab ini. Api perang telah dimulai di Syria dan akan membawa kalian kedalam Perang Besar Armageddon. Ini akan menjadi kerugian terbesar bagi umat manusia, sebelumnya tidak pernah terjadi perang sebesar ini yang akan menewaskan jutaan manusia. Kami berlindung kepada Allah. "Fa Firru 'Ila Allahi" (51:50). Berlarilah kepada Allah (swt). Dengan Keagungan-Nya "Ya Man La Marja'u Min Hu-illa Ilayhi".

 Yaa Allah, ketika kita mengatakan Kekuasaan-Nya dan Kekuatan Ilahi, maka tidak ada yang boleh melawan-Nya,  badai besar  akan datang. Berlarilah kepada Allah (swt). Kalian mengetahui puting beliung, akan ada puting beliung aneh yang dahsyat yang akan datang dan banyak manusia akan tewas. "Illa Man 'Asamahu Allah". Hanya orang-orang yang Allah (swt) lindungi yang selamat, yang lain harus memperbaiki diri mereka. Jika tidak, makaputing beliung akan mengangkat dan memusnahkan mereka.

Itulah sebab kenapa setiap orang harus tinggal dirumahnya dimana mereka berada. Mereka tidak boleh pergi kesana sini. Mereka harus membatalkan perjalanan mereka. Bagi mereka yang jauh dari tanah airnya, mereka yang bekerja di negara barat mereka harus kembali ketanah airnya. Jika ada kerusuhan di mana mereka tinggal, mereka harus tinggal di rumah-rumah mereka dan jangan pergi keluar turun kejalan-jalan. Ada bahaya.

Saat ini, semua orang keluar rumah untuk BERDEMONSTRASI dan berkeliaran. Apa yang mereka lakukan adalah SALAH. Diseluruh dunia saat ini orang turun berdemonstrasi ke jalan-jalan, maka kekuatan Ilahi dan kemurkaan Ilahi akan datang pada mereka, dan tidak ada satu orangpun tersisa dengan selamat, mereka akan tewas. Mari kita berhati-hati. Dan itulah sebabnya, jika tidak ada alasan yang penting mereka tidak boleh pergi dari satu tempat ke tempat lain. Mereka harus menjaga rumah mereka. Dan tidak perlu untuk datang ke Siprus. Dan orang-orang di Siprus yang bukan penduduk Siprus harus segera kembali ke kampung halaman mereka.

 Orang-orang di luar Siprus tidak harus datang ke sini. Dan orang-orang di Siprus, tanpa alasan yang kuat, tidak boleh pergi meninggalkan Siprus. Mereka harus menjaga rumah mereka, pagi dan petang hari. Mereka yang mahu mendengarkan nasihat saya mereka akan mendengar dan mematuhi. Mereka yang tidak mau mendengar, mereka akan memikul tanggung jawab mereka sendiri, apa yang akan datang sangat berbahaya.

Wanita tidak boleh pergi keluar tanpa alasan yang kuat (jika keluar rumah harus dengan muhrimnya, anak lelaki atau suaminya) dan mereka tidak boleh berhias diri berlebihan. Orang-orang muda sebaiknya tidak berkeliaran di jalan tanpa ada keperluan. Jika sesuatu menimpa mereka, itu adalah tanggung jawab mereka. Lelaki yang pergi keluar rumah untuk bekerja, setelah mereka menyelesaikan pekerjaan mereka, mereka harus segera kembali ke rumah. Jika kalian pergi ke masjid, maka dari masjid langsung pulang ke rumah.

