Jumaat, 17 Julai 2015

Maghrib Bab 8: Kekalahan Pasukan Barat

Khalid bin Ma'dan berkata

"Sufyani akan menewaskan kumpulan itu (pasukan barat) sebanyak dua kali dan kemudian akan dihapuskan. Al Mahdi tidak akan muncul sehingga tanah runtuh berlaku di sebuah kampung di Ghawta yang dikenal kenal sebagai Harasta"

Mohammad bin al - Hanafiah berkata:

 "Orang orang barat akan memasuki Masjid Damsyik dan ketika mereka melihat keajaibannya, akan terjadi gegaran tanah sehingga bahagian barat Masjid runtuh dan akan ada tanah runtuh di sebuah tempat yang bernama Harasta . Kemudian, Sufyani keluar dan melawan mereka sehingga dia menolak mereka kembali ke Mesir. Kemudian, dia kembali dan melawan orang-orang Timur sehingga dia menolak mereka kembali ke Iraq. "

Ulasan

Pasukan dari barat akan dikalahkan oleh As Sufyani sebanyak dua kali. Kali pertama mereka akan berundur ke Mesir 

Imam Mahdi pula hanya akan muncul sesudah berlakunya tanah runtuh di sebuah kampung bernama Harasta. Ketika itu pasukan barat tiba di Masjid Damsyik namun berlaku gegaran/gempa yang menyebabkan bahagian barat masjid runtuh. Kesannya tanah runtuh di Harasta.

Ketika kejadian ini pasukan dari barat akan dikalahkan dan mereka berundur ke Mesir manakala pasukan panji hitam alan dikalahkan sehingga mereka berundur ke Iraq.

Maghrib Bab 11: Petanda Imam Mahdi

Amaar bin Yusr berkata :

 " Tanda Kedatangan Imam Mahdi ialah: Orang-orang Turk turun untuk menghapuskan kalian.  Khalifah kamu yang mencari kekayaan mati dan kalian memilih pengganti yakni seorang orang yang lemah supaya dia mendapat digulingkan selepas 2 tahun dari baiah. . Khusf (tanah runtuh ) berlaku ke hujung barat masjid Damsyik. kemunculan tiga individu di Syam. Serangan orang Barat di Mesir. ini adalah permulaan pemerintahan Sufyani"

Ulasan

Hadis di atas menguatkan bahawa khabar tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi ialah penyerangan barat di Mesir, tanah runtuh di Damsyik dan kemunculan tiga puak di Syam. Jika kita telah melihat petanda ini menunjukkan permulaan zaman pemerintahan As Sufyani.

Selain itu munculnya kaum Turk (Russia) untuk menghapuskan Islam dan seorang raja mangkat dan penggantinya dipilih dari kalangan orang lemah supaya mudah digulingkan adalah tanda tambagan yang berkaitan dengan Malhamah Kubra.

Maghrib Bab 10: Panji Hitam diserang

Al-Zubri berkata:
 "Jika pasukan panji hitam berbalah di antara satu sama lain, pasukan panji kuning akan menyerang mereka, mereka akan bertemu di Qantarah untuk penduduk  Mesir. Penduduk Timur (dengan panji hitam) dan orang-orang barat(dengan panji kuning) berlawan antara satu sama lain selama tujuh (mungkin, selama 7 bulan). Orang-orang di Timur akan dikalahkan  sehingga ke tahap (penduduk barat) akan tiba di Al-Ramlah (di Palestin). Sesuatu akan berlaku antara rakyat Syam dan penduduk barat yang akan membuat orang-orang barat marah. orang-orang barat berkata:' Kami datang untuk membantu kalian  dan kalian  melakukan apa yang kalian lakukan, kami akan menamatkan (mencondongkan keseimbangan kuasa) di antara kamu dan orang-orang dari Timur!' Mereka memberi amaran kepada anda kerana rakyat Syam akan sedikit jumlahnya di mata penduduk barat. Kemudian, Sufyani akan keluar dan rakyat daripada Syam  akan mengikutinya. Jadi, dia akan memerangi  kaum dari Timur. " 

Ulasan

Perpecahan kepimpinan pasukan panji hitam hanya menambahkan akibat buruk yakni perebutan kuasa. Pasukan dari barat akan menyerang pasukan panji hitam bagi menghentikan konflik dalaman pasukan tersebut. Serang ini berlaku dalam masa tujuh namun perawi ragu ia bermaksud 7 hari atau 7 minggu atau 7 bulan atau 7 tahun. Kemungkinan paling lama pertempuran itu ialah 7 bulan.