Mereka yang tidak melakukan hal ini, maka ada bahaya besar bagi mereka. "Fa Firru Ila Allahi" (51:50). Berlarilah kedalam perlindungan Allah. Orang-orang yang berlari ke Allah akan diselamatkan. Jika tidak, maka tidak ada yang akan dapat diselamatkan. Seperti api yang turun.

qul huwa alqaadiru 'alaa an yab'atsa 'alaykum 'adzaaban min fawqikum aw min tahti arjulikum aw yalbisakum syiya'an wayudziiqa ba'dhakum ba/sa ba'dhin unzhur kayfa nusharrifu al-aayaati la'allahum yafqahuuna (Surat Al-An'am Ayat : 65)

 Katakanlah: " Dialah yang berkuasa untuk mengirimkan azab kepadamu, dari atas kamu atau dari bawah kakimu atau Dia mencampurkan kamu dalam golongan-golongan (yang saling bertentangan) dan merasakan kepada sebahagian kamu keganasan sebahagian yang lain. Perhatikanlah, betapa Kami mendatangkan tanda-tanda kebesaran Kami silih berganti agar mereka memahami(nya)". (Surat Al-An'am 6:65).

Kalian akan berperang satu sama lain. Hukuman tidak diturunkan kepadamu dari langit, tetapi kalian akan menyerang satu sama lain dan kalian akan menemukan hukumanmu seperti itu. Jangan pergi keluar! Jangan meninggalkan rumah kalian! Jangan biarkan orang-orang muda keluar setelah matahari terbenam (setelah maghrib)! Tutuplah tempat-tempat yang buruk (tempat maksiat). Jika tidak, maka laknat akan turun pada mereka yang tidak menutup tempat mereka. Semoga Allah mengampuni kita.

Ini adalah bulan suci Rajab, kami memiliki rasa hormat yang besar di Bulan Rajab ini. Jika tidak, maka hukuman langit akan menimpa kalian, kalian akan saling menyerang, saling membunuh dan menzalimi satu sama lain. Perang akan menghapuskan mereka. Senjata mutakhir mereka akan membawa umat manusia kedalam kemusanahan. Hafadhana Allah. Ya Rabbi, itu sebabnya jika tidak ada keperluan jangan pergi, penduduk Siprus tidak boleh meninggalkan Siprus. Da ntetamu dari luar negeri tidak boleh datang ke Siprus. Murid-murid dari Eropah tidak boleh datang ke sini saat ini. Mereka harus menjaga diri di rumah mereka masing-masing. Kalian hanya pergi dari masjid ke rumah, dari rumah ke masjid. Fatihah.


Tak seorang pun dari Mesir yang boleh datang ke sini, juga murid dari Turki, tidak harus datang. Semua orang harus tinggal di negara mereka. Mereka harus melindungi diri mereka sendiri. Mereka seharusnya tidak menjadi beban bagi siapa pun. Izin untuk datang ke sini telah dicabut. Tidak ada izin lagi untuk ke sini. Mereka harus menjaga rumah mereka. Tidak ada izin untuk keeluar atau berkeliaran dijalan-jalan. Lindungi diri sendiri. Aman Ya Rabbi, Taubat Ya Rabbi.

Wa min Allah at Tawfiq

Rabu, 22 Mei 2013

Mazhab Imam Mahdi as



MAZHAB IMAM MAHDI


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Kemuliaan dan Sanjungan buat Paduka Baginda Nur Nabi Muhammad saw dan keluarga baginda.


Barakah buat para pemimpin kebenaran akhir zaman

Kita sebenarnya sudah berada di akhir zaman tepatnya di zaman Imam Mahdi as. Dunia menunggu ketibaan pemimpin agung tersebut baik orang islam mahupun musuh Islam. Namun kita hidup di zaman fitnah yang gelap di mana sukar bagi kita untuk mengenali kebenaran dan kebatilan.
 
Disamping Imam Mahdi terdapat tokoh yang bersifat Anti Hero yakni Dajjal Laknatullah. Dajjal ini adalah makhluk yang menyebar fitnah terhebat hingga disifatkan fitnah yang tersangat hebat sejak Allah mencipta dunia ini. Kita berada di zaman di mana dua watak ini bakal muncul tak lama lagi.

Dajjal yang wataknya anti-kebenaran telah merancang fitnah yang hebat sejak  lebih seribu tahun lamanya demi menghancurkan ajaran Nabi Muhammad saw. Maka timbul bermacam-macam Aliran dicipta bagi menjauhkan manusia dari Ajaran Sebenar Nabi Muhammad saw.
 
Manusia tahu bahawa bila Imam Mahdi muncul maka semua manusia akan bersatu di bawah satu payung tapi malangnya kefahaman bagaimana penyatuan ini berlaku telah dicemari oleh agen-agen dajjal yang mana ianya menyusahkan kita untuk mengenali Imam Mahdi.

Disebalik bermacam-macam aliran timbul satu kelompok yang percaya bahawa Imam Mahdi akan membawa ajaran Islam tanpa mazhab kononnya serupa dengan zaman Nabi Muhammad saw. Maka muncul individu yang mengaku bahawa dia adalah orang yang dijanjikan yakni Imam Mahdi dan dia tidak berpihak mana-mana Mazhab tetapi membawa ajaran Islam tulen.
 
Ini satu kebohongan ciptaan Dajjal laknatullah. Jika kita percaya maka kita kebenarnya menafikan Rasulullah saw. Rasulullah saw pernah bersabda bahawa umat baginda akan berpecah kepada 73 aliran 72 daripadanya sesat dan 1 sahaja yang selamat yakni Ahli Sunnah Wal Jamaah.

1400 tahun lamanya Ahli Sunnah Wal Jamaah wujud. Bukan sejak kurun ke-3 Hijrah tetapi Baginda Rasulullah saw yang membawa asas-asas akidah pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ketika muncul Aliran sesat seperti Syiah, Khawarij dan Muktazilah. Asas-asas akidah ini terancam lalu bangkitlah dua insan yang dipandu Rasulullah saw untuk menyusun asas-asas akidah Rasulullah secara sistematik yakni system Tauhid Sifat 20. Mereka ialah Imam Abu Hassan Al Asyaari dan Imam Abu Mansur Al Maturidi yang mana pada hari ini membentuk dua aliran utama Ahli Sunnah Wal Jamaah yakni Asyairah dan Maturidiah.
 
Perbezaan mazhab fekah pada hari ini bukan wujud sejak kurun ke 2 Hijrah dimana para Imam Mazhab ini hidup sebaliknya perbezaan mazhab wujud semasa hayat Rasulullah saw di mana baginda Rasulullah saw meraikan perbezaan kefahaman para sahabat ra. Kemudiannya setelah kewafatan Rasulullah saw muncul dua aliran mazhab fekah yakni mazhab hadis dan mazhab akal. Imam Abu Hanifah (pengasas mazhab Hanafi), Imam Malik (pengasas mazhab Maliki), Imam As Syafii (pengasas mazhab syafie), Imam Ahmad (pengasas mazhab Hanbali) semuanya mengeksploitasi dua aliran mazhab sedia ada yakni Mazhab Akal dan Mazhab Hadis dan menyusun cara membuat Ijtihad dalam kitab masing-masing. Bahkan Para Imam Mazhab pernah bertembung sebagai guru dan murid dimana masing-masing menghormati pendapat masing-masing.
 