Setelah serangan itu penduduk barat berjaya menduduki kota Al Ramlah atau Ramallah di Palestin. Namun penduduk Syam akan membuatkan penduduk barat marah lantas memberi amaran untuk berhenti membantu penduduk Syam menamatkan konflik mereka. Penduduk Syam mengkhianati pasukan Panji Kuning dengan mengikuti As Sufyani. As Sufyani memerangi pasukan panji hitam sesudah mengalahkan pasukan panji kuning.

Maghrib Bab 9: Panji Hitam Berpecah


Al - Walid bin Muslim meriwayatkan berdasarkan seorang lelaki tua : 

"Jika panji hitam berpecah kepada 3 kumpulan: kumpulan yang menyeru keturunan Fatimah ( untuk memerintah orang-orang Islam ) , kumpulan yang menyeru keturunan Abbas, dan satu kumpulan menyeru (kekhalifahan) untuk diri mereka sendiri " 

Ali bin Abi Talib ( ra ) berkata: 

"Apabila panji-panji hitam berbeza di antara satu sama lain, sebuah kota dari bandar Iram dan bahagian barat Masjid akan runtuh. Kemudian di Syam tiga panji  ( tentera )  keluar bagi setiap satu puak Ashab, Abqa ', dan Sufyani . Sufyani ini datang dari Syam dan Abqa ' dari Mesir.  Sufyani akan mengalahkan mereka "

Ulasan

Puak panji hitam juga akan mengalami perpecahan dari sudut kepimpinan menjadi 3 kumpulan. Satu menyakini kepimpinan  adalah milik keturunan Sayyidah Fatimah ra yakni ahlulbait. Satu memperjuangkan kepimpinan dari keturunan Al Abbas ra manakala kumpulan terakhir memperjuangkan kepimpinan adalah hak individu

Bila perpecahan ini berlaku maka berlaku  kejadian tanah runtuh (khusf) dan keruntuhan barat masjid Damsyik. Ketika itu muncul puak Abqa', Ashab dan Sufyani di Syam dan Sufyani memenangi  peperangan ini.

Maghrib Bab 7: Bertembung Panji Hitam

Al - Zubri berkata 

"pasukan panji hitam dan pasukan panji kuning akan bertemu dan berperang sehingga mereka tiba di Palestin. Kemudian, Sufyani menyerang pasukan dari Timur ( panji hitam). Apabila panduduk barat ( panji kuning ) tiba di Jordan, ketua mereka mati, maka mereka berpecah kepada 3 kumpulan. Satu kumpulan kembali ke tempat asal mereka. Satu kumpulan pergi  melaksanakan haji. Satu kumpulan kekal .Sufyani berjuang dan mengalahkan mereka sehingga mereka memeterai perjanjian setia kepadanya."

Ulasan

Pasukan panji hitam dari timur dan pasukan panji kuning dari barat akan bertembung dan berjuang menentang As Sufyani. Tiba di Palestin pasukan dari timur akan diserang dan dikalahkan pasukan As Sufyani.

Manakala pasukan dari barat akan bergerak ke Jordan namun pemimpin mereka yakni Fahri meninggal dunia. Maka pasukan panji kuning akan berpecah untuk kali kedua.

Mereka berpecah kepada tiga kelompok. Satu akan kembali ke tanah air mereka. Satu akan bergerak ke Mekah menunaikan Haji sambil menanti Imam Mahdi dan satu akan kekal berjuang. Namun pasukan yang tiggal akan dikalahkan As Sufyani hingga ke tahap mereka dipaksa bersekutu dengan As Sufyani.

Maghrib Bab 6: Warkah Dari Barat

Dan apabila datang kepada kalian sebuah surat dari Timur yang  akan dibacakan kepada kalian: " Dari hamba Allah, Abdullah Amir al- Mukminin" kemudian nantikan sebuah surat lain yang datang ke kalian dari Barat yang akan dibacakan: "Dari hamba Allah , Abdul Rahman Amir al- Mukminin" Kemudian, demi Dia yang memegang jiwa Huzaifa , kalian akan memerangi mereka berhampiran Al Qantarah dan mereka akan megusir kamu jauh dari tanah Mesir dan tanah Syam dan seorang wanita Arab akan dijual di tangga Damsyik sebanyak dua puluh lima dirham"

Ulasan

Kaum Muslimin akan menerima dua surat seruan dari dua pasukan berbeza yakni panji hitam dari timur dan panji kuning dari barat.

Pasukan panji hitam yang pertama mengeluarkan surat berupa seruan kepada kaum Muslimin. Dalam surat tersebut disebut pemimpin pasukan panji hitam sebagai Abdullah.

Pemimpin pasukan panji hitam menggelar dirinya Abdullah melambangkan sifat kehambaan yang tinggi pada dirinya. Abdullah ini mungkin merujuk kepada Syuaib bin Soleh atau pembantunya Al Hasyimi.

Arahan apabila mendengar seruan pertama ialah supaya kaum muslimin menanrikan seruan kedua yang datang dari arah barat. Seruan ini datang dari Abdul Rahman yakni pemimpin pasukan dari barat atau lebih dikenali sebagai Fahri.

Kemudian disebut bahawa kaum Muslimin akan memerangi kedua-dua pasukan ini di daerah Qantarah dan sebagai balasan kaum muslimin yang memerangi mereka akan diusir dari bumi Mesir dan Syam.

Tafsiran kedua tentang 'memerangi mereka' di Qantarah ialah kaum Muslimin menyertai pasukan panji hitam dari timur dan panji kuning dari barat  memerangi As Sufyani. Namun pasukan muslimin bakal mengalami kekalahan besar hinggga terusir dati Bumi Syam dan Bumi Mesir.

As Sufyani akan  menjual wanita Arab di Damsyik dengan harga yang murah yakni 20 Dirham.



Maghrib Bab 5: Menentang As Sufyani

Ibn Mas'ud berkata:

 "Jika seorang lelaki dari Fahr mengumpulkan kaum Barbar dan memulakan perjalanan, seorang lelaki dari keturunan Abu Sufyan muncul. Setelah tentera Fahri mendengar tentang Sufyani, mereka akan berpecah kepada 3 kumpulan. Satu kumpulan berundur, satu kumpulan tetap bersamanya (Fahri) dan menuju arah Syam dan satu kumpulan pergi ke Hijaz. Dua pasukan bertemu di Wadi Al-Onsul di Syam.  Kaum Barbar akan dikalahkan. Kemudian Sufyani menentang penduduk Syam"

Ulasan

Dikatakan pemimpin pasukan dari barat ini berasal dari sebuah tempat yang dipanggil Fahr hingga beliau digelar sebagai Fahri sempena nama tempat asalnya. Kaumnya digelar kaum Barbar.

Dalam perjalanan menuju Syam, pasukan barat mendengar khabar bahawa muncul As Sufyani di Syam dan khabar kejahatan As Sufyani tersebar dengan cepat dikalangan mereka. Ketika ini hati mereka menjadi berbelah bahagi memyebabkan mereka berpecah kepada tiga kelompok.

Kelompok pertama akan kembali ke tempat asal mereka yakni negeri Maghrib. Mereka adalah golongan pengecut dan juga golongan munafik yang takut dengan kematian.

Kelompok kedua akan setia bersama pemimpin mereka dan sanggup berjuang walaupun nyawa mereka dipertaruhkan. Mereka jika mati termasuk dikalangan Syuhada'.

Kelompok ketiga pula menjadi pasukan simpanan dan diarahkan menuju ke Tanah Hijaz untuk menyambut kedatangan Imam Mahdi as.

Kelompok kedua dan ketiga akan bertemu kembali di Wadi Al-Onsul untuk meneruskan penentangan terhadap As Sufyani namun mereka dikalahkan. 

Sesudah kemenangan terhadap pasukan dari barat itu As Sufyani meneruskan usahanya memerangi warga Syam.


Maghrib Bab 4: Tanda Kemunculan

Diriwayatkan dari Ka'b bin Alqama

"Akan ada selepas fitnah di Syam, dari timur (fitnah) yakni kehancuran raja-raja dan penghinaan bangsa Arab sehingga muncul kaum dari barat"

Ulasan

Sebelum penduduk dari barat muncul, akan berlaku fitnah di Syam (Syria) yakni satu fitnah yang memecah belahkan penduduknya dan menyebabkan kesengsaraan penduduknya yakni rusuhan dan perang saudara yang kita lihat pada hari ini. Fitnah ini dikatakan dari timur (Iraq/Iran) 

Apa yang berlaku di Syam merupakan satu fitnah yang bakal menyebabkan penghapusan sistem beraja yang kini masih wujud dalam dunia Islam. Penghapusan sistem raja ini bakal mencetuskan akibat lebih buruk yakni penghinaan bangsa Arab. Bukan penghinaan biasa bahkan mungkin penghinaan jauh lebih hebat dari penghinaan yang pernah bangsa Yahudi pernah alami.


Keadaan ini akan berterusan hingga muncul kaum dari barat yang akan berjuang untuk membebaskan mereka dari keadaan yang menimpa mereka ini

Maghrib Bab 3: Pemimpin Pasukan

Najib Bin Al Sirri berkata: 

"Abdul Rahman akan mengetuai penduduk barat dalam satu perjalanan bila Rom telah menakluki Iskandariah. Maka mereka akan menentang (Rom) dan mengalahkan serta mengusir mereka (dari Iskandariah)"

 Ulasan

Pasukan dari barat dipimpin oleh seorang lelaki yang digelar Abdul Rahman. Abdul Rahman bukan nama sebenarnya seperti watak penting akhir zaman seperti Al Mahdi, As Sufyani, Harits Harrats, Al Mansur dan lain-lain yang merupakan gelaran.

Abdul Rahman semestinya seorang soleh dan seorang yang terpilih. Beliau akan memimpin penduduk barat dalam perjalanannya ke Mesir apabila kota Iskandariah ditawan bangsa Eropah.

Mereka akan berjuang untuk membebaskan kota tersebut sehingga berjaya. Bangsa Eropah akan diusir dar kota itu setelah mereka kalah dengan pasukan Muslim dari barat yang hebat itu.

Ahad, 5 Julai 2015

Maghrib Bab 2: Perjalanan

Aqba Bin Amir Al-Juhni berkata

"Jika penduduk barat memulakan perjalanan (untuk perang). Bangsa Rom akan mengambil alih negeri Maghrib (negeri barat). Iskandariah, Mesir dan pinggiran Syam akan binasa"

Najib Bin Al Sirri berkata

"Penduduk barat akan melakukan dua perjalanan. Satu menuju ke Qantara dekat Fustat dan mengikat kuda mereka di sana. Satu lagi menuju ke Syam"

Ulasan

Petunjuk angkatan dari barat merupakan petanda kemunculan Imam Mahdi as ialah pasukan ini akan melakukan dua perjalanan untuk menyerang yakni satu perjalanan ke Mesir dan satu lagi ke Syam/Syria.

Namun tindakan mereka akan menimbulkan kesan buruk yakni negara mereka akan dikuasai sepenuhnya bangsa Eropah.

Apabila Eropah menguasai negara Barat tersebut, seluruh Mesir terutamanya kota Iskandariah dan sempadan Syria akan diancam kemusnahan akibat serangan bala tentera Eropah.

Negara tersebut dipanggil Maghrib sahaja. Tidak dapat dipastikan Maghrib itu ialah Afrika Utara atau negeri lain jauh merentas lautan Atlantik. Namun peristiwa ini akan berlaku jua

Sabtu, 4 Julai 2015

Maghrib Bab 1: Tanda dari Barat

 Dilaporkan hadis dari silsilah yang yang sampai kepada Ka'b bin Alqama 

"Petanda kedatangan Al Mahdi ialah angkatan (perang) dari arah Barat yang diketuai oleh A'raj dari Kinda"

Ulasan

Sebelum kedatangan Imam Mahdi muncul satu pasukan dari arah barat dimana pasukan ini ialah angkatan perang yang tentunya merupakan askar atau tentera.

Mereka dipimpin oleh lelaki yang digelar A'raj. A'raj bermaksud tempang yakni seseorang yang tidak boleh berjalan dengan betul.

Tempang mungkin gambaran fizikal individu tersebut atau simbolik kepimpinannya yang tak sempurna.

A'raj mungkin bukan pemimpin sebenar angkatan perang ini. Beliau mungkin hanya ketua negara pasukan ini berasal dan tidak ada kena mengena dengan pasukan tentera ini.

A'raj dikatakan berasal dari Kinda yakni sebuah negeri tempat lahirnya A'raj atau tempat beliau dibesarkan. 

Isnin, 29 Jun 2015

Maghrib: Pasukan Dari Barat

 Pengenalan


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam buat Paduka Baginda Rasul Sayyidina Muhammad saw dan ahli keluarga baginda dan para sahabat dan para kekasih Allah serta saudara-saudara yang dirindui rasul sekalian.
 
Hadis peristiwa akhir zaman ibarat 'puzzle' yang berpecah pecah dan bertaburan di merata tempat. Kita perlu mencari dan menyambungkan semula kepingan-kepingan tersebut untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Sebelum ini kita sudah disajikan dengan hadis-hadis tentang Imam Mahdi, Pemuda Bani Tamim, Al Hasyimi, As Sufyani dan Panji panji hitam dari timur.

Dalam tulisan yang lepas saya sudah berikan sedikit gambaran bahawa selain dari pasukan dari timur, terdapat satu lagi pasukan dari arah barat yang membantu Imam Mahdi semasa kemunculannya. Saya hanya mendedahkan hanya satu atau dua hadis yang membuktikan wujud pasukan ini. Namun saya tidak membicarakan secara terperinci akan hal ini kerana dengan penjelasan yang tidak jelas, kita akan keliru akan peristiwa yang dikhabarkan Nabi saw.

Dalam siri ini saya akan dedahkan kepingan kepingan hadis yang melengkapkan lagi kronologi peristiwa akhir zaman. Dalam siri ini saya akan jelaskan sedikit sebanyak tentang pasukan dari barat dan apa yang mereka lakukan sebelum kedatangan Imam Mahdi dan apa yang berlaku semasa As Sufyani muncul. Berpandukan hadis saya akan menguraikan kronologi akhir zaman mengikut apa yang termampu.

Siri ini akan menjadi pelengkap kepada diri Al Hasyimi Identiti Terahsia Kebangkitan Islam yang memberi gambaran jelas akan kemunculan pasukan dari timur. Siri kali ini akan menumpukan tentang khabar kemunculan pasukan dari barat yang merupakan pendokong kepada Imam Mahdi as di zaman kebangkitan Islam yang dinanti-nanti

sekian

Wallahu a'lam

 

It's coming; reveal the truth


It's time to reveal half piece of end times puzzle never you've known before

This time is the story from the WEST 

Stay tuned 

Jumaat, 18 Julai 2014

Antara Serangan Gaza dan Tragedi MH17

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selawat salam buat junjungan mulia paduka baginda Nabi Muhammad saw dan ahli keluarga baginda dan para sahabat serta saudara-saudara yang dirindui baginda.

Pertama-tamanya takziah buat seluruh keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi MH17

Ramadhan bermula dengan peristiwa berdarah serangan ke atas gaza yang mengorbankan bukan sedikit nyawa.

Sudah maklum bahawa kaum Yahudi Zionis tidak akan berpuas hati selagi matlamat mereka tidak tercapai. Penduduk Palestin teerutamanya yang masih bertahan di Gaza dan Tebing Barat menjadi halangan bagi mereka meluaskan wilayah Israel.

Israel Raya yang diimpikan mereka meliputi kawasan Mesir, Palestin, Jordan dan sebahagian Syria, Lubnan dan termasuk dalam rancangan itu sebahagian Arab Saudi termasuk Madinah.

Apa yang dilakukan ke atas rakyat Palestin bukan baru tapi adalah lanjutan perang yang melelahkan selama lebih 60 tahun.

Malangnya umat Islam tidak pernah mengambil peduli akan hal mereka kecuali setelah isu ini digembar gemburkan oleh media.

Kehangatan isu ini lenyap bila timbul isu lain. Maka berlakulah tragedi yang sangat menyayat hati.

Pesawat komersial Malaysia penerbangan MAS yakni MH17 telah ditembak jatuh di Ukraine berhampiran sempadan Rusia semasa perjalanan pulang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Tragedi ini mengorbankan sebanyak 283 penumpang termasuk 3 bayi dan 15 anak kapal. Peristiwa ini bukan sahaja mengejutkan syarikat MAS dan pemimpin serta rakyat Malaysia bahkan turut mendapat perhatian dunia.

Maka lenyaplah isu kezaliman di Gaza. Itu adalah hakikat akhir zaman. Manusia ibarat lalang yang ditiup angin.

Saat ini tumpuan diberi kepada isu MH17. Siapakan penjenayah yang menembak jatuh pesawat itu? Siapa yang bertanggungjawab atas tragedi yang menyayat hati ini. Kenapa manusia tak berdosa menjadi mangsa?

Isu ini sedang dimainkan di pentas akhir zaman. Telah termaktub dalam lembaran yang terpelihara. Dikhabarkan kejadian kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Satu takdir yang tak boleh diubah sesiapa pun

Wallahua'lam

Sekian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Misteri Hakiki

Ramai atau seorang
Terbaik dari umat
Khalifah dan Imamah
Pilihan Tuhan

Yang dianugerahi
Petunjuk Ilahi
Membaiki zaman
Penuh kerosakan

Tiga kejahatan
Muncul ditentang
Tiga kebaikan
Pasti berlaku

Satu dari timur
Satu dari barat
Satu ditabal
Di bumi terlarang

Yang menakluk
Kota yaman
Diganti dengan
Sang pembantu

Sang pembantu
Wafat pula
Penakluk konstantinopel
Ditabal pula

Yang wafat
Nama nabi
Ditabal pula
dua belas lagi

Yang soleh
Dikepung pendusta
Menjadi imam
Nabi suci

Yang pasti
Yang ditunggu
Seluruh umat
Hanyalah satu