Rasulullah saw juga sebenarnya mengasaskan cara hidup sufi dan bertarekat. Rasulullah saw menjadi mursyid kepada para sahabat dan mengijazahkan wirid untuk diamalkan para sahabat. Disini munculnya Tarekat-tarekat yang berpuluh jenis di dunia pada hari ini. Kebanyakan tarekat mempunyai sanad masing masing. Kebanyakan terekat terhasil dari sanad Sayyidina Abu Bakar ra dan Sayyidina Ali kwj.
Di akhir zaman, Imam Mahdi tidak akan memansuhkan segala mazhab yang telah wujud sebaliknya beliau mengukuhkannya. Imam Mahdi meneruskan legasi Ahli Sunnah Wal Jammah akan terus mempertahankan Sistem Tauhid sifat 20 namun beliau akan membaiki pelajaran tauhid supaya manusia dapat mengenal Tuhan bukan dengan akal tetapi dengan hati di mana kewujudan Allah sangat dirasai dan sehingga manusia cinta dan takut kepada Allah SWT
Imam Mahdi tidak akan memansuhkan mazhab-mazhab fekah yang 4 bahkan beliau sanga menguasainya dimana beliau akan berpegang kepada salah satu mazhab fekah. Namun Imam Mahdi adalah ulama mujtahid yang mampu membuat Ijtihad kerana akhir zaman timbul bermacam-macam masalah yang tidak timbul sebelumnya.Imam Mahdi juga bertarekat dan menjalani kehidupan sufi namun kelebihan Imam Mahdi ialah beliau diijazahkan dengan pelbagai wirid dari banyak tarekat hingga tak mampu mengamalkannya. Sebagai hadiah, beliau menerima wirid-wirid khas dari Roh Rasulullah saw secara langsung yang meringkaskan kesemua wirid tarekat di dunia dan pengamalannya sesuai dengan cara hidup umat akhir zaman
 

Aliran tauhid untuk cinta dan takut kepada Allah, Fatwa-fatwa yang terbit dari Ijtihad Imam Mahdi dan wirid-wirid khas yang diterimanya langsung dari Roh Rasulullah saw ditambah kaedah perjuangan pembangunan material dan rohaniah dengan menyatukan penghayatan tauhid-fekah-tassawuf yang seimbang ini yang membentuk Mazhab Imam Mahdi. Imam Mahdi tidak akan memaksa manusia meninggalkan apa yang telah mereka amalkan namun oleh kerana beliau merupakan khalifah yang telah menyatukan semua manusia di dunia ini maka manusia secara rela hati berpakat menerima Mazhab Imam Mahdi sebagai mazhab mereka. Maka bersatulah manusia di bawah satu payung sepertimana zaman Rasulullah saw.
 

Ahad, 19 Mei 2013

Akidah yang ditolak Part 3

LIBERALISME / PLURALISME



1. Berpegang pada relativisma atau kepercayaan bahawa kebenaran tidak bersifat mutlak. Justeru, semua pandangan agama-agama boleh diterima kerana ia bergantung kepada penilaian individu.

2. Melihat agama sebagai hasil perkembangan pemikiran manusia, bukan berasaskan sumber al-Quran dan hadis.

3. Menganggap Islam terbuka kepada pelbagai tafsiran.

4. Menuntut kebebasan dalam mentafsirkan ajaran agama, walaupun tidak memiliki kelayakan asas dalam bidang agama.

5. Menolak apa sahaja bentuk kewibawaan ilmiah atau autoriti dalam agama.

6. Beranggapan ada perbezaan antara Islam yang sebenar dengan Islam yang ditafsirkan oleh ulama tradisi.

7. Selalu mengkritik tafsiran ulama tradisi dengan dakwaan ia tidak sesuai dengan kemodenan. Mereka mengatakan mengatakan agama Islam ini adalah ciptaan ulama.

8. Pandangan terhadap agama bersifat liberal kerana tidak mahu terikat dengan tradisi yang diamalkan.

9. Menuntut keterbukaan ijtihad termasuk dalam bidang akidah, ibadah dan perkara yang telah disepakati ulama (ijmak).

10. Menyamakan suasana kehidupan beragama di negara ini dengan kehidupan beragama di Eropah pada abad ke 16 hingga 18 Masihi (ketika masyarakat Eropah ditindas golongan gereja).

11. Menafikan hak agama dalam mengawal moral penganutnya.

12. Menganggap perkara agama sebagai hak individu, tidak boleh dijadikan nilai yang dipaksa dalam pentadbiran atau undang-undang.

13. Mempromosikan emansipasi atau kebebasan wanita dan persamaan hak dengan kaum lelaki.

14. Mendukung penuh demokrasi liberal